bab 2

0 0 0
                                    

Usai makan malam, raudah merapati mamanya yang sedang sibuk membuat kerja sekolahnya. Di tangan raudah ada sekeping fail yang mengandungi hasil kerjanya sepanjang tahun. Di suakan pada mamanya yang sedang khusyuk.
“mama...”
Puan yasmeen terkejut apabila raudah menyuakan file sekolahnya. Di tangan kiri, raudah memeluk kepala teddy bear yang bersaiz sederhana besar.
“apa ni sayang?” soal puan yasmeen.
“ni semua homework adah. Teacher kumpulkan daripada awal tahun sampai hujung tahun. Mama tengoklah.”
“oh ye ke. Meh mama tengok.”
Puan yasmeen meletakkan pennya dan mencapai fail kerja sekolah anaknya. Dibelek satu per satu hasil kerja raudah. Untuk murid enam tahun, hasil kerja raudah memang kemas. Tersungging senyuman puan yasmeen melihat hasil kerja sekolah raudah yang rata-ratanya mendapat pujian daripada teacher yang mengajarnya.
“wah, pandainya anak mama. Ni semua adah yang buat ke?” puan yasmeen menunjukkan ke arah kraf tangan dan juga lukisan raudah.
“mestilah mama, ni semua adah yang buat sendiri tau. Teacher cuma tolong sikit-sikit je.”
“Hebatlah anak mama ni. Lepas ni masuk sekolah rendah mesti adah lebih hebat.” Puji puan yasmeen. Raudah hanya tersengih-sengih mendengarkan pujian mamanya.
Puan yasmeen menarik secebis kertas yang berupa surat pengumuman terselit-selit di celah-celah kertas lain.
surat jemputan ibu bapa ke majlis hari ikhtifa tadika bakam alti.
Pihak tadika ingin menjemput kesemua ibu bapa untuk hadir ke majlis ikhtifal yang akan berlangsung seperti di bawah :
Tarikh / hari : 4 Disember 2016 (Ahad)
Jam : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam.
Pakaian tetamu :
- Lelaki : Kemeja lengan panjang, seluar slack/baju batik
- Perempuan : baju kurung/jubah/baju batik
          2. Diminta semua ibu bapa dan murid-murid dapat hadir pada waktu yang ditetapkan. Tentatif untuk acara hari tersebut juga dilampirkan. Makanan untuk sarapan dan juga makan tengah hari turut disediakan. Ibu bapa diminta untuk mengisi borang kehadiran untuk mengesahkan kehadiran masing-masing untuk hari itu.
         3. Sebarang pertanyaan boleh hubungi tadika di talian :
        - pejabat : 03-57690123
       - puan jannah (pengetua) : 013-3219076
       Ribuan terima kasih pihak tadika ucapkan kepada semua. Moga acara ini akan berjalan dengan lancarnya. Aamiin...


      Yang benar,
Jannah binti Jantan
(Puan Jannah binti Jantan)
Pengetua tadika bakam alti

puan yasmeen menyelak helaian belakang surat tersebut. Dia tekun meneliti tentatif majlis ikhtifal itu. Matanya tertancap pada senarai penerima anugerah. Terukir senyuman di bibir puan yasmeen tatkala meliat nama anaknya berada dalam senarai itu.
             “banyaknya adah dapat hadiah. Sampai 3 kategori sekali.”
              Raudah hanya ketawa. Sebarisan gigi putihnya mempamerkan yang dia sungguh gembira dengan pencapaiannya.
“mama datang tak nanti.” Tanya adah.     
“mestilah mama datang. Mana boleh mama tak datang. Mama nak tengok anak mama yang cantik ni naik pentas ambik hadiah.” Puan yasmeen berseloroh.
“Mama...”
Ye sayang?”
“Nanti papa datang sekali tak?” soal raudah tiba-tiba.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 11, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dialah Papa!Where stories live. Discover now