BABAK SWEET

41 0 0
                                    

Banyak sangat ke kerja sampai balik tengah-tengah malam? Baju pun tak sempat tukar, terus masuk tidur je." Pertanyaan itu seperti merajuk sahaja kedengarannya. Damien kerling Adelia dari arah cermin. Dia nampak wajah itu memuncung merajuk.
"Sorry, honey. I memang sangat sibuk sejak I terpaksa handle projek di Kedah tu. Mungkin sikit hari lagi I akan ke sana untuk tengok tapak projek." Terang Damien. Dia lihat riak wajah Adelia masih tidak berubah. Memuncung sahaja sejak bangun tidur tadi.
"Eh, siapa tukar baju I semalam?" Damien menukar tajuk.
"Tengok tu! Sampai isteri you tukarkan baju pun you tak sedar." Mengumam sahaja Adelia dengan geram.
"You tukarkan pakaian I, honey? Wow! You memang superwomanlah honey." Damien cuba bawa bergurau. Malas Adelia hendak layan gurauan Damien itu. Dia bangkit dari katil untuk keluar menyiapkan sarapan pagi. Tetapi belum pun sempat berlalu dari situ, Damien terus menghalang langkahnya. Lengan Damien kejap pakukan ke dinding berdekatan pintu bilik, menghalang tubuh Adelia membolosi kawasan itu untuk keluar. Wajah Adelia yang memuncung itu dipandangnya. Adelia palingkan muka tidak mahu memandang wajah Damien.
"Honey... walaupun you marah, you tetap cantik di mata I. You senyum ke, you jeling ke, you sedih ke, hati I tetap bergelora bila pandang you. Lebih-lebih lagi bila you marah-marah macam ni." Damien bisik betul-betul di tepi telinga Adelia.
Terus Adelia mendecit. Dia kerling sekilas ke wajah Damien. Damien lorekkan senyum dengan penuh menggoda kepadanya.
"I belum mandi lagi. Cuci muka pun belum. Berus gigi lagi-lagilah belum. Jangan nak buat pasal!" marahnya.
"I tak kisah..."
"Saudara mara I datang bertandang. Tak payah nak memujuk rayu sangat."
"Ooo... patutlah berangin lain macam je." Damien tarik ayat lanjut-lanjut.
"Dah la, malas nak layan you. Buat kacau jiwa I je."
Kata-kata itu macam gurauan pula di telinga Damien. Sebab itu dia terus mengekek. Kemudian dia menarik tangannya semula dari menghalang langkah Adelia untuk turun ke bawah. Dia tahu marah Adelia tidaklah ke mana. Walau marah, tanggungjawabnya sebagai seorang isteri tidak pernah diabaikan. Sarapan pasti disediakan di atas meja.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 27, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

COKLAT CINTAWhere stories live. Discover now