{2}

1.2K 108 25
                                    


"Kenapa kita berusaha teruk sangat untuk servis RM 20 ni?" Adli memecahkan kesunyian antara mereka berlima. "Kau suruh aku korbankan 10 minit waktu exam Add Math aku semata untuk jalankan misi si kerbau tu? What a waste of time though!"

Wanz yang jalan paling hadapan, seia dengan pangkat ketua misi kali ini,hanya diam mendengar rungutan Adli.

Kai dan Qid pun sama. Mereka bertiga cool,tak sama seperti Adli yang banyak bunyi.

"Ala kau bazirkan sepuluh minit ke,lima puluh minit ke sama je. Kertas add math kau tu dah confirm confirm gagal." Ayat pedas tersebut datang dari Mikael yang jalan paling belakang. Di tangan dia,ada seketul bola jaring yang diputarkan di atas jari telunjuk.

Adli mengeluh. Tapi sekurang-kurangnya bagi la aku fokus. Degil macam mana pun,jahat macam mana pun Adli. Exam adalah satu-satu benda yang dia buat dengan penuh dedikasi dan keikhlasan. Walau bodoh dan teruk macam mana pun keputusan dia,dia tetap bangga sebab sekurang-kurangnya dia tak menipu atau meniru.

"Apa-apa hal..Stick to plan wahai ahli kumpulan gay ku."Wanz mengingatkan, rungutan Adli ditepis begitu sahaja. "Game mudah,bukan susah pun.RM 20 tu boleh buat duit belanja. Betul dak Mikael ku yang hensem dan badan sedap?"

"Betul!" Mikael jawab seraya melantunkan bola ke bawah.

Kai mencebit,badan sedap tapi weightlifting hampeh,toksah nak banggo sangat la deh.Tangan Kai dimasukkan ke dalam poket. Dia membuang pandang ke taman bunga yang lebih kepada hutan penuh semak di hadapan tandas lelaki. Seseorang sedang memerhatikan mereka.

Memerhati dengan pandangan mencerun.

Pantas Kai pusingkan kepala ke hadapan semula. Air liur ditelan. Entah kenapa meremang sekejap bulu roma dia.

"Qid." Kai cuit lengan Qid yang sibuk husya budak perempuan kelas ERT. Budak kelas ERT cantik-cantik,semuanya slim,budak kelas science stream boleh kira je berapa ramai cantik. Bosan dan tidak mengujakan langsung.

"Gapo dia Kai?"

"Kenapa pakcik tu dok tenung kita?"

"Pakcik mano?"

"Tu.Tukang kebun tu."

Qid terus toleh ke arah yang Kai sedang pandang.Wajah seorang pakcik yang sudah agak tua dimamah usia sedang memandang ke arah mereka. Tepat di mata Qid.

Oh Pakcik Derahman ni. Dia memang..

"Dia bosan la tu asyik pandang pokok bunga..Tu dia pandang muka kau pulak. Takkan cuak kut Kai?"

"Kalau pandang biasa-biasa tak apa jugak. Ni pandang macam nak rogol je.Siapa tak cuak sial?"

Qid tergelak besar. "Muka kau yang macam selipar jamban ni pun ada orang nak rogol jugak ke doh? Pfft.Taste teruk habis depa ni."

"Selipar jamban kau kata? Muka selipar jamban ni la yang awek dok beratur nak ke aku. Belum kira lagi budak-budak lelaki songsang dalam kelas ERT tu."

"Depa rabun."

"Hang buta."

"Our plan are going to start soon. So,good luck exam..And goodluk game. Adli,buat kerja elok-elok tau." Wanz memotong bualan Kai.Mata dia bergerak memandang pakcik kebun Derahman itu.

Huh.

Memang betul dia ada niat nak rogol si Kai ni..Muka gersang habis doh..

[스 쿠왇 게이]

Tick..

Tock..

Tick..

Tock..

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 07, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Game By BrotherleeWhere stories live. Discover now