Part 1

2.7K 79 3
                                    

    "Aku terima nikahnya Jihan Natasya binti Abdullah dengan mas kahwin rm 100,tunai.."dengan sekali lafaz Zaquan telah menjadi suami yang sah buat gadis tangkap muat yang dicadangkan oleh 'BFF'nya,Khaliq.

Sebulan yang lalu...

"umi tak kira..Zack kena kahwin juga dalam tahun ni..kalau tak Zack kena nikah juga tapi dengan pilihan umi.."suara Puan Lisa lantang kedengaran diseluruh ruangan rumah banglo milik keluarga Zaquan.

"umi..mana boleh macam tu..Zack tak sedia lagi la nak pikul tanggungjawab yang satu tu..lagipun Zack masih muda la.."balas Zaquan sedikit merengek.Puan Lisa meluku kepala anaknya.Zaquan yang sedang duduk menemani ibunya yang sedang bercucuk tanam segera mengaduh kesakitan.

 "banyak la kamu punya muda..umur dah layak jadi bapa orang dah..kamu kata muda?.."balas Puan Lisa geram.Bukan sekali dia menyuruh anak terunanya itu berkahwin tetapi entah sudah berjuta kali agaknya permintaannya ditolak.Akhirnya dia mengambil keputusan untuk berkeras.

 "ala..umi..Zack baru 29 tahun setengah.."balas Zaquan dengan nada sedih.

 "tengkorak kamu 29 tahun setengah!..esok dah masuk 30 tahun dah..kamu lupa ke janji kamu pada umi lima tahun lepas.."ujar Puan Lisa dengan nada geram.Zaquan memandang kearah langit dan mengimbas kembali kejadian lima tahun lepas dimana dia telah berjanji bahawa dia akan mengubah statusnya apabila umurnya tepat 30 tahun.

 "oh..yang tu ye..hihi..Zack tak jumpa calon lagi la umi.."balas Zaquan sambil tersengih bagai kerang busuk.Sekali lagi kepala Zaquan menjadi mangsa tangan ibunya.Zaquan mengusap kepalanya. 'aduh..umi marah betul ni..kalau asyik diluku kepala aku..silap hari bulan aku pun boleh jadi Pak Pandir..'hati Zaquan bermonolog.

 "berapa banyak dah umi bagi gambar anak-anak kawan umi..suruh kamu pilih tapi satu pun kamu tak tunjuk minat.."ujar Puan Lisa kemudian dia terdiam seketika sebelum membulatkan matanya dengan riak terkejut.

 "jangan-jangan kamu ni...nauzubillah.."ujar Puan Lisa sebelum menutup mulutnya.Zaquan segera menggelengkan kepalanya dengan cemas.

 "umi!!..Zack ni normal la..Zack lelaki sejati tau.."balas Zaquan yang cuba menolak prasangka buruk ibunya.

 "kalau gitu umi bagi kamu masa 3 hari..kalau kamu tak bawa calon..biar umi pilih.."ujar Puan Lisa tegas dan tiada kompromi.

 "ala..nak korek kat mana calon tu umi..bagi la masa lebih sikit.."ujar Zaquan.

 "okay..2 hari.."balas Puan Lisa sambil berpeluk tubuh.Dengan anak terunanya yang sorang ini dia harus bertegas jika tidak pasti pelbagai alasan akan diberinya berlainan dengan anak gadisnya,Zaqia Faizah yang lebih muda dari Zaquan 3 tahun dan telah mendirikan rumahtangga hampir 4 tahun dengan pilihan hatinya.

 "ye la.. ye la..3 hari.."akhirnya Zaquan akur dengan kehendak ibunya yang tersayang.Puan Lisa tersenyum puas.


---------------------------------------------------------------------------------------------------
Keesokkan harinya..

 Zaquan duduk termenung seorang di sebuah kedai mamak menunggu penasihat tidak bertauliahnya datang.Tiba-tiba dia disergah dari belakang.

 "hoii!!..".Zaquan yang terkejut beruk segera mengurut dadanya.Mana tidaknya dia dalam keadaan susah hati memikirkan kehendak ibunya namun disergah begitu oleh beruk yang datang dari mana entah dia pun tidak tahu. 'Barangkali jatuh dari langit agaknya'hati Zaquan menjawab persoalan tentang kedatangan beruk yang menyergahnya sebentar tadi.

 "kenapa kau lambat,ruk?"soal Zaquan kepada rakannya itu.
"ruk?..setahu aku mak aku bagi nama aku sedap-sedap tau..Khaliq Izwan bukan 'ruk'.."ujar Khaliq sambil mengambil tempat dihadapan sahabatnya sejak sekolah menengah itu.

 "ye..ruk tu short form untuk B.E.R.U.K..tau beruk.."balas Zaquan.

 "weh..agak-agak la der..cari la binatang yang cantik sikit kot ya pun..by the way..kenapa kau macam ade KBAT je?.."soal Khaliq.

 "huh?..KBAT?..apa kebenda pulak tu?.."

 "Ketulan Batu Atas Tengkorak.."jawab Khaliq selamba.

 "maksudnya?.."soal Zaquan dengan wajah 'blurr'.
Khaliq mengetuk perlahan kepala Zaquan dengan harapan agar otak sahabatnya itu akan kembali berfungsi seperti biasa.Zaquan mengaduh sakit.

"hisy..apa ni main jotos-jotos (tunjal) kepala aku ni?.."ujar Zaquan dengan perasaan sebal.

 "kau ni slow la..maksudnya beban..tau beban..masalah negara bangsa..tau tak?.."

 "ooh..bagitahu la awal-awal.."balas Zaquan perlahan.

