19

112 11 0
                                    

Kumpulan pelajar itu melihat Yun Jung dengan pandangan yang berunsurkan 'sila meninggal'.

"Halah, matanglah sikit, lepaskanlah budak tu.. ". Yun Jung menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Malas sebenarnya dia nak menghadap situasi cliche macam ni.

Pelajar perempuan yang mencengkam rambut milik Sanha atau lebih dikenali Mia itu sudah memandang Yun Jung dengan mata yang mencerlung.

Alah marah letuw. Menyampah !

"Kau siapa ? Lesbo partner dia ? Back-up kuat nampak. ". Sinis sahaja nada yang digunakan Mia menyindir Yun Jung.

Yun Jung tertawa kecil mendengar sindiran yang ditelinganya seakan-akan mainan budak kecil. Kolot !

"Aku takde masalah nak berdrama, kau lepas jelh, okay ?"
Yun Jung masih menggunakan nada yang baik.

Tiba-tiba ada seseorang cuba untuk memukul Yun Jung dari belakang namun dapat dijangka oleh Yun Jung.

Kuajaq ar ni main pukul curi!

"Hoi! Kau ni harap je jantan! Ado, ni mesti pakwe betina2 ni en? Baguslah, makwe bodoh pakwe kecut. "

Pelajar lelaki yang sudah mengerumuni tempat itu mula mendekati Yun Jung. Pelajar perempuan disitu tergedek-gedek berlari kearah balak masing-masing.

Nak mengadulah tu !

Yun Jung mengatur langkah dengan perlahan mendekati Sanha.

Apabila benar-benar berada disebelah Sanha, dia segera menarik Sanha dan lari sekuat yang mungkin.

Ha tulah! Nak jadi gangster boleh tapi jangan bodoh!

"Bodoh punya perempuan nak buat dajjal ke nak dating! "

Mereka berdua berlari sekuat hati dan mencari tempat menyorok.

******************************

Mereka tiba disebuah kedai dipasar malam. Takdelah bahaya sangat sebab ramai orang en ?

Dua-dua tercungap akibat daripada maraton sebentar tadi. Yun Jung memerhati beberapa pelajar yang masih mencari mereka berdua.

    "G--gomawo.. ". Sanha mula bersuara, nampak ikhlas disitu.

Yun Jung melihat Sanha dengan pandangan yang suka ditafsir. Dia juga bingung mengapa dia membantu budak baru itu.

Aku nak balas apa do? Malas ar.

Yun Jung memastikan keadaan sekeliling tidak ada bahaya. Setelah pasti seratus peratus, dia terus berjalan untuk menuju ke rumah Yoongi.

D--dia marah ke aku cakap terima kasih?

Sanha hanya membiarkan sahaja kelibat Yun Jung hilang dan mengatur langkah untuk pulang kerumah.

****************************

    TING TONG !! TING TONG !!

Mana sia mamat ni adohai! Ni yang menyampah ni!

Yun Jung sudah mula menyumpah seranah apabila dia sudah berdiri diluar rumah Yoongi selama 30 minit.

      "Chae Yun ! "

     "Ah halmonie ! ". Yun Jung tunduk 90 darjah apabila Halmonie Min menghampirinya. Kelihatan mamat frozenfood tu kat belakang dengan muka yang selamba badak kuajak.

      " Chae Yun dah lama ke tunggu ? Mianhae sebab Halmonie lambat, Yoongi nak makan bubur kat kedai tadi .. "

Bahalol kau aku kat luar dah sejuk nak mati kau boleh makan bubur ?!

     " ohh takpe.. lagipun oppa pon dah biasa lewat , kan oppa ? " Yun Jung menjenguk Yoongi yang sedang leka bermain handphone. Tak guna betul.

     " ha ? Papejelah "

     " dah- dah jom masuk dalam.. "

****************************

Yun Jung memasuki 'bilik lakonan' nya dan terus merebahkan diri. Penat betul badan ni, dengan maraton , pastu kena jalan kaki , pastu kena tunggu lagi .

Sampai bila aku nak macam n--

     "Sorry. " Yoongi yang tiba-tiba muncul dari tepi pintu membuatkan Yun Jung terjatuh daripada katilnya . Auch , sakit bhai .

     " hah , okay. " Yun Jung membalas acuh tidak acuh sahaja. Hati sakit lagi okay  !

Tiba-tiba Yoongi mengambil tempat disebelah Yun Jung. Tangan Yun Jung diraih.

      " oi baru mintak maaf dah ambil kesempatan kau tak guna pervert ! "

     " kepala hotak kau, ni tangan asal lebam ni ? "

Yoongi menunjukkan kesan kebiru-biruan ditangan Yun Jung. Yun Jung mengeluh, tak mungkinlah dia nak bagitahu Yoongi pasal ni.

Maaf okay maaf terpaksa menipu.

     " tadi aku jatuh, tangan aku langgar benda apa tah "

     " ohh.. "

Bangang betul minah ni , kalau jatuh aku tau lah lebam dia macam mana, dah sah-sah tu lebam kena pukul.

Yoongi hanya mendiamkan diri meskipun tahu akan perkara sebenar. Malas je nak tanya.

      " jom, kita sambung projek "

     " jommmmmmmm ~~~ "

CONTRACT S1+2{COMPLETE} Where stories live. Discover now