Nama aku Qalisha

120 9 1
                                    


Pada sesiapa yang membaca nota ini, nama aku Qalisha. Mungkin aku sudah tiada lagi dalam dunia ini, atau aku sudah hamper meninggalkan dunia. Tujuan aku menulis entri ini adalah untuk meluahkan apa yang terpendam dalam hati aku, yang aku tak mampu nak luahkan pada orang sekeliling aku. Hatta orang yang paling aku saying sekalipun.

Pada yang mengenali aku, aku tahu kamu semua tahu bagaimana perangai aku; kasar, mudah mesra, mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. MAlah aku suka membaca. Pelbagai genre, malahan aku lebih suka membaca buku underground yang kandungannya kebanyakan tidak ditapis. Tapi ramai yang tidak tahu kerana aku banyak membaca inilah, aku banyak belajar. Tentang sesuatu yang aku tidak patut belajar sebelum waktunya.

Di sebalik hidupku yang ceria, terselit satu kekesalan yang beraja dalam hati aku sehingga sekarang. Memberi sesuatu yang sangat berharga dalam diri aku pada orang tak sepatutnya aku beri; at least for the time being

Ibu, Adik minta maaf. Adik dah cemarkan maruah adik, palitkan arang dan lumpur ke muka ibu. Setelah apa yang abang Qalish pernah buat untuk adik dulu, adik macam tak pernah hargai.

Abang Qalish selalu datang teman adik. Dia selalu nasihat adik tentang banyak perkara. Adik selalu dengar nasihat dia,tapi kali ini adik terlalu ikutkan perasaan. Sayang pada lelaki yang belum tentu tuhan berikan sebagai suami.

Kali terakhir abang datang, adik nangis depan abang. Adik menyesal. Tapi, semua tu dah tak ada guna. Abang marah sangat, dia cakap apa guna abang pertahankan adik dulu? Adik menangis nak peluk abang, tapi tak boleh.

Ibu, adik tak akan susahkan ibu lagi lepas ini. Abang Qalish datang lagi lepas ini, adik suruh abang bunuh je adik.

Maaf ibu, adik pergi dulu.

***'

"Tapi, mustahil tuan. Anak saya Qalish dah meninggal sebab pertahankan Qalisha dari dirogol" Sang ibu menangis.

"Hasil siasatan menunjukkan yang mangsa membunuh diri,"

"TApi, mangsa tak kidal."

"Mangsa dibunuh oleh abangnya yang dah lama bersemadi dalam dirinya"

nota bunuh diriWhere stories live. Discover now