 "hah..berbalik pada topik asal..kenapa kau macam ada masalah je ni?.."soal Khaliq.

 "tak beb..mak aku suruh aku bawa calon dalam masa 3 hari..mana aku nak cari calon?..aku tak nak kahwin dengan calon pilihan mak aku tu.."

 "siapa dia?.."

 "ala..minah psyco tu..Si Nisya tu..hari itu dia siap ugut aku cakap nak bunuh diri kalau aku tak nikah dengan dia tapi aku buat don't know je..sebab dia macam tak serius..tapi aku memang serius beb tak nak kahwin dengan mana-mana calon pilihan mak aku..biar mati hidup semula pun tak nak.."ujar Zaquan bersungguh-sungguh.

 "habis tu kau nak aku buat apa?.."soal Khaliq penuh simpati.

 "kau tolong aku carikan calon?..aku tak kisah la dengan mana-mana perempuan..asalkan perempuan.."ujar Zaquan lagi.Khaliq diam sambil berfikir sejenak sebelum mengutarakan beberapa calon yang sesuai untuk sahabatnya itu.

 "hah!!..aku ada calon.."

 "siapa?.."soal Zaquan dengan perasaan ingin tahu.

 "nenek aku!.."usik Khaliq lalu gelak terbahak-bahak.Zaquan menjengkelkan matanya dan Khaliq secara automatiknya berhenti ketawa.

 "ye la..ye la..aku nanti fikirkan..yang muda ya?..yang cantik dan berpelajaran,ya?.."soal Khaliq.Zaquan pantas mengangguk.

 "susah-susah kau kahwin dengan anak jiran nenek aku je la..cantik perempuan tu Zack..aku tengok pun terus boleh kena penyakit angin cinta..tapi nak buat macam mana..aku ni belum cukup bajet la..kalau aku kahwin silap hari bulan bini aku mati kebuluran..jadi Juon karang siapa nak tanggung?..isy..isy,,..isy..seram..kau tengok ni meremang bulu ketiak aku.."ujar Khaliq sambil menunjuk kearah ketiaknya.Mujur dia hanya bergurau jika tidak pasti Zaquan akan berlagak seperti tidak mengenalinya yang sedia kala mesra alam sejak mula perkenalan dua sahabat itu.

 "baik la..kau tolong siasat perihal gadis tu..esok aku nak jumpa dia.."ujar Zaquan.

 "eh..kalau kau nak nombor dia sekarang pun boleh.."ujar Khaliq lalu mengeluarkan telefon bimbitnya untuk mencari nombor gadis yang dikatakanya itu.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari pernikahan..

Ehem..ehem..kedengaran satu suara garau berdehem di sebelah Zaquan menyebabkan dia tersedar dari lamunannya.

 "silakan pengantin lelaki untuk bersalam dengan pengantin perempuan.."ujar tok kadi yang menikahkannya dengan Jihan Natasya,gadis tangkap muat yang telah menjadi isterinya yang sah beberapa minit yang lalu.
Zaquan mengangguk lalu bangun dan berjalan menuju kearah Jihan Natasya.Dia menoleh sedikit kearah ibunya Puan Lisa yang sedang memeluk tubuh dengan wajah yang mencuka.Bukan Zaquan tidak tahu ibunya memang marah dan tidak setuju apabila dia berkata ingin mengahwini Jihan Natasya.Pada mulanya,Puan Lisa memang sengaja mendesak Zaquan dan beranggapan Zaquan tidak mempunyai mana-mana calon dan akan memilih Nisya untuk dijadikan isteri namun harapannya hancur apabila Zaquan membawa Jihan Natasya ke rumahnya tiga hari selepas perbincangannya dan Zaquan.

Pancaran cahaya dari kamera mula memancar apabila Zaquan mencium dahi Jihan Natasya selepas menyarungkan cincin di jari manis gadis itu.Majlis persandingan mereka diadakan selepas majlis akad nikah bagi menjimatkan masa memandangkan Zaquan dan Jihan Natasya akan pergi berbulan madu pada hari tersebut.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Zaquan duduk melihat pemandangan laut pada waktu malam dari chalet yang bertaraf 5 bintang itu.Mujur semua perbelanjaan mereka ditanggung oleh Puan Lisa.Mengikutkan hati Puan Lisa,dia memang tidak mahu menanggung mereka berdua kerana Zaquan tidak mengahwini gadis pilihannya namun dia terpaksa jua apabila Zaquan mengingatkannya tentang perjanjian mereka berdua bahawa Zaquan akan mendapat pakej bulan madu di hotel bertaraf 5 bintang di mana-mana negara yang ingin dia pergi bersama isterinya.

Ehem..Ehem..Zaquan tersedar dari lamunannya apabila kedengaran suara berdehem di sebelahnya.

"awak..selepas ni kita akan tinggal di rumah umi awak ke atau rumah sewa kita sendiri?.."soal Jihan Natasya memulakan perbualan.Zaquan menatap wajah gadis yang comel bertudung itu dengan pandangan kosong. 'kasihan kau Tasya..terpaksa jadi isteri aku walaupun dengan bayaran dan perjanjian..'.

 "saya rasa kita akan duduk di rumah sewa sahaja la..nanti kalau umi tahu tentang kita..masak la saya kena bebel dengan dia..silap-silap.."Zaquan terdiam seketika.

 "silap-silap apa?"soal Jihan Natasya dengan perasaan ingin tahu.

 "tak ada apa la.."balas Zaquan. 'silap-silap..aku kena kahwin paksa dengan Nisya..tak nak aku'Zaquan menyambung ayatnya dalam hati.

