Bahagian 1

8 1 0
                                    

Qaseh Nur Azzahra merupakan seorang pelajar di sebuah universiti.Dia bertungkus-lumus menyiapkan tugasannya sebelum cuti semester bermula.Dia telah menjalinkan hubungan hati bersama Iwan hampir 3 tahun dan telah bertunang beberapa bulan yang lalu.Mereka telah menetapkan tarikh perkahwinan mereka pada cuti semestar kali ini iaitu beberapa hari lagi.
Keesokan harinya,Qaseh bangun dari katil dan bersiap sedia sebelum pulang ke kampung.Dia juga sudah tidak sabar untuk bergelar sebagai isteri kepada lelaki yang amat dicintainya itu.Segala persiapan sudah disiapkan oleh ahli keluarganya yang lain.Mereka telah memilih baju yang berwarna putih untuk majlis akad nikah dan gaun pengantin berwarna ungu untuk majlis bersanding.

Kini tibalah hari yang dinanti-nantikan oleh Qaseh.Majlis perkahwinan yang diadakan semakin terasa kemeriahannya.Pagi itu akan diadakan majlis akad nikah.Semakin berdebar hati Qaseh. Inai di tangannya merah menyala,cantik sekali.

Masa yang berlalu dirasakan amat pantas sekali.Sedar tak sedar masa yang dinantikan semakin hampir.Jantung Qaseh berdegup kencang ketika disolek oleh Kak Salina,sepupunya.Rasa yakin yang cuba disemai sejak tadi hilang dengan sendirinya.

"Qas takutlah kak..." terluah juga akhirnya
Kak Salina memandang hairan.Tidak lama kemudian senyuman manis terukir di bibirnya.
"Semua pengantin akan rasa macam tu. Qas tenang aje. Jangan fikir yang bukan-bukan," pujuk Kak Salina lembut.
Qaseh mengangguk yakin.
Tidak lama kemudian Farish memasuki kamar Qaseh dengan muka yang dibasahi peluh.
"Iwan batalkan majlis ni.Dia bagi surat ni untuk Qas." kata Farish cuba menenangkan Qaseh.Dia tahu bahawa Qaseh akan sangat terkejut malah tidak dapat menerima perkara tersebut.
"Apa?!!"kata Qaseh dengan airmata yang mengalir laju di pipinya.Terasa seperti jantungnya berhenti berdegup buat seketika.Dia sungguh tidak menyangka bahawa lelaki yang amat dicintainya akan melakukan itu kepada dirinya.

Sejak pagi tadi Qaseh hanya mengurung di biliknya,tidak makan atau minum.Uminya cuba memujuknya tapi itu hanya sia-sia.

Setelah tiga hari mengurung diri di dalam kamar,Qaseh keluar menemui semua ahli keluarganya yang sedang berkumpul di ruang tamu dengan wajah yang dipenuhi kerisauan.Dia duduk disebelah abangnya tanpa berkata apa-apa.Suasana menjadi sunyi sepi.Sejak tadi mereka hanya memandang antara satu sama lain.Qaseh hanya mendiamkan diri seperti orang bisu.Hendak memujuk dirasakan tidak mampu.Mereka hanya mampu membiarkan kesedihan Qaseh berhenti dengan sendiri.
"Tentu dia sedang bahagia sekarang."  Suara tercetus dari bibir itu membuatkan mereka semua menjadi kelu.
"Sudahlah Qas sayang," pujuk Puan Sarah.Dia sudah tidak sanggup lagi melihat keadaan anaknya itu.Anaknya ith kelihatan tidak terurus.Wajahnya kelihatan serabut.
"Qas tak apa-apalah umi.Qas okey.." ujar Qaseh bersama tawanya.Dia ketawa seolah-olah dia sedang bahagia sedangkan hatinya hanya Tuhan yang tahu.
"Qaseh...."Fahmi mengusap lembut belakang adiknya itu.Terkaku mereka bila kedengaran tangisan dari bibir perempuan itu.
"Sampai hati Iwan buat Qas macam ni," rintih Qaseh perlahan.Hatinya terasa hancur berderai mengingati perbuatan itu.Terbayang isi surat yang diberikan Iwan dimatanya.

Maafkan saya.Saya dah lukakan hati awak tapi saya terpaksa.Saya nak mengecapi kebahagiaan untuk diri saya.Saya sangka selama ni awaklah cinta hati saya yang memang tercipta saya tapi saya salah.Cinta saya masih pada Putri.Maafkan saya sayang.

                                                                                                                                                                           -Iwan

Kekasih TeragungWhere stories live. Discover now