Epilog

4.1K 511 99
                                    

Harini semuanya lengkap. Aku bangun pagi dan kejutkan Yoongi. Aku mandi dan wangikan diri. Aku buatkan sarapan ala-ala barat. Aku sediakan pakaian Yoongi. Aku seterika baju kerja dia. Semuanya aku siapkan!

"Ryu Yeonju. "

Aku berpaling bila Yoongi panggil aku. Aku tersenyum manis.

"Ya? "

"Kenapa banyak sangat sarapan yang kau buat ni? "

"Mana ada banyak. Aku buat macam biasa je cuma harini aku buat ala-ala barat. "

Yoongi angguk perlahan dan duduk kat meja makan. Omelat yang tersedia dia suapkan ke dalam mulut dia dengan perlahan.

"Macam mana? " aku melabuhkan punggung di sebelah Yoongi.

"Pandai kau buat. " puji Yoongi lalu dia mengusap perlahan kepala aku. Aku tersengih.

"Meh sini. " Yoongi tarik pinggang aku rapat ke arah dia sampai aku terduduk kat atas riba dia. Tangan kiri dia peluk pinggang aku manakala tangan kanan dia yang memegang sudu disuakan ke arah aku.

"Nganga. "

"Weh, aku boleh makan sendiri lah. "

Yoongi mencebik. Aku tergelak kecil dan makan suapannya. Tak makan nanti merajuk pulak.

"Aku sayang kau Yeonju. "

Aku pandang Yoongi dengan pandangan bergurau.

"Takde ayat lain ke kau nak bagi kat aku? " gurauku. Yoongi geleng dan dia cium lembut leher jinjang milikku.

"Aku betul-betul sayangkan kau. "

+++

Aku tak tau apa yang patut aku rasa sekarang ni. Takut, sedih, kecewa, gementar, gundah...semua jadi satu dalam diri aku. Jam di dinding tak lepas aku tilik.

9 malam.

Harini bulan penuh, menambahkan lagi rasa takut aku. Tangan aku genggam sesama sendiri sambil menunggu Yoongi. Mana dia pergi?

Tadi Yoongi keluar rumah sebab dia ada benda yang perlu diuruskan. Lepas sarapan sampai sekarang dia belum balik lagi. Aku tak tahu dia pergi mana. Kenapa waktu aku hampir ditarik nyawa, dia perlu hilang?

Aku perlukan dia. Sangat perlukan dia! Untuk tenangkan aku.

Klak!

Aku menoleh ke arah pintu sebaik sahaja terdengar daun pintu dibuka. Wajah pucat Min Yoongi berserta peluh di dahinya terpampang.

"Keluar. " arahnya dingin. Aku masih diam.

"Yoongi, kau kenapa---"

"Aku cakap keluar. "

Aku terdiam dan tersentak. Melihatkan aku yang masih statik dan tidak bergerak, Yoongi datang menghampiri aku dan tanganku ditarik kasar agar bangun.

"Pekak ke tak dengar aku cakap? "

"Y-Yoongi, sakitlah! "

"Diam! Ikut aku! "

Dia tarik aku kasar ke luar rumah dan dia melepaskan genggaman tadi dengan kasar. Cahaya bulan penuh menerangi wajah putih Yoongi.

"Pergi. "

Aku terpempan.

"Yoongi... "

"Aku kata pergi! "

© 41 Days With You | MYGTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang