「 001 」

28 2 26
                                    

ᴅᴏʀᴍ ᴘᴜʀᴇ

Dormitori ini tidak mempunyai begitu banyak penghuni dan kadangkala dorm ini kekal kosong dek kerana tidak menerima pelajar baru yang polos dan suci.

Oleh kerana itulah saiz dormitori ini jauh lebih kecil seperti sebuah rumah berbanding dormitori lain.

❝Pelajar baru polos dan suci? Apa benda peta ni.❞ Peta itu ditutup dan disumbat ke dalam beg oleh Eunmi. Pelbagai persoalan kini bermain di dalam minda.

Seoyoung pula sedang mencari arah. Wajahnya khusyuk sambil jari telunjuknya menunding ke sesetengah tempat sambil berjalan.

Tempat ini begitu besar sekali dan terdapat dormitori lain dalam bermacam-macam warna. Entah mengapa kenalan mereka tidak mengetahui apa-apa tentang tempat ini.

Kalau diikutkan, tempat ini sepatutnya masuk ke salah satu universiti terkenal di dunia.

Mungkin kerana ini private universiti.

❝Lepas ini kelas seduction. Aduh aku dah terlambat ni!❞ Seorang pelajar perempuan dengan rambut kusut-masai berlari melepasi mereka.

Seduction? Tidak pernah mereka tahu tentang kewujudan kelas itu walaupun di universiti lain.

Penat meneroka hampir satu kawasan universiti. Akhirnya mereka tiba di hadapan Dorm Pure yang berwarna putih dan kelihatan seperti sebuah rumah banglo petak kecil.

[ rujuk gambar di atas ]

❝Kecilnya!❞ Seoyoung menggetus sambil mendaki tangga. Bagasinya terlampau berat buat tubuhnya yang kecil.

❝Memang dah kata dorm dalam info peta tempat ini memang kecil sebab penghuni tak ramai.❞ Eunmi menjawab. Dia juga mengalami kesusahan mengangkat bagasi.

Tetapi Eunmi hairan. Apa kaitan sifat suci dan polos dengan perletakkan mereka di dormitori?

Masuk ke dalam kehadiran mereka disambut oleh seorang pelajar perempuan memakai baju dan seluar putih. Rambutnya hitam sehingga ke paras bahu.

First year? Budak baru? Dah lama tempat ini tak terima budak baru.❞

Eh?! Suaranya yang garau membuatkan mereka terkejut. Lelaki atau wanita? Hendak bertanya takut sang empunya badan tersinggung.

Kemudian muncul seorang perempuan berpakaian serba putih membawa secawan air.

❝Eh? Pelajar baru?❞

Mujur yang ini benar-benar wanita.

❝Perkenalkan, aku Yoon Jeonghan dan ini pulak Jung Eun-bi tapi dia lebih selesa dipanggil Eunha.❞

Sesi perkenalan mereka berlanjutan agak lama sebelum Jeonghan dan Eunha terpaksa meminta diri. Katanya mereka mempunyai kelas yang harus dihadiri.

Selain Jeonghan dan Eunha. Terdapat empat orang lagi penghuni di situ namun mereka  mempunyai kelas sekarang dan ada seorang sedang tidur di atas.

❝Tengok nombor bilik kau.❞ Minta  Seoyoung kepada Eunmi.

105.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 23, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

carnal desire [ on-hold ]Where stories live. Discover now