Aku mampu menjadi seperti bayangmu... Yang hanya mampu stalk dirimu dari jarak dekat... Pedih rasanya hati ini apabila dikau tidak perasan diriku walaupun aku amat hampir dengan kau... Tapi ingat yang aku akan sentiasa dengan kau walau apa pun terjadi. Sebab aku bayang kau.....
~~~~~~~~~~~~~~
"Weh,kau nak tau tak? " tanya rafiq kepada kawan baiknya, aini yang sedang baca buku. Uhuk kawan dari kecik eh... 'Kawan je'. Tak lebih."Hmm, ape dia"soal aini balik. Jawab acuh tak acuh je. Yela diakan tengah membaca tu tetiba orang ajak sembang memang lah nak kena. Dah lah dia jenis tak suka orang kacau dia. Ulat buku lah katakan.
"Ni hah, kau jangan terkejut tau"
"Hmm, cepatlah cakap. Aku nak baca buku pun tak senang. Penyibuk. Lagipun ni labrary kan.orang datang sini nak membaca, belajar bukan bersembang"hah ambik kau, sekali aini membebel berdarah lah telinga jawabnya.
"Yela stop membebel. Berdarah telinga aku"jawab rafiq dengan nada yang mengjengkelkan.
"Hmm"balas aina.
"Macam ni wei. Kau tahukan yang aku suka farah"soal rafiq dibalas anggukkan oleh aini.
"Ok, fuh berdebar aku nak cerita. Ok tadi aku jumpa farah and then aku lamar dia jadi isteri aku"penyataan rafiq membuatkan aini terkejut. Hampir mengalir air matanya tapi aini hanya menahan air matanya dari mengalir. Perlahan-lahan dia mengukirkan senyuman plastik tetapi pandangannya tetap dibuku yang sedang dipegangnya.
"Baguslah. Jadi jantan juga kawan baik aku ni. Ingatkan takkan berani nak luahkan perasaan kau tu."gurau aini sekadar ingin menutup perasaan sedihnya. Dia tertawa kecil. Rafiq yang melihat penerimaan positif aini terus mengajak aini ke kafe.
Semasa berjalan beriringan dengan rafiq fikiran melayang jauh sedang rafiq bersemangat bercerita tentang farah, orang yang dilamarnya. Sedikit banyak apa yang di cakap oleh rafiq dapat ditangkap olehnya dan ia membuatkan hatinya semakin berdarah.
Apabila sampai di kafe mereka meng-oder makanan masing-masing. Rancak rafiq bertanya apa yang disukai oleh orang perempuan kepadanya. Bagi mengelakkan salah sangka, aini menjawab semua soalan tersebut dengan tenang.
Takpelah. Ini semua untuk kebahagian sahabat baiknya sendiri. Dia sanggup berkorban demi melihat rafiq bahagia dengan orang yang dicintainya.
"Weh aini. Pastikan bila aku kahwin nanti kau kena datang majlis kahwin aku. Kalau tak aku merajuk dengan kau"ujar rafiq kepada aini.
"Mestilah aku datang. Kaukan kawan baik aku. Aku harap kau akan bahagialah dengan cinta hati kau tu"balasnya. Tapi pada masa yang sama suaranya semakin mengundur.
"Asal kau macam sedih ni?"soal rafiq.
"Yelah. Satu-satunya kawan yang rapat ngan aku dah nak jadi hak orang. Mesti aku dah tak dapat lepak dengan kau macam sekarang ni kepas kau kahwin"dan mesti nanti aku akan hilang dari muka bumi ni. Sambungnya dalam hati.
"Lek ah. Kau still bestfriend aku walau apa pun terjadi"rafiq memandang wajah wanita yang telah menjadi kawannya selama 15 tahun. 'Cepat je masa berlalu. Dari kecik sampailah dah masuk Universiti aku kawan dengan kau aini'desis hati rafiq.
"Dahlah. Aku nak balik ni"aini bangun dari kerusinya lalu berlalu pergi meninggalkan rafiq. Rafiq pula memandang sahaja aini yang pergi meninggalkan dirinya. Well,dah biasa kena tinggal macam tu je dengan aini.
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
"Laura Aini, pastikan bila kamu dah jumpa dengan seseorang yang kamu cintai. Cintailah dia sepenuhnya. Jagalah dia. Dan paling penting, pastikan kamu memilikinya sepenuhnya. "Ujar atuk sambil mengusap kepala cucunya, aini yang kira-kira berumur 5 tahun ketika itu.