 "eh..awak..kenapa bertudung je?..tak rimas ke?..walaupun kita kahwin kontrak tapi tak ada aurat antara awak dan saya.."ujar Zaquan selamba.Sebenarnya nalurinya meronta-ronta untuk mendekati gadis comel bertudung itu dengan lebih dekat.Jihan Natasya diam lalu perlahan dibukanya satu persatu pin yang elok terpasang di tudung bawal yang dipakainya.Zaquan menelan liur apabila terlihat leher Jihan Natasya yang jinjang dan putih.Beberapa minit kemudian terserlah la rambut ikal paras pinggang milik Jihan Natasya.Zaquan tergamam melihat kecantikan gadis itu.

 "awak..sangat cantik.."terkeluar satu pujian dari mulut Zaquan.Jihan Natasya hanya tersenyum manis menampakkan lesung pipit di pipinya.

 "terima kasih.."balas Jihan Natasya sebelum beredar masuk ke biliknya yang terletak di sebelah bilik Zaquan.Dup..dap..dup..dap..jantung Zaquan mula berdegup kencang.Perlahan dia meraup wajahnya untuk menyedarkan dirinya sendiri tentang niat sebenar perkahwinannya ini.
---------------------------------------------------------------------------------------------------

Jihan Natasya menghendap perlakuan Zaquan melalui pintu biliknya yang sedikit renggang.Terhenjut-henjut bahunya menahan tawa.Sengaja dia ingin mengoda Zaquan kerana sebenarnya dia sudah lama menyukai jejaka kacak itu tetapi jejaka itu sahaja yang sudah lupa akan dirinya. 'Zack..Zack..tergoda juga kau dengan aku..hihi..Tasya..it's time to move on to next plan..tapi jangan gelojoh..masih ada 4 hari lagi kau kat sini..goda dia habis-habis..'hati Jihan Natasya bermonolog sendirian.Dia segera membuka bagasinya dan mengeluarkan sesuatu yang bersinar dari begnya.Dia tergelak kecil sebelum menyarungnya ke badannya.

Jam sudah menunjukkan ke angka 1 pagi,Zaquan bangun masuk ke dalam dan menutup pintu beranda.Perlahan kakinya berjalan menuju ke biliknya namun hatinya bagai tertarik-tarik untuk menjengah bilik sebelah yang pintunya sedikit renggang.Niat sebenarnya dia ingin menutup pintu tersebut namun bertukar apabila dia melihat Jihan Natasya yang sedang nyenyak tidur memakai gaun satin yang sedikit terselak sehingga menampakkan betis putih miliknya.Zaquan menolak pintu bilik Jihan Natasya dan masuk ke bilik tersebut lalu duduk di sebuah kerusi berdekatan dengan katil Jihan Natasya.Zaquan bagai hilang waras.Dia membelai rambut milik Jihan Natasya perlahan sebelum mendekatkan wajahnya ke wajah cantik milik gadis itu.Sedikit demi sedikit bibirnya di dekatkan ke bibir merah milik Jihan Natasya.Akhirnya bibir mereka bersatu.Zaquan segera tersedar lalu menjauhkan wajahnya kembali dan ingin beredar dari bilik tersebut.Tiba-tiba pergelangan tangannya ditarik,Zaquan segera menoleh kearah Jihan Natasya yang sedang berpisat-pisat.

 "abang..temankan Tasya malam ni..tolong la..temankan Tasya ,ya?.."ujar Jihan Natasya sedikit merengek.Zaquan agak terkejut mendengarkan panggilan 'abang' dari mulut Jihan Natasya namun dia senang mendengarnya.Perlahan kaki Zaquan naik ke atas katil tersebut.Dia pun pelik dengan dirinya sendiri yang terlalu akur dengan permintaan Jihan Natasya.Sejurus dia berbaring di sebelah Jihan Natasya,gadis itu menyambung tidurnya sambil memeluk kemas pinggang Zaquan bagai tidak mahu melepaskan lelaki itu.Tanpa dia sedari,dia juga turut terbuai dengan perasaannya serta keinginannya sambil merangkul pinggang gadis tersebut.Jihan Natasya tersenyum dengan mata yang terpejam.Akhirnya misi memikat Zaquan berjaya dilaksanakan secara tidak langsung misi seterusnya iaitu misi menjadi isteri dalam erti kata sebenar juga turut terlaksana pada malam yang nyaman itu.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Keesokkan harinya Zaquan tersedar apabila pancaran cahaya matahari mula terkena ke wajahnya.Perlahan matanya dibuka.Dia memandang kearah Jihan Natasya yang masih lena didada bidangnya. 'Indah sungguh kenangan semalam..tapi..dia boleh terima aku ke?..Ikhlas dan rela atau kerana terpaksa?..entah-entah dia mamai aje kot semalam..'hati Zaquan mula tertanya-tanya tentang perasaan sebenar Jihan Natasya.Zaquan kembali menutup matanya apabila Jihan Natasya mula mengerak-gerakkan tubuhnya.Zaquan membuka matanya sedikit untuk melihat Jihan Natasya yang rambutnya sedikit kusut dan kelihatan menggoda pada pagi itu.Jihan Natasya segera bangkit dari pembaringannya lalu mengambil tuala yang terletak berhampiran sebelum menutup badannya dan masuk ke dalam bilik mandi.Selepas kelibat Jihan Natasya sudah tidak kelihatan, Zaquan membuka matanya luas sebelum tersenyum gembira sambil menyarung t-shirt ke badannya yang agak sasa itu.

Hari itu mereka berdua banyak mendiamkan diri.Jihan Natasya lebih kerap melarikan pandangan apabila bercakap dengan Zaquan membuatkan Zaquan kerap tertanya-tanya dengan perasaan sebenar Jihan Natasya terhadapnya.

