Banyak hari kita bina bersama,
Banyak kenangan kita cipta bersama,
Banyak perkara kita lakukan bersama,
Bait tercipta antara kita bersama.Memori kita sentiasa bermain di benak ini,
Tersenyum aku saat mengingati saat itu,
Gelak tawa mu sentiasa kedengaran di pancaindera yang satu ini,
Kesulitan kita lalui bersama.Namun mengapa pengakhirannya begini,
Mengapakah kau memperlakukan aku sebegini
Terasa pahit hati ini,
Saat kau berlalu pergi.Jawapan mu aku nanti,
Namun sekalipun engkau tak memberi,
Kau mendiamkan diri,
Dan menjauhkan diri.Aku cuba mendapatkan diri mu,
Namun penghinaan yang di beri untuk diri ku,
Terasa hina diri ini saat di perkatakan begitu,
Aku sedia undur diri jika itu yang kau mahu.Diri ini teramatlah kecewa,
Kerana banyak masa kita habiskan bersama,
Namun kau bukan yang di utuskan untuk aku selamanya,
Aku rela jika ini takdirnya,
Aku terima.
YOU ARE READING
Realiti
PoetryBukan ilusi tapi realiti... Permainan perasaan, kekecewan, dendam, amarah yang membuku, peraasaan yang terbit, dan kesilapan yang tidak dapat di biarkan begitu saja.