"Kenapa atuk? "Soal aini yang bermata bundar kepada atuknya. Budak itu mempunyai sayap yang berwarna putih. Atuknya memandang sayu aini. Wajah budak kecil itu kelihatan suci.
"Sebab kita ni kaum angel"jawab atuk.
"Kenapa kalau kaum angel pun atuk? "Soal aini lagi. Sungguh dia tidak mengerti apa yang diucapkan oleh atuknya.
"Kaum angel ni kaum yang berhati suci. Andai sekali hatinya dilukai ada dua pilihan untuknya memilih antara menjadi evil ataupun mati. Andai kamu memilih menjadi evil, kamu akan dikuasai oleh hawa nafsu dendam. Dan andai kamu memilih mati, kamu akan hilang selamanya dari muka bumi ini. Hilang setelah orang yang kamu cintai itu menjadi milik orang lain"terang atuk. Aini mengangukkan kepalanya.
"Selalu orang pilih yang mana atuk. Jadi evil ataupun mati? "Tanyanya lagi. Atuk tersenyum mendengar soalan cucunya. Atuk memandang langit lalu memegang tangan cucunya.
"Orang selalunya pilih jadi evil. Hanya beberapa orang yang betul-betul kaum angel sahaja yang akan pilih kematian. Sebab dia sanggup tengok kebahagiaan orang yang dicintainya itu"jawab atuk penuh kesabaran.
"Aini akan pilih kematian. Sebab aini tak nak orang yang aini cinta nanti derita. Aini nak dia always happy"kata aini sambil tersenyum lebar. Bagi dia cinta ialah segalanya sebab telah diajar dari lahir lagi betapa pentingnya cinta. Hidup angel hanya bergantung terhadap cinta dan kasih sayang.
"Kalau macam tu janji dengan atuk. Bila aini cintakan seseorang, cintakan dia sepenuh hati. Dan bila aini tak dapat memiliki cintanya pilihlah kematian. Janji"atuk menunjukkan jari kelingkingnya kepada aini. Aini menyambut huluran itu lalu tersenyun lebar.
"Laura Aini berjanji akan memilih kematian daripada dendam"janjinya.
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
Aini tersedar dari lamunannya. Janji yang ditunaikan olehnya harus ditepati. Tapi, sanggupkah dia. Sungguh cintanya terhadap rafiq amat kuat.
"Aku cintakan dia. Sungguh dia seperti nyawa aku"teresak-esak aini apabila memikirkan bahawa dia tak mampu mempertahankan cintanya sendiri. Terimbau kembali bagaimana dia berjumpa dengan rafiq. Perlahan-lahan dia mula tersenyum semula.
Dia menjumpai rafiq ketika baru berpindah ke dunia manusia. Hanya rafiq sahaja yang mahu berkawan dengannya kerana dia senang dibuli. Tiada sesiapa yang tahu tentang identitinya sebagai angel kerana semua kelebihan angel telah disembunyikannya. Sehinggalah sekarang hanya rafiq sahaja kawannya.
Tapi dia sedar tindakkannya untuk mencintai rafiq salah kerana hati manusia sering berubah. Tetapi dia tidak pernah menyesal mencintai rafiq. Sebab kerana cinta dia hidup. Kerana cinta dia merasai kehidupan. Semuanya kerana sebuah cinta yang suci.
Kini dia telah bersedia untuk meninggalkan rafiq buat selama-lamanya.
Dia memandang langit. Dibuatnya gaya seperti ingin mencapai bintang di langit itu tapi semua tu hanya sia-sia. Sebab dia tetap tidak mampu mencapai bintang itu. Sama seperti dia tidak mampu mencapai hati rafiq meskipun dia berusaha membuatkan rafiq mencintainya juga.
Aini terlelap di bawah rembulan ditemani bunyi cengkerik. Tidak sabar untuk dia menjumpai rafiq buat kali terakhir......
~BERSAMBUNG~
YOU ARE READING
CERPEN FANTASI
FantasyCerita yang melibatkan alam fantasi. Publish: -THE LOVE •kisah seorang vampire yang telah membunuh sendiri orang yang di cintainya. "Maafkan aku Mioko, aku terpaksa lakukan semua ni"-Candre -THE TWIN •kisah sepasang kembar yang mempunyai cinta hat...