"Tasya..erm..malam ni awak ikut saya pergi satu tempat,boleh?.."soal Zaquan ketika mereka berdua menikmati suasana pantai pada petang itu.Jihan Natasya membetulkan sedikit tudung yang terletak diatas kepalanya sebelum memandang kearah suaminya dengan riak yang penuh dengan tanda tanya.

 "awak nak pergi mana?.."soal Jihan Natasya lembut.

 "adalah..rahsia..hihi.."ujar Zaquan manja sambil tersenyum penuh makna.

 "erm..ye la tu.."balas Jihan Natasya.

 "tapi sebelum tu..saya nak bawa awak pergi sana.."ujar Zaquan lalu menunjuk kearah sebuah pusat membeli belah yang beberapa meter dari tempat mereka menikmati pemandangan laut.Belum sempat Jihan Natasya berkata apa-apa,Zaquan sudah menarik tangan gadis itu dan menuju kearah pusat membeli belah tersebut.Jihan Natasya agak tergamam dengan tindakkan spontan Zaquan namun dia gembira dengan perlakuan jejaka itu.Tanpa Zaquan sedari pergerakkan mereka telah diperhatikan dari jarak yang jauh oleh beberapa orang lelaki yang memakai kot hitam.Salah seorang dari lelaki yang berbadan sasa itu mendail ditelefon bimbitnya dan menelefon seseorang untuk memberi maklumat kepada ketuanya.

 "hello Datuk..kami dah jejaki Jay..dia berada dengan seorang lelaki..nampaknya dia mempunyai hubungan dengan lelaki itu.."ujar lelaki tersebut.Beberapa saat dia mendiamkan diri bagi mendengar arahan dari ketuanya sebelum mematikan talian.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Malam itu Zaquan membawa Jihan Natasya ke sebuah restoran mewah dengan niat untuk meluahkan perasaannya yang kian hari kian mekar terutamanya selepas berkahwin dengan gadis itu.

Sedang mereka menunggu pesanan mereka beberapa lelaki memakai kot hitam masuk ke dalam ruangan restoran itu.Mujur tiada pelanggan lain di situ yang menyaksikan adengan itu.Lelaki-lelaki yang memakai kot hitam itu berjalan menuju kearah Jihan Natasya seperti hendak menyerang gadis itu.Jihan Natasya yang sedia dengan pelbagai kemungkinan mula mencapai beg tangannya yang mempunyai poket istemewa untuk meletak senjata.Zaquan kelihatan panik namun keadaan berubah apabila salah seorang dari lelaki-lelaki tersebut mengeluarkan biola dan suasana bertukar romantik dan sentimental.

Jihan Natasya meletakkan kembali beg tangannya ke kerusi yang berdekatan dengannya.Seorang pelayan datang membawa ais krim yang terhias indah bersama seutas cincin yang terletak di atas timbunan buah ceri merah.Jihan Natasya memulakan lakonannya dengan mempamerkan wajah terkejut dengan kejutan yang dibuat oleh Zaquan.Ternyata lelaki-lelaki yang memakai kot tadi juga adalah helah yang termasuk dalam acara pada malam ini.Terkejut juga Jihan Natasya dibuatnya,disangka orang kepercayaan Datuk Ilyas yang kerap membuat kecoh dan cuba mengganggunya,mahu saja dia 'menghabiskan' setiap satu dari mereka malam ini.Buat pengetahuan semua,Jihan Natasya merupakan seorang pembunuh upahan yang bekerja secara sendiri.Dia hanya akan bertugas sebagai pembunuh apabila terdapat mana-mana orang atau golongan elit yang sanggup mengupahnya untuk membunuh orang yang mereka tentukan namun sudah hampir 3 tahun Jihan Natasya melakukan kerja sampingan ini tetapi pihak berkuasa tidak pernah menjumpai bukti atau siapa yang melakukan pembunuhan tersebut memandangkan Jihan Natasya sudah boleh dianggap sebagai pembunuh upahan yang professional.

Jihan Natasya tersenyum selepas melihat cincin yang bertakhtakan berlian itu terhias indah pada tangkai buah ceri merah yang terletak diatas ais-krim tersebut.Zaquan mengambil cincin tersebut dan mencapai tangan Jihan Natasya yang terletak diatas meja sebelum menyarungkan cincin tersebut ke jari manis gadis itu.

 "ehem..ehem..may I know what is the meaning of this ring?.."soal Jihan Natasya sambil tersenyum manis dan mengangkat keningnya sebelah.

 "erm..ingatkan nak cakap thank you ke apa ke?..kasihan kat saya ni.."ujar Zaquan dalam nada merajuk.Jihan Natasya bangun dari kedudukannya yang bertentangan dengan Zaquan lalu pergi ke belakang suaminya itu dan memeluk lelaki itu dari belakang sebelum memberi ciuman hangat di pipi kanan Zaquan.

 "thank you,Mr.Hubby.."bisik Jihan Natasya romantis di cuping telinga Zaquan.Pipi Zaquan membahang.Tidak dia sangka Jihan Natasya akan seberani itu.Jihan Natasya tergelak kecil melihat gelagat Zaquan yang tidak berkelip dengan pipnya yang mula merah.Dia kembali ke tempat duduknya lalu menongkat dagu sambil memandang jejaka yang sudah lama dicintainya itu sejak dibangku sekolah lagi namun mungkin Zaquan tidak tahu siapakah dirinya yang sebenar.Jika Zaquan tahu,pasti lelaki itu akan pengsan kerana dialah gadis yang diberi gelaran 'psyco stalker' oleh pelajar-pelajar sekolah mereka, yang kerap menganggu Zaquan dan mengintip Zaquan setiap hari ketika mereka di bangku sekolah dahulu.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

13 tahun yang lalu di Sekolah Menengah Jalan Timah..

