bab 1

6 1 0
                                    


raudah hanya memandang kosong gelagat kawan-kawan sekelasnya yang sedang riang-ria bermain sesama sendiri dan sekaligus melihat senyuman yang terukir di wajah mereka saat dijemput oleh ibu bapa masing-masing. raudah mengeluh panjang.

"Adah? kenapa sedih ni? adah sakit ke? kenapa tak main dengan kawan-kawan?" tegur teacher Yati sebaik saja dia melihat kelakuan Raudah lain daripada biasa. teacher yati yang sedang mengemas peralatan alat bantuan mengajar merapati dan duduk bersebelahan Raudah.

raudah menggeleng! wajahnya sugul.

"Habis tu kalau adah tak sakit, kenapa adah sedih? cuba adah cerita dengan teacher ye sayang." soal teacher yati dengan lembut.

"Adah cuma sedih je teacher." lirih suara raudah.

"Sedih kenapa?"

"Tadi, dekat kelas semua orang cakap yang mama dengan papa diaorang nak datang masa hari ikhtifal tu nanti."

"Ok, nanti adah ajaklah mama dengan papa adah datang masa hari ikhtifal tu nanti. takkanlah mama dengan papa adah tak nak tengok adah naik pentas ambik hadiah. lagipun nanti kan masa adah naik pentas, mama dengan papa adah kena naik sekali." saran teacher yati.

"Tapi, papa adah dah lama tak balik rumah. papa pun dah lama tak call adah. mama kata papa outstation, banyak kerja sebab tu papa dah lama tak balik rumah." adu raudah. suaranya semakin tenggelam dek kerana rasa sendu lebih menguasai dirinya kini.

"Macam tu. nanti papa adah baliklah tu. papa adah kan kerja, cari duit untuk adah. takkanlah nanti papa adah tak nak tengok adah naik pentas ambik hadiah. papa adah mesti ada call mama adah tu. kalau papa adah tak call, adahlah call papa adah ok sayang?" pujuk teacher yati lagi. perlahan-lahan bahu raudah diusap lembut dengan penuh kasih sayang.

raudah menganggul lemah. raut wajahnya masih lagi keruh.

"Macam ni, balik nanti, adah call papa adah, suruh papa adah ambik cuti masa hari ihtifal tu nanti ok? dah, sekarang ni teacher nak adah senyum, tak mau sedih-sedih, monyok-monyok macam ni lagi. adah kan budak bijak. cuba adah senyum sikit."

perlahan-lahan raudah mengukirkan senyuman. teacher yati mengusap lembut kepala raudah.

"Macam nilah teacher nak. sekarang teacher nak pergi sambung kemas barang tu. adah pergi main dengan kawan-kawan ok? siapa yang ambik adah hari ni?"

"mama." jawab raudah ringkas.

Dialah Papa!Where stories live. Discover now