Bahagian 2

10 1 1
                                    

Muhammad Zamirul Hazieq sedang leka menghadap laptopnya.Sesekali dia menoleh ke kanan untuk melihat setiausahanya, Laila.Telefon yang berjenama Asus kesayangannya berdering menandakan ada panggilan masuk.Tertera nama Humaira di skrin.Amirul hanya membiarkan sahaja telefon bimbitnya berdering,dia sudah rimas untuk melayan gelagat manja wanita itu.Humaira sering kali cuba menggodanya tetapi hati Amirul belum terbuka untuk mana-mana wanita.Dia masih menyayangi arwah isterinya,Wahida.Hari-hari yang dilaluinya kini menjadi sunyi sepi tanpa suri hatinya itu.Telah hampir setahun isterinya itu meninggalkannya. Kehilangan Wahida membuatkan hidupnya kini berbeza dari dulu.

Menyibukkan diri dengan kerja merupakan jalan yang terbaik buat masa sekarang.Dia langsung tidak mengendahkan nasihat dari rakan-rakannya.Dia tahu mereka sangat mengambil berat terhadap kehidupannya.Tetapi dia sengaja buat tidak endah.

Selalu juga ibu dan adiknya memadankan dirinya dengan mana-mana gadis yang dirasakan sesuai buat dirinya.Tetapi begitu banyak alasan yang diberikan untuk mengelak daripada semua itu.Namun untuk dia mencari pengganti, dia masih belum bersedia.

Setelah hampir dua minggu Qaseh tidak ke universiti selepas cuti semestarnya tamat.Dia kini sudah boleh menerima bahawa dia dan Iwan tidak ditakdirkan untuk bersama.Dia sudah pulang ke rumah sewanya.Di situ dia menyewa bersama rakan karibnya,Nasuha.Sebaiknya sahaja melihat Qaseh berada di pintu,Nasuha memeluk erat tubuh ramping milik Qaseh.Dia turut bersimpati dengan kejadian yang telah dihadapi oleh wanita itu.

Qaseh baru sahaja selesai menyiapkan tugasan terakhir untuk semester ini.Penat kerana bertungkus lumus menyiapkan assignment ini berbaloi setelah melihat hasilnya.Dia segera mematikan laptopnya dan mencapai tuala sebelum melangkah ke kamar mandi.Qaseh menyisir lembut rambutnya yang masih lembap.

"Suha,bangun,dah nak maghrib ni.Tak baiklah anak dara tidur senja-senja ni,nanti ada hantu gigit kau tau la."kejut Qaseh sambil menggoncang bahu Nasuha perlahan.Nasuha yang terdengar kata-kata Qaseh segera bangun dengan mengejut.Tercetus tawa Qaseh melihat gelagat rakannya yang satu itu.Malam itu mereka solat maghrib dan isyak berjemaah.

Amirul sudah lama menunggu kedatangan adiknya,namun kelibat gadis itu masih belum kelihatan.

"Mana pulak budak ni,janji pukul 8.00 tapi sekarang dah pukul 9.00"rungut Amirul sendiri.

"Apa abang ni cakap sorang-sorang.."tegur Nasuha sambil mencuit bahu abangnya yang kelihatan serius.

Hidung gadis itu ditarik Amirul geram.Sudahlah datangnya lewat,langsung tidak mahu meminta maaf.

"Eeee sakitlah!"marah Nasuha sambil menarik jarinya abangnya yang masih berada dihidungnya.

"Ha tau pun sakit,yang abang dah tunggu lama kat sini tak fikir pulak."marah Amirul tanpa menyedari tingkah laku mereka sedang diperhatikan oleh seseorang.

"Yelah-yelah adik minta maaf.Ni adik nak kenalkan kawan adik,Qaseh."Nasuha memperkenalkan Qaseh kepada abangnya.

Pandangan Amirul hanya tertumpu kepada perempuan yang berada dibelakang adiknya.Perempuan itu hanya berpenampilan sederhana dengan berbaju kurung.Walaupun begitu,penampilanna tetap kelihatan menarik.

"Renung sikit-sikit dah lah.Mcam nak telan aje abang tengok kawan adik ni,kenapa?"usik Nasuha.

Qaseh yang mendengar hanya ketawa kecil.Wajahnya merona kemerahan menaha malu.Dia juga perasan lelaki itu merenung tajam ke arahnya.Pantas Amirul menarik lengan adiknya ke arah meja yang sudah ditempah oleh mereka.Nasuha segera menolak Nasuha untuk duduk di sebelah abangnya.Pandangan tajam Qaseh langsung tidak diendahkan olehnya.Nasuha berniat untuk memadan abangnya dengan rakan karibnya itu.Mereka kelihatan sangat secocok bagai pinang dibelah dua apabila duduk bersebelahan.

"Alamak,Suha lupa.Suha dah janji nak jumpa kawan tadi.Macam mana boleh lupa ni..."Idea spontan meluncur keluar dari bibir Nasuha.

"Qas kau nak ikut aku tak?"Sengaja dia menyoal begitu sedangkan dia tahu Qaseh ada kerja yang perlu disiapkan.

Berkerut dahi Qaseh.Nasuha sudah berjanji dengannya akan pulang awal kerana tugasannya masih belum siap sepenuhnya,sedangkan dia perlu hantar awal pagi esok.

"Tapi Suha,aku ada kerja tak siap lagi.Kau kan dah janji nak balik awal tadi."Suara Qaseh dengan nada tidak puas hati.


Nasuha mengetuk-ngetuk kepalanya seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.Akhirnya dia mengukir senyuman sambil menjeling abangnya.


"Abang boleh tolong hantar Qaseh balik kat rumah sewa tak?" rayu Nasuha.

Amirul mendiamkan diri sebelum mengangguk tanda setuju.Qaseh terperanjat selepas lelaki itu bersetuju untuk menghantarnya pulang.

Sebaik sahaja mendapat persetujuan daripada abangnya,Nasuha segera menggalas beg tangannya dan bergegas beredar dari situ.

"Erm...."Amirul seperti teragak-agak untuk mengatakan sesuatu.

Qaseh yang mendengar sesuatu terus bersuara,

"Ye?"Tanya Qaseh dengan kepala yang sedikit menunduk.Dia tidak terbiasa berdua-duaan dengan lelaki yang tidak dikenalinya.

"Abang nak panggil apa ni?"Amirul bertanya sambil tersengih.

"Hah?"Qaseh terpinga-pinga sebaik sahaja lelaki itu menggelarkan dirinya 'abang'.


Kekasih TeragungWhere stories live. Discover now