Seorang gadis berdiri di belakang sebuah pokok yang berdekatan dengan sekumpulan pelajar lelaki tingkatan 5 yang sedang duduk berbincang disebuah pondok. 'huh..nervousnya..harap-harap abang Zack terima cinta aku..dah 3 tahun aku tunggu saat ni..akhirnya aku satu sekolah dengan dia juga..'hati Jihan Natasya bermonolog sendirian.Akhirnya dia mengambil keputusan untuk meluahkan rasa hatinya yang dipendam sejak hari guru ketika dia berusia 10 tahun.

Jihan Natasya berjalan sambil menundukkan wajahnya menuju kearah Zaquan yang sedang bergelak ketawa bersama rakan-rakannya.Ketika itu,Zaquan dan rakan-rakannya iaitu Khaliq dan Adili merupakan antara pelajar yang paling kacak dan popular di sekolah mereka.

 "abang Zack..untuk abang.." ujar Jihan Natasya perlahan lalu menghulurkan sekeping coklat yang sudah agak cair dan surat kepada Zaquan ketika jejaka itu memandang kearahnya.

 "erk..terima kasih.."ujar Zaquan dengan ekspresi mukanya yang agak berkerut tanda tidak suka dengan hadiah tersebut.

 "wah..Zack ada peminat baru.."usik Khaliq manakala Adili pula berdiri dihadapan Jihan Natasya sambil memandang dari atas ke bawah gadis yang tinggi paras lengannya.

 "kau..ada hati pada ketua kitorang..come on la girl..rumah kau agaknya tak ada cermin eyh,budak?..at least pun betulkan la dulu tudung kau yang senget-benget tu..Cik Kiah si bidan tua kampung aku pun lagi cantik la dari penampilan kau ni yang selekeh.."ujar Adili sambil menepis sedikit tudung yang dipakai oleh Jihan Natasya.Zaquan hanya diam sahaja melihat rakannya mengutuk gadis itu manakala Khaliq sudah serba salah mana tidaknya,dialah yang memberi cadangan kepada Jihan Natasya untuk mencuba nasib kerana Khaliq dan Jihan Natasya merupakan rakan sepermainan selepas kematian abang gadis itu ketika gadis itu berusia 9 tahun.Jihan Natasya terus menundukkan wajahnya,andai bisa dia benamkan wajahnya ke bumi pasti dia sudah lakukannya ketika itu.

 "hey perempuan..kau masih tak faham ke?..kalau aku dah cakap macam tu dan Zack diam maksudnya dia memang tak sudi la nak terima kau..apa lagi kau tercegat kat sini?..blah la..mengacau je orang nak study.."sambung Adili dengan nada yang lebih kasar.

 "m..m.maaf..maaflah ab..abang..Zack..saya menganggu.."ujar Jihan Natasya lalu berlari menuju ke kelasnya sambil berjuraian air mata membasahi pipinya yang gebu.

 "kau ni Adili..agak-agaklah kalau nak tunjuk power pun..jangan la tunjuk kat budak form 1..kesian dia.."tegur Khaliq sebelum bangun mengejar Jihan Natasya.

 "eh..apahal mamat tu?..crush dia ke?..yang kau ni pun satu..sepatah haram aku tak dengar suara..dah tu makan coklat cair tu sorang-sorang..bawak sini sedikit.."ujar Adili sebelum menyambar coklat yang sedang dimakan oleh Zaquan yang berwajah blurr itu.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Kini..

"Hello..takkan la kena kiss sikit kat pipi dah kena strok kot.."ujar Jihan Natasya sambil melambai sedikit dihadapan wajah Zaquan.Zaquan berdehem beberapa kali lalu memandang Jihan Natasya dengan wajah serius.

 "you look so beautiful tonight.."ujar Zaquan tiba-tiba.

 "hah..ni puji-puji ni nak saya kiss awak lagi as a thank you ke?.."usik Jihan Natasya sambil mengangkat keningnya sebelah.Zaquan hanya tergelak.

 "by the way,..actually.."Zaquan memberhentikan percakapannya lalu mengenggam tangan milik Jihan Natasya dan mengucup jari jemari gadis itu.Jihan Natasya berasa amat terharu dan gementar kerana setelah 13 tahun baru dia berpeluang merasai peluang ini iaitu dihargai dan dicintai oleh jejaka yang telah lama bertakhta dihatinya iaitu Zaquan.

 "saya rasa..saya dah jatuh cinta dengan awak.."ujar Zaquan sambil memandang tepat ke mata Jihan Natasya yang sudah kelihatan bergenang air mata di tubir mata.Jihan Natasya memandang tepat ke anak mata Zaquan untuk mencari keikhlasan dari mata jejaka dihadapannya itu.

 "terima kasih..terima kasih sebab terima saya sebagai isteri awak walaupun usia perkahwinan kita belum pun mencapai seminggu..dan..awak sudi buka pintu hati awak untuk saya dalam sebulan perkenalan kita ni..I really appreciate it.."ujar Jihan Natasya lalu menitiskan air matanya kerana terharu.Zaquan bangun lalu melutut di sebelah kerusi Jihan Natasya lalu mengesat air mata isterinya itu.

 "sayang..kenapa ni?..sayang tak suka ke abang luahkan isi hati abang?.."soal Zaquan perlahan.Jihan Natasya merasa lebih terharu apabila Zaquan menggunakan panggilan 'abang' merujuk kepada dirinya.Jihan Natasya hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.Zaquan turut tersenyum lalu menarik wanita yang mula menapak dalam hatinya itu ke dalam dakapannya.

