1. Ar-Rahmaan : ( ﺍﻟﺮﺣﻤﻦ )
Allah Maha Pengasih, iaitu pemberi kenikmatan yang agung-agung dan pengasih di dunia.
2. Ar-Rahim : ( ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ )
Allah Maha Penyayang, iaitu pemberi kenikmatan yang di luar jangkaan dan penyayang di akhirat.
3. Al-Malik : ( ﺍﻟﻤﻠﻚ )
Allah Maha Merajai/ Menguasai /Pemerintah, iaitu mengatur kerajaanNya sesuai dengan kehendakNya sendiri.
4. Al-Quddus : ( ﺍﻟﻘﺪﻭﺱ )
Allah Maha Suci, iaitu tersuci dan bersih dari segala cela dan kekurangan.
5. As-Salaam : ( ﺍﻟﺴﻼﻡ )
Allah Maha Penyelamat, iaitu pemberi keselamatan dan kesejahteraan kepada seluruh makhlukNya.
6. Al-Mu'min : ( ﺍﻟﻤﺆﻣﻦ )
Allah Maha Pengaman / Pemelihara keamanan, iaitu siapa yang bersalah dan makhlukNya itu benar-benar akan diberi seksa, sedang kepada yang taat akan benar-benar dipenuhi janjiNya dengan pahala yang baik.
7. Al-Muhaimin : ( ﺍﻟﻤﺤﻴﻤﻦ )
Allah Maha Pelindung/Penjaga / Maha Pengawal serta Pengawas, iaitu memerintah dan melindungi segala sesuatu.
8. Al-'Aziiz : ( ﺍﻟﻌﺰﻳﺰ )
Maha Mulia / Maha Berkuasa, iaitu kuasaNya mampu untuk berbuat apa yang dikehendakiNya.
9. Al-Jabbaar : ( ﺍﻟﺠﺒﺎﺭ )
Allah Maha Perkasa / Maha Kuat / Yang Menundukkan Segalanya, iaitu mencukupi segala keperluan, melangsungkan segala perintahNya serta memperbaiki keadaan seluruh hambaNya.
10. Al-Mutakabbir : ( ﺍﻟﻤﺘﻜﺒﺮ )
Allah Maha Megah / Maha Pelengkap Kebesaran, iaitu yang melengkapi segala kebesaranNya, menyendiri dengan sifat keagungan dan kemegahanNya.
11. Al-Khaaliq : ( ﺍﻟﺨﺎﻟﻖ )
Allah Maha Pencipta, iaitu mengadakan seluruh makhluk tanpa asal, juga yang menakdirkan adanya semua itu.
12. Al-Baari' : ( ﺍﻟﺒﺎﺭﺉ )
Allah Maha Pembuat / Maha Perancang / Maha Menjadikan, iaitu mengadakan sesuatu yang bernyawa yang ada asal permulaannya.
13. Al-Musawwir : ( ﺍﻟﻤﺼﻮﺭ )
Allah Maha Pembentuk / Maha Menjadikan Rupa Bentuk, memberikan gambaran atau bentuk pada sesuatu yang berbeza dengan lainnya.
•• Al-Khaaliq adalah mengadakan sesuatu yang belum ada asal mulanya atau yang menakdirkan adanya itu.
•• Al-Baari' ialah mengeluarkannya dari yang sudah ada asalnya.
•• Al-Musawwir ialah yang memberinya bentuk yang sesuai dengan keadaan dan keperluannya.
14. Al-Ghaffaar : ( ﺍﻟﻐﻔﺎﺭ )
Allah Maha Pengampun, banyak pemberian maafNya dan menutupi dosa-dosa dan kesalahan.
15. Al-Qahhaar : ( ﺍﻟﻘﻬﺎﺭ )
Allah Maha Pemaksa, menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya serta memaksa segala makhluk menurut kehendakNya.
16. Al-Wahhaab : ( ﺍﻟﻮﻫﺎﺏ )
Allah Maha Pemberi / Maha Menganugerah, iaitu memberi banyak kenikmatan dan selalu memberi kurnia.
17. Ar-Razzaaq : ( ﺍﻟﺮﺯﺍﻕ )
YOU ARE READING
Asmaul Husna
SpiritualDaripada Abu Hurairah R.A., bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : " Sesungguhnya Allah mempunyai sembilan puluh sembilan nama yang indah, sesiapa yang mengetahuinya (memikirkan tujuan maknanya dan beramal dengan tuntutan makna itu), mereka akan ma...