Moon Choseung, gadis berumur 18 tahun yang masih bersekolah. Dia tak mempunyai ramai kawan oleh kerana dia seorang yang pemalu dan pendiam. Dia juga tak rapat dengan adik-beradiknya disebabkan perangainya itu. Tapi Choseung tak kisah tentang semua itu, asalkan dia gembira.
Ya, dia cukup bahagia sekarang.
Sejurus bunyi loceng sekolah berbunyi menandakan waktu persekolahan tamat, semua murid mengucapkan terima kasih kepada guru mereka dan mula berkemas untuk balik.
Choseung terus berlari keluar dari sekolah dengan senyuman terukir manis di bibir. Ahli kelasnya melihat Choseung pergi.
" Aku tak faham kenapa dia selalu nak cepat balik " kata salah seorang ahli kelasnya dan kawan baik perempuan itu menjongket bahu.
Choseung masih berlari hingga keluar pagar, senyuman bahagianya masih terlekat. Pergerakannya jauh lebih laju berbanding pelajar lain. Lariannya tetap dengan halaju sama sehinggalah dia tiba di sebuah tembok yang tinggi sedikit daripadanya.
Beg dicampak ke tepi, dan dia terus mengambil bangku kayu yang sudah tersedia di tepi. Dia memanjat bangku itu membuatkan dia dapat melihat suasana di sebalik tembok itu.
Ianya sebuah taman milik sebuah universiti di mana pelajar-pelajar universiti itu duduk untuk berehat, makan tengahari dan belajar. Suasana taman itu seperti hari-hari sebelum ini, indah dengan beberapa pelajar di bangku-bangku berbeza. Ada yang duduk berkumpulan, ada yang duduk berpasangan dan ada juga yang berseorangan.
Dari tempat Choseung, dia dapat lihat jelas penyebab dia ke situ. Ianya seorang lelaki sedang makan tengahari. Sebaik sahaja Choseung terlihat lelaki itu, senyumannya semakin meluas. Berbunga-bunga rasanya melihat jejaka kacak itu.
Sudah 2 tahun Choseung melakukan rutin tersebut. Balik daripada sekolah, dia mesti ke sana untuk melihat lelaki itu. Oleh sebab dia dah terlalu kerap memerhatikan lelaki itu, dia sudah mengenali lelaki itu dengan agak baik.
Park Jinyoung, 24 tahun. Pelajar tahun kedua dalam degree jurusan Music and Art : Acting Major. Ahli pasukan bola sepak. Itu antara info yang Choseung dapat hanya dengan memerhatinya sepanjang dua tahun itu.
Jujur, Choseung sangat suka akan Jinyoung. Sangat suka. Tak tahu kenapa tapi dia akan tersenyum setiap kali teringatkan lelaki itu. Walaupun Jinyoung dan Choseung tidak saling mengenali dan umur mereka beza 6 tahun, tapi itu tidak menghalang Choseung daripada menyukai Jinyoung.
Macam mana Choseung boleh kenal dengan Jinyoung?
Semua bermula saat dia hendak pulang ke rumah dua tahun lepas, dia nampak Jinyoung menyelamatkan seekor kucing daripada dilanggar kereta. Jinyoung tak pedulikan dirinya yang telah luka di bahagian siku, malahan dia gembira bermain dengan kucing itu.
Kemudian Choseung mengekori Jinyoung dan barulah dia tahu yang jejaka itu pelajar junior degree di Jungmo International Privacy University iaitu universiti yang terletak tidak jauh di sebelah sekolahnya. Sejak itu dia memerhati Jinyoung dan dia mendapat tahu tabiat Jinyoung ialah makan tengahari di taman universiti itu. Itulah permulaan tabiat Choseung untuk memerhatinya dari sebalik tembok.
Pipi terasa panas, senyuman bahagia masih terukir di bibir merah jambunya, jantungnya berdegup laju dan perasaannya terasa berbunga-bunga. Choseung sangat sukakan perasaan indah itu. Perasaan yang hanya Jinyoung dapat beri.
Sedang dia asyik merenung Jinyoung yang sedang makan, tiba-tiba Jinyoung menoleh ke arahnya membuatkan dia terkejut. Dia terus cangkung, menyorok di belakang tembok itu. Mukanya bertambah merah dan jantungnya berdegup jauh lebih laju. Nafasnya tak stabil dan reaksi terkejutnya masih terlekat di muka.
Walaupun Choseung nak berkenalan dengan Jinyoung, tetapi dia tetap Choseung. Gadis pemalu dan pendiam. Jadi dia berasa sangat malu untuk menegur Jinyoung. Itu antara sebab dia masih memerhati Jinyoung dari tembok itu walaupun hakikatnya dia boleh berkenalan dengan Jinyoung dengan mudah.
Jinyoung perasan seperti ada seseorang di tembok tidak jauh di sebelah bangku dia selalu duduk itu, tetapi setiap kali dia menoleh, tiada sesiapa di situ. Dia kekal memandang tembok itu untuk seketika sebelum dia sambung makan semula.
Tak lama kemudian, selepas Choseung berasa yang Jinyoung tidak lagi memandang, dia dengan perlahan berdiri dan mengintai semula. Tetapi masa mencemburui apabila loceng kampus Jinyoung berbunyi membuatkan Jinyoung menyimpan makanannya sebelum bangun untuk berlalu dari situ.
Choseung masih memerhatikan Jinyoung sehinggalah tiba-tiba Jinyoung berhenti menapak tidak jauh dari tempat duduknya tadi. Dan dengan perlahan Jinyoung menoleh ke arah Choseung sekali lagi.
Choseung terkejut. Tetapi kali ini dia tak dapat menyorok apabila mereka bertentang mata. Tangan Choseung agak menggigil, jantungnya terasa hendak meletup.
Jinyoung perhatikan Choseung yang masih nampak terkejut. Dia kemudian memandang sekeliling, memastikan yang Choseung memang memandang ke arahnya sebelum dia memandang ke arah Choseung semula. Choseung beku apabila dia sedari yang mata mereka bertemu.
Jinyoung kemudian melambai ke arahnya sedikit. Choseung terus panik membuatkan dia turun dari bangku, mencapai beg dan larikan diri. Jinyoung terdiam apabila lambaiannya tidak dibalas, terasa keliru dengan tindakan gadis itu.
Choseung berlari hinggalah dia tiba di sebuah pokok besar dan dia menyorok di belakang pokok itu. Nafasnya tercungap-cungap, matanya agak besar kerana masih terkejut dan tentu sekali jantungnya berdegup dengan sangat pantas. Mukanya merona merah dan tangannya dengan perlahan memegang dadanya, memastikan jantungnya masih berdegup.
Kemudian dia dengan perlahan memeluk begnya, senyuman malu mula terukir. Senyumannya mula meluas sambil tangannya memeluk beg jauh lebih erat. Nafasnya sudah stabil dan dia mula melangkah balik ke rumahnya.
He waved.
He waved at me.
YOU ARE READING
[C] I Love You | Got7 Jinyoung Malay Fanfic
Fanfiction"Let me keep my love for you forever" Length : 10 chapters (Completed) Genre : angst, love Cast : Got7 Jinyoung, OC Moon Choseung Start ; 14 February 2017 End ; 23 May 2018 #InLoveWithGot7