Bab 1

2 1 0
                                    

Rayyan mengambil busur dan beberapa anak panah serta pedang. Dia menyisipkan pedang di tepi pinggang.

Grandnie keluar dari ruangan dapur. Dia tersenyum memandang Rayyan. Grandnie menghampiri Rayyan dan memberi botol air dan sebuku roti.

"Grandnie, Rayyan pergi dulu ye." Rayyan membuka pintu.

"Hati-hati."

"I will." Kata Rayyan.

Setelah memastikan Rayyan mask ke dalam hutan. Baru lah Grandnie menutup pintu.

Rayyan memandang ke kiri dan ke kanan. Sudah sejam dia masuk ke dalam hutan, tiada tanda-tanda binatang.

"Tiada binatangkah? Kesemuanya sudah pupus?" Rayyan meneguk air minuman. Seraya meneruskan langkah nya yang tergendala.

Beberapa langkah kemudian, Rayyan terdengar bunyi di sebalik semak. Untuk langkah berjaga-jaga, Rayyan sembunyi di sebalik pokok yang besar. Sekiranya harimau keluar dari semak tu. Rayyan boleh buka langkah seribu.

Rayyan memerhati semak yang bergerak. Dia mengambil busur serta anak panah. Dia menyasarkan anak panah ke arah semak.

Sesaat...

Dua saat...

Tiga saat...

Empat saat...

Sesuatu keluar dari semak. Dan ianya Rusa.

-_-||

"Hampeh! Rusa je pun. Ingatkan apalah tadi." Rayyan menghela nafas.

Wait! What?! Rusa?! Baru Rayyan sedar. Dia ke hutan hendak memburu rusa, kancil, kijang dan sebagainya. Dan bukan memburu harimau.

"Wow! Besarnya rusa ni." 

Rayyan mensasarkan anak panah ke arah rusa yang teramat besar. Serious tak tipu. Lebih besar dari saiz Rayyan.

Ketika hendak melepaskan anak panah. Tiba-tiba rusa yang besar tu memandang Rayyan. Rayyan menurunkan anak panahnya. Rusa tu berjalan pergi.

"Kenapa aku rasa rusa tu macam suruh aku ikut dia? Ke, tempat ni dia tak nak mati?"

Rayyan mengikut rusa tu atau lebih tepat mengejarnya. Aku tak akan lepaskan kau.

Beberapa jam kemudian, Rayyan tiba di satu gua. Dia melihat rusa tu berdiri dihadapan gua sambil meragut rumput. Rayyan menarik busur dan melepaskan anak panah.

Tersasar.

Rusa merasa dirinya terancam, mula masuk ke dalam gua.

"Kali ni aku tak akan lepaskan kau." Rayyan masuk ke dalam gua tanpa memikir dua kali.

Rayyan terpegun melihat isi dalam gua. Buat seketika dia terlupa akan niat asalnya.

"Wow!" Dahi Rayyan berkerut. "Apa tu?"

Rayyan melihat sebuah kapsul yang di selaputi ais. Rayyan menghampiri kapsul tersebut. Dia meneliti kapsul tersebut. Rayyan tersentak. 

"Bukan ke... Dalam tu manusia? Dah mati ke?" 

Tanpa Rayyan sedar, tangannya sudah menyentuh kapsul. Rayyan terkejut seraya mengundur kebelakang.

Ais yang menyelaputi kapsul, mula cair. Pintu kapsul mula terbuka dan dalam masa yang sama mata yang tertutup mula terbuka. Tidur seseorang mula terjaga.

Seorang perempuan duduk sambil mengeliat. "Huarghb!!! Dah pagi ke?"

Rayyan masih memandang perempuan tersebut. Apabila diri terasa di perhati, dia menoleh ke kiri. Perempuan tu terkejut seraya keluar dari kapsul.

"Awak ni siapa? Macam mana awak boleh ada kat sini?" Tanya perempuan tersebut.

Rayyan mendiamkan diri. Dia memikirkan sesuatu. Perempuan tadi masih menunggu jawapan dari Rayyan.

"Bukan ke awak dah mati dalam tu? Macam mana boleh hidup?"

Perempuan tu blur. "Mati? Mana adalah. Saya tumpang tidur je kat sini. Awak ni siapa?" Tanya lagi.

"Rayyan, seorang pemburu haiwan. Awak?"

Perempuan diam seketika. Aku bagitahu nama je lah. Identiti aku dirahsiakan.

"Luna, gadis biasa." 

Tiba-tiba gua tersebut begegar. Batu-batu yang berada di atas gua mula jatuh. Rayyan menarik tangan Luna dan berlari keluar.

Setibanya berada di luar gua. Mereka menyaksikan runtuhan gua. Luna tergamam. Nasib baik aku dah sedar, kalau tak... mesti aku dah mati.

"Errr.. Awak."

Rayyan memandang Luna.

"Terima kasih sebab dah ganggu tidur saya." Kata Luna.

"Hmm.." Rayyan memandang langit. "Dah nak malam. Apa kata kau ikut aku."

"Ok."

Mereka berjalan beriringan. Buat seketika, Rayyan terlupa yang dia sedang memegang tangan Luna.

"Nampaknya tiada buruan aku hari ni." Kata Rayyan perlahan. Namun di dengari oleh Luna.

Luna berhenti. Rayyan pun turut berhenti. Dan dia baru perasan yang dia memegang tangan Luna seraya melepaskan.

"Kenapa?"

"Kat sana tu ada kancil." Luna menunjuk ke arah semak.

"Mana? Tak ada pun." Balas Rayyan.

"Bak sini busur tu dan anak panah." 

Memberi anak panah dan busur. Perempuan ni reti ke guna benda tu.

Luna menarik busur. Dia mensasarkan kancil di sebalik semak yang hanya dia saja yang nampak. Setelah memastikan sasarannya betul, Luna melepaskan anak panah.

"Kena." Luna tersenyum sambil berjalan ke arah semak. Rayyan hanya mengikut langkah Luna.

Dia terkejut melihat kancil terbaring. Dia kemudian memandang Luna. Luna hanya tersengeh.








            RAYYAN mengetuk pintu. Beberapa saat kemudian, pintu terbuka. Terpancul wajah kerisauan pada wajah Grandnie. Grandnie segera memeluk Rayyan.

"Kenapa Rayyan balik lambat? Risau Grandnie tau. Lain kali jangan buat macam tu lagi." Grandnie meleraikan pelukkannya.

Luna yang memerhati, hatinya mula rindu pada keluarganya. Masih marahkah mereka terhadap dirinya? Sejujurnya dia malu atas perbuatannya. Sanggup meninggalkan keluarga demi cinta yang belum tentu dimiliki.

"Ni siapa?" Tanya Grandnie apabila sedar akan kehadiran Luna.

"Saya Luna." Kata Grandnie.

"Rayyan jumpa Luna dalam gua. Sepertinya dia takde rumah."

Luna memukul lengan Rayyan. "Saya ada rumah lah."

"Oh iya? Kalau macam tu. Kenapa awak tidur dalam gua? Lari dari rumah?" 

Luna merenung Rayyan. Dia mengetap gigi. Mula-mula tadi nampak macam baik. Tapi sekarang... Don't judge a book by it's cover.

"Luna jemput masuk. Rayyan jaga kelakuan kamu." Kata Grandnie.

Luna menjelir lidah ke arah Rayyan. Rayyan hanya merenung Luna. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 04, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

A Thousand Years GirlWhere stories live. Discover now