Wahai Haira' Medina,
Diri ini mengharap suatu hari nanti dirimu menjadi wanita solehah.
Diri ini bukanlah sebaik apa yang diharapkan.
Di akhir zaman ini,
Jagalah hatimu, jagalah imanmu, jagalah solatmu sayang.
In shaa allah, ibu akan mendidikmu dengan didikan agama yang sempurna.
In shaa allah, ibu dan ayahmu akan menjagamu sebaik mungkin.
In shaa allah ibu dan ayahmu ini tidak mengongkong dirimu.Wahai Haira' Medina,
Ibumu ini bukanlah dari keluarga yang alim.
Bukanlah dari keluarga yang serba tahu tentang agama.
Ibumu ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah seorang perempuan biasa yang mencari apa erti sebenarnya solehah.
Kerisauan di dalam diri ibumu ini tidak dapat dibendung.
Hanya mengharap engkau akan menjadi anak yang solehah.
Wanita yang kuat imannya ,
Yang kuat sifat jihadnya.
Jadilah kamu seperti Saidatina Khadijah.
Jadilah kamu seperti Fatimah Azzahra.
Jadilah kamu seperti Serikandi Islam.Wahai Haira' Medina,
Ibumu hanya mampu mendoakan kebahagiaan keluarga kita kelak.
Ibumu akan sedaya mungkin untuk mengamalkan ajaran islam di dalam keluarga kita.
Jika suatu hari nanti kamu menanyakan mengapa keluarga kita berlainan dari keluarga orang lain.
Ingatlah,
Bahawa hidup kita adalah untuk mencari keredhaan Allah sayang.
Bukan untuk mencari redha manusia.Wahai Haira' Medina,
Ibu harap kamu bersabar dengan dugaan di dunia.
Dunia ini bukan seindah apa yang kamu sangkakan.
Dunia ini bukan tempat untuk berseronok.
Dunia ini tidak lain dan tidak bukan adalah bangkai yang berhias.
Itu terpulang pada diri dan imanmu untuk menilai apa sebenarnya dunia pada hatimu.
Ibu mengharap kamu seperti Rabiatul Adawiyah.
Cintanya yang teragung hanya untuk tuhannya.
Cintanya terhadap dunia tidak ada sedikitpun di hatinya.
Semoga kamu jadi sepertinya sayang.Wahai Haira' Medina sayang ibu, Hormatilah ayahmu dan ibumu ini
Jangan lah kamu terasa sekiranya kami tidak membenarkan kamu membuat keputusan sendiri.
Bukalah hati dan jiwamu sekiranya dimarahi oleh kami.
Sesungguhnya kami tidak berniat mahu buat begitu.Wahai Haira' Medina ,
Semoga kamu menjadi anak yang solehah .
Jagalah dirimu, sayangilah keluargamu.
Jagalah maruahmu.
Semoga syurga tempatmu sayang.
Berbaktilah kepada kami.
Semoga diberkati dirimu di dunia dan di akhirat. In shaa allah ameen.Coretan sayang dari ibumu.🌸
YOU ARE READING
Haira' Medina
RandomSurat cinta dari seorang ibu untuk anak perempuannya. 🌸❤ Semoga Allah jaga kamu .❤