Malam itu mereka meluangkan masa bersama dan mencipta kenangan terindah buat masing-masing terutamanya Jihan Natasya kerana dia telah berjaya mendapatkan cinta pertamanya itu.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Dua bulan kemudian..

Jihan Natasya membetulkan sedikit rambut palsunya yang berwarna perang.Wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia merupakan pelancong.Dari dalam kereta Honda City hitamnya,dia mengintip seorang wanita yang berpakaian seperti ahli korperat sedang memasuki sebuah hotel bersama seorang jejaka yang berumur dalam lingkungan dua puluhan.Beberapa minit kemudian dia keluar dari keretanya sambil menyandang beg berjenama miliknya menuju kearah kaunter hotel yang bertaraf lima bintang itu.

"hi..may I help you?.."soal penyambut tetamu yang bernama Juliana sambil tersenyum.

 "oh..hi..I want a room for single.."ujar Jihan Natasya dengan penuh yakin.Bagi sesiapa yang mendengar cara percakapannya pasti tidak akan tahu bahawa dia merupakan orang Melayu,dengan wajah kacukkannya memang menyenangkan lagi kerjanya.

 "may I know how long you'll stay here?.."soal gadis penyambut tetamu itu lagi.

 "erm..one night only.."balas Jihan Natasya.Beberapa minit kemudian dia mendapat kunci biliknya.Segala urusan didaftar atas identiti palsunya.Misinya kini adalah untuk menghapuskan isteri seorang ahli perniagaan terkenal dan kekasih gelapnya.

Jihan Natasya membuka kunci biliknya yang terletak bersebelahan dengan bilik mangsanya.Sedang dia menyediakan peralatan yang akan digunakan untuk membunuh mangsanya,telefon bimbitnya berbunyi.Apabila melihat nama yang tertera,dia segera tersenyum manis.

 "Hello,abang.."
"sayang..abang rindulah kat sayang dan baby kita.."ujar Zaquan manja.

 "ala..abang..sabarlah..saya terpaksa outstation untuk hari ni je..sebab bos ni..tiba-tiba je suruh saya pergi tengok projek dekat sini.."ujar Jihan Natasya,cuba untuk menyembunyikan perkara sebenar.

 "tu la..abang ajak kerja dengan abang..sayang tak nak..lepas ni..abang tak kisah..sayang kena kerja dengan abang je..kalau tak..tak payah kerja..nanti abang yang susah macam ni..terpaksa menanggung rindu.."ujar Zaquan lembut namun ada ketegasan dalam ayatnya.Jihan Natasya menelan liurnya. 'aduh..macam mana ni..nampaknya kena bincang dengan bos la macam ni..huh..abang..demi abang saya sanggup buat apa aje..'hati Jihan Natasya bermonolog sendirian.

 "erm..ye la,abang..segala perintahmu akan ku patuhi..ok la abang..got to go..klien dah sampai ni.."ujar Jihan Natasya.

 "ok..take care..jangan kerja berat sangat..nanti letih pulak..bye ..love you and baby.."ucap Zaquan.

 "we love you too.."balas Jihan Natasya sebelum mematikan talian.Jihan Natasya mengusap lembut perutnya yang sudah berisi walaupun masih kempis.

Sebulan yang lalu..

 Jihan Natasya sedang menyediakan sarapan buat Zaquan dan Puan Lisa.Kini dia menetap bersama suaminya di rumah milik ibu mertuanya memandangkan hanya Zaquan yang menetap bersama Puan Lisa di Malaysia manakala kakaknya pula menetap diluar negara kerana mengikut suaminya,maka Jihan Natasya harus menjaga ibu mertuanya itu.Sedang dia sibuk menuangkan minuman buat suami dan ibu mertuanya itu,tekaknya merasa loya.Sekelip mata dia berlari menuju ke tandas dan mengeluarkan segala isi perutnya.Zaquan kelihatan amat panik dengan keadaan Jihan Natasya yang sudah tiga hari kerap muntah apabila waktu pagi.Dia mengusap-usap perlahan belakang isterinya.

 "sayang..abang rasa baik kita pergi klinik..risaulah tengok sayang muntah-muntah macam ni.."ujar Zaquan.Jihan Natasya hanya mengangguk lemah dengan matanya yang masih terpejam menahan rasa loya yang masih terasa.
Zaquan memapah Jihan Natasya masuk ke dalam kereta Audi miliknya.

 "umi..Zack bawa Tasya pergi klinik kejap tau.."beritahu Zaquan kepada Puan Lisa.Wanita itu hanya tersenyum lalu mengangguk.Sebenarnya dia seperti sudah tahu apa yang bakal diberitahu oleh doktor nanti.Walaupun pada mulanya dia tidak menyukai gadis pilihan anaknya itu namun lama kelamaan dia menyenangi sifat gadis itu yang sopan dan berbudi bahasa.
"hati-hati bawa kereta tu.."pesan Puan Lisa kepada Zaquan.

"Tahniah..isteri encik disahkan mengandung hampir tiga minggu.."ujar doktor yang merawat Jihan Natasya sambil tersenyum.Zaquan membulatkan matanya sebelum memeluk Jihan Natasya lalu mencium pipi isterinya itu.Wajah Jihan Natasya sudah kelihatan merah padam akibat malu diperlakukan begitu dihadapan doktor yang merawatnya itu namun dia turut bahagia dengan berita yang disampaikan oleh doktor tersebut.
Sejak dari hari itu,Zaquan selalu meluangkan masa bersamanya.

