Najiha merupakan seorang mahasiswa yang sedang menuntut di sebuah universiti.Dia seorang yang sangat bercita-cita tinggi sehingga tiada masa untuk mencari teman hidupnya.Desakan mama dan papanya yang menginginkan satu-satunya anak perempuan mereka berkahwin benar-benar mengganggu fikirannya.Mama dan papanya hanya memberinya tempoh selama 2 bulan untuk membawa buah hatinya bertemu mereka.Bagi Najiha, berkahwin pada usia yang muda tidak akan menjamin kebahagiaan yang berkekalan.Tambahan pula dia amat menyayangi pelajarannya dan bertekad untuk berkahwin setelah dia menghabiskan pengajiannya.
"Ringggg" telefon bimbit Azam berdering dan terpapar nama seorang perempuan yang dia sayangi sejak dari zaman persekolahan.Dia terpaksa memendam perasaannya terhadap perempuan itu kerana tidak mahu kehilangan perempuan tersebut yang merupakan kawan baiknya.
"Assalamualaikum" kata Najiha dengan tergesa dan termengah- mengah.
"Waalaikumsalam.Kenapa macam termengah-mengah ni? Kau okay x?"tanya Azam dengan nada cemas.
"Zam,aku nak jumpa kau sekarang kat tempat biasa."kata Najiha sebelum memutuskan talian.Azam bergegas ke tasik,tempat yang kebiasaannya dia dan Najiha bertemu.Kelihatan Najiha yang sedang mengomel-omel seorang diri.
Azam mendekatinya dengan perlahan- lahan lalu mencuit pinggang ramping Najiha yang sedang leka.
"Arghhhhhh" jerit Najiha yang terkejut.
"Hahahahahaha" ketawa Azam yang terhibur dengan perlakuan Najiha.Sudah menjadi hobi bagi Azam untuk mengusik perempuan itu.Dia berasa sungguh lucu apabila Najiha memuncungkan bibirnya tanda protes.
"Dah-dah la tu.Dah macam muncung itik dah tu.Ok-ok aku minta maaf ye?"kata Azam dengan mata yang berkelip-kelip.
"Yela-yela aku maafkan.Dah tak payah la buat muka camtu, geli aku."kata Najiha sebelum melepaskan tawanya.
"Ha kenapa nak jumpa aku? Bunyi macam ada benda yang penting je."Azam menanya dengan perasaan ingin tahu."Zam,kau boleh tolong aku tak?"-Najiha
"Kau nak aku tolong apa?"-Azam
"Kahwin dengan aku?"-Najiha
"What?! Ni bukan benda main-main la."-Azam
"Tolong la aku Zam.Mama dan papa nak aku kahwin.Diorang bagi aku 2 bulan je untuk aku bawa teman lelaki aku jumpa diorang.Kau kan tahu aku tak ada teman lelaki."pinta Najiha dengan penuh harapan.
Azam hanya mendiamkan diri sebaik sahaja mendengar jawapan dari Najiha.Memang benar dia mencintai dan menyayangi perempuan itu tapi dia tidak mahu mengahwini perempuan itu atas dasar kasihan dan tanpa perasaan sayang dari perempuan itu.Azam menjadi serba salah.Najiha terpaksa membuat keputusan secara drastik untuk mengajak kawan karibnya berkahwin.Dia sedar ini merupakan benda yang mengarut tapi dia terpaksa.Baginya inilah jalan yang terbaik buatnya daripada dirinya terpaksa berkahwin dengan pilihan kedua orang tuanya yang sama sekali tidak dikenalinya.Hanya Azam yang boleh membantunya dan memahaminya berbanding kawan lelakinya yang lain.
"Tak pelah kalau kau rasa kau tak boleh tolong aku tapi...."Najiha berasa kesal kerana lelaki itu tidak dapat membantunya.
"Kalau kau rasa kau boleh tolong aku, datanglah rumah aku hujung minggu depan."kata Najiha sebelum meninggalkan lelaki itu seorang diri.Malam itu Najiha tidak dapat tidur,dia memikirkan tentang apa yang bakal terjadi sekiranya Azam enggan membantunya.Bagaimana dia akan hidup dengan orang yang dipilih oleh kedua orang tuanya? Sepanjang malam dia memikirkan hal itu sehingga tertidur.
Azan subuh bergema di pagi hari,Najiha bangun dengan penuh kelesuan dan bergegas ke bilik mandi.Seusai sahaja solat subuh,dia berdoakan kepada tuhan agar membukakan hati Azam untuk membantunya.Dia melepaskan beban yang ditanggungnya dengan mengadu kepada Ilahi.Hanya di atas tikar sejadah dia dapat menenangkan hatinya.Pagi itu setelah dia bersiap, dia bergegas ke universitinya.Sebaik sahaja dia berselesih dengan Azam,dia seakan- akan ingin mengelakkan dirinya dari bertembung dengan lelaki itu.Azam yang menyedari perbuatan Najiha cuba mengejarnya tapi dia tahu perempuan itu kecewa kerana dia tidak mahu membantunya.
Sikap dingin Najiha yang cuba untuk melarikan dirinya membuatkan Azam berasa benar-benar kehilangan.Dia tidak menyangka bahawa perempuan itu sungguh kecewa sehingga tidak mahu bertemu dengannya.
Sudah beberapa hari,Azam tidak melihat perempuan yang amat dirinduinya itu.Kebiasaannya perempuan yang manja itu akan memberinya pesanan ringkas untuk mengucapkan selamat malam.
"Hanis!Hanis!"jeritnya sebaik sahaja melihat kawan baik Najiha.Hanis yang mendengar namanya disebut menoleh ke belakang.
"Kau ada nampak Najiha tak?"tanya Azam.
"Eh,kau tak tahu ke Najiha cuti.Dia demam."dengan lembut Hanis memberitahu.
Azam yang mendengar segera mencapai telefon bimbitnya dengan penuh kerisauan.Kebiasaannya Najiha akan tetap ke universiti walaupun dalan keadaan demam.
"Mesti demam dia teruk ni."getus hati Azam.
YOU ARE READING
Suami Ekspress
RomanceApabila dia didesak oleh kedua orang tuanya untuk mendirikan rumah tangga membuatkan dirinya menjadi kelam kabut dan tidak senang duduk. "Zam,kau boleh tolong aku tak?"-Najiha "Kau nak aku tolong apa?"-Azam "Kahwin dengan aku?"-Najiha "What?! Ni buk...