   ---------------------------------------------------------------------------------------------------

 Jam sudah menunjukkan ke angka 2 pagi,Jihan Natasya sudah bersiap sedia dengan peralatan yang diperlukan untuk 'tugas'nya itu.Dia memakai penutup muka sebelum menyelinap masuk ke bilik sebelah melalui beranda yang terdapat di biliknya.Agak susah untuknya menyelinap masuk ke beranda dibilik sebelah memandangkan bilik mereka berada di tingkat 11 bangunan hotel tersebut.Selepas bertungkus lumus,akhirnya Jihan Natasya berjaya menyelinap masuk ke bilik tersebut melalui tingkap tandas yang terbuka sedikit diberanda tersebut.Mujur tiada siapa yang berada disitu dan pasangan tersebut sedang lena dibuai mimpi.Jihan Natasya bergerak perlahan menuju kearah jejaka yang merupakan kekasih gelap Emelda,isteri kepada seorang ahli perniagaan terkenal lalu mencucuk leher jejaka tersebut mengunakan jarum halus yang mempunyai ubat yang boleh melumpuhkan system saraf dan menyebabkan maut.Selepas beberapa minit,dia mengulangi prosedur tersebut kepada Emelda sebelum meletakkan botol arak yang mempunyai cap jari kekasih gelap Emelda di atas meja kecil disebelah pasangan tersebut lalu menyalakan sebatang rokok dan diletakkan dicelah jari jejaka tersebut dan mengalihkan tangan jejaka itu kesebelah botol arak tersebut.

Dalam beberapa saat,Jihan Natasya sudah menyelinap masuk kembali ke biliknya lalu menukar pakaiannya kepada pakaian penyamarannya ketika masuk ke hotel tersebut sebelum siren kebakaran mula berbunyi di dalam hotel tersebut.Mujur peralatan yang dibawa oleh Jihan Natasya kebanyakannya bersaiz micro dan mudah dibawa,disebabkan itu jugalah dia senang melarikan diri.

Keesokkan harinya...

 Jihan Natasya duduk bersama Datuk Ilyas di pejabatnya sambil membincangkan urusan mereka.

 "good job,Jay...I'm really proud of you.."ujar Datuk Ilyas lalu meletakkan surat khabar yang memaparkan tentang kematian isteri ahli perniagaan di sebuah hotel dalam keadaan rentung dan wanita itu adalah isteri kedua kepada Datuk Ilyas sendiri.

 "jadi Datuk..rasanya setakat ini sahaja urusan kita..saya harap perkara ni akan dirahsiakan oleh pihak Datuk atau segala surat perjanjian yang telah kita buat ni akan sampai juga ke pihak polis kalau Datuk menyebarkan identiti saya ni.."ujar Jihan Natasya sambil membetulkan cermin matanya.Walaupun dia berurusan dengan Datuk Ilyas namun identitinya tetap disembunyikan melalui penyamarannya.Setiap kali dia berurusan dengan 'klien'nya pasti dia akan menyamar menjadi orang lain tetapi mempunyai gelaran yang sama iaitu 'Jay'.Datuk Ilyas hanya tergelak kecil.

 "don't worry..as long as you you've done your job in proper way.. I tak akan kacau hidup you..by the way,this is your full payment plus bonus.."ujar Datuk Ilyas lalu meletakkan beg yang berisi wang yang banyak.Beg tersebut ditutup oleh Jihan Natasya sebelum gadis itu bangun.

 "I guess our business is done..any other job,don't hesitate to contact me.."ujar Jihan Natasya sambil tersenyum sinis.Datuk Ilyas hanya mengangguk sambil tersenyum puas.
Kereta yang dipakai oleh Jihan Natasya semasa menjalankan misi untuk menghapuskan Emelda dipulangkan kepada Datuk Ilyas untuk dihapuskan agar identitinya tidak akan dikesan oleh pihak berkuasa.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

 Jihan Natasya keluar dari lobi bangunan yang menempatkan syarikat milik Datuk Ilyas sebelum sebuah kereta Volkswagen Polo berwarna hitam berhenti dihadapannya.Jihan Natasya masuk ke perut kereta tersebut.

 "so how's your mission?.."soal jejaka tersebut.

 "fine..like usually..macam mana pula dengan kau?.."soal Jihan Natasya kepada jejaka yang kelihatan berkarisma dengan t-shirt polo berwarna hitam dan cermin mata hitam berjenama.Jejaka tadi tergelak kecil.

 "kau macam tak tahu aku bekerja macam mana..by the way,aku dengar kau dah mengandung..tahniah.."ucap jejaka tersebut sambil tersenyum.

 "haha..thanks..tanpa kau..aku tak tahu aku akan berjaya sampai tahap ni atau tak.."ujar Jihan Natasya sambil memandang kearah jejaka yang sedang memandu disebelahnya.Jejaka itu membelokkan keretanya kearah sebuah bangunan dimana Jihan Natasya meletakkan keretanya lalu membuka cermin mata hitamnya.

 "walaupun aku agak terseksa sebab terpaksa izinkan kau bersama dengan sahabat aku yang tak pernah menghargai kau dulu..tapi aku bersyukur kau bahagia dan yang paling penting..you're my best partner,Tasya.."ucap jejaka itu dengan nada yang agak sayu namun dia menutup perasaannya dengan senyuman.

 "Khaliq..kau tahu yang aku memang dah sukakan Zack sejak dulu lagi..dan aku bersyukur sebab kau sudi berkawan dengan aku dan mengajar aku serba sedikit tentang pekerjaan kita ni..betul cakap kau dulu..kadang-kadang dendam dan pengalaman mendewasa serta memberanikan kita untuk buat sesuatu.."ujar Jihan Natasya.

 "aku dengar..lepas ni Zack nak suruh kau kerja dengan dia..dan nampaknya kau kena bersara memandangkan keadaan kau yang bakal jadi ibu ni..takkan kau nak membunuh orang lagi masa kau tengah mengandung ni?.."soal Khaliq penuh prihatin.

 "ye la..mungkin dah tiba masanya untuk aku bersara..aku serahkan semua misi aku pada kau sehingga aku dah betul-betul sedia untuk mengambil tugas aku ni balik..okay la..got to go..BFF kau tu dah call aku banyak kali katanya rindu dengan baby..ada-ada aje dia tu..hihi.."ujar Jihan Natasya sambil tergelak kecil.Khaliq berasa agak terkilan namun segera ditepis semua rasa yang terbuku dihatinya itu kerana dia tahu Zaquan adalah orang yang terbaik untuk menjaga gadis pujaan hatinya itu.

 "okay..I guess lepas ni kita still boleh jumpa sebagai kawan kan?..tapi sebagai kawan biasa la bukan kawan kerja..apa-apa pun take care..anything just call me.."ujar Khaliq sebelum Jihan Natasya keluar dari perut keretanya dengan pakaian yang sebenar iaitu dengan identiti Jihan Natasya,isteri kepada Zaquan.Khaliq hanya menghantar Jihan Natasya dengan pandangan matanya sehingga kereta gadis itu meluncur laju di jalan raya. 'Jihan Natasya..kau lah cinta pertama aku..aku redha andai kata kau milik Zaquan..tapi kalau Zaquan melukakan hati kau..aku tak akan teragak-agak untuk menghapuskan dia walaupun dia sahabat aku sejak kecil..'hati Khaliq berkata-kata.

  ---------------------------------------------------------------------------------------------------  

 9 bulan kemudian..

 Jihan Natasya dan Zaquan duduk di bilik bayi yang indah terhias dengan dekorasi yang comel berwarna biru.Jihan Natasya duduk di sebuah kerusi malas yang terletak di bilik tersebut manakala Zaquan pula duduk di sebelahnya sambil mengusap lembut perut Jihan Natasya yang sudah besar menunggu masa sahaja untuk melahirkan bayi yang mengikut kata doktor jantinanya lelaki namun siapalah kita untuk mengetahui rahsia tuhan.

 "abang..saya takutlah.."ujar Jihan Natasya ketika Zaquan mengurut-urut kakinya yang kerap terasa lenguh.Zaquan yang memahami tentang kerisauan isterinya pantas mengenggam tangan Jihan Natasya lalu mengucup lembut.

 "sayang..don't worry...abang tahu sayang kuat untuk menghadapi semua ni..jangan risau la..sayangkan isteri abang yang comel,cantik,baik dan kuat..mesti boleh hadapi punyalah..kita bertawakal saja la..insyallah sayang boleh hadapi dengan tabah dan mudah.."ujar Zaquan cuba menenangkan isterinya.Tiba-tiba Jihan Natasya memegang perutnya yang terasa sakit dan beberapa minit kemudian kelihatan air mengalir dibetisnya.Zaquan kelihatan panik melihat situasi tersebut terus memanggil ibunya.Puan Lisa dan Zaquan membantu Jihan Natasya masuk ke dalam kereta sebelum dia dikejarkan ke hospital.

Selepas satu jam Jihan Natasya berada di bilik bersalin,kedengaran bunyi tangisan bayi didalam ruangan tersebut.

 "tahniah Puan Jihan Natasya..puan selamat melahirkan seorang bayi lelaki dan seorang bayi perempuan yang comel dan sihat.."ujar doktor Danial kepada Jihan Natasya sebelum memberikan dua bayi yang masih kecil itu kepada Zaquan dan Jihan Natasya yang masih dalam keadaan lemah.Zaquan mengucup lembut pipi isterinya sebelum mengazankan kedua-dua bayi yang comel itu.

   ---------------------------------------------------------------------------------------------------

"congratulation Zack and Tasya for your beautiful twins.."ujar Khaliq ketika melawat Jihan Natasya di hospital bersama buah tangan buat bayi mereka berdua.

 "thanks,bro.."ujar Zaquan dengan senyuman manis manakala Jihan Natasya hanya mengangguk sambil tersenyum.Badannya masih terasa lemah selepas bertarung nyawa untuk melahirkan dua bayi mereka.

 "so,Tasya..baby tu dah ada nama belum?.."soal Khaliq penuh teruja.

 "actually kitaorang tak sangka baby tu twins..so seorang je yang ada nama tapi seorang lagi tu belum ada nama lagi.."balas Jihan Natasya.

 "hah..why not ko suggestkan nama yang sesuai untuk baby girl kitorang tu memandangkan kau kan uncle diorang.."cadang Zaquan namun ia juga dipersetujui oleh Jihan Natasya.

 "are you sure?.."soal Khaliq menginginkan kepastian.

 "yup, totally sure.."balas Zaquan dan Jihan Natasya serentak.

 "ok then..I'll name her Narsya Zafira.."ujar Khaliq kepada pasangan dihadapannya itu.Jihan Natasya teruja mendengar nama yang unik itu begitu juga dengan Zaquan.

 "hurm..bagus..so sayang our family is complete with Zarif Naqif and Narsya Zafira..thanks to you my dear.."ujar Zaquan sambil memeluk bahu isterinya dan mengucup lembut dahi wanita itu.Khaliq yang melihat hanya tersenyum kelat sebelum dia pantas menepis segala perasaan kecewanya yang mula menjengah dihatinya.

 "ehem..ehem..takkan baby masih kecil lagi dah nak dapat adik kot.."usik Khaliq selamba.

My Wife is a Professional Killer ✔Where stories live. Discover now