一つ

51 8 1
                                    

Sehun menarik nafas panjang. Tangannya erat memegang tali yang tebal dan kasar. Membetulkan kakinya di atas kerusi.

"God forgive me.. God forgive me." Itu sahaja yang diulang Sehun sejak 1 jam berdiri di atas kerusi.

"Awak berdiri atas kerusi ni hampir satu jam. If you are too scared of death, then stop trying to end your life. Be grateful!"

"Eureka. Nama saya Eureka" Dia tersenyum. Cahaya matahari menampakkan warna matanya yang coklat.

"Sehun."

Eureka tersenyum. Sehun nampak seperti takut. Tentulah dia takut jika terjumpa gadis di dalam hutan.

"Would you like to share?" Eureka bertanya. Sehun mengangkat kening.

"Selalu orang datang sini sebab ada masalah. Tak nak cerita dekat saya?"

"Urm.. Tak apalah. Saya pun tak kenal awak sangat."

"What ever happened in Suicide Forest?" Eureka bertanya lagi. Sehun masih tidak faham.

"What ever happened in Suicide Forest, stays in Suicide Forest." Eureka menyambung.

"Awak mesti pertama kali masuk sinikan? Dekat sini ada polisi. Apa yang terjadi dalam Suicide Forest, akan sentiasa berada di dalam Suicide Forest. Jadi awak janganlah risau, saya takkan hebohkan dekat orang."

Eureka meletakkan bakul buluh yang dipegangnya dari tadi. Dia mengeluarkan kain dan bentangkan di atas tanah. Eureka duduk bersandar di pokok, Sehun turut serta.

"Saya hilang kakak saya. Saya dah tak ada apa-apa. Saya tak ada sumber penting manusia. Makanan, tempat berlindung...dan keluarga. Dah cukuplah seminggu saya asyik makan sisa di atas meja makan tepi jalan. Lagi elok saya mati." Sehun mengesat air matanya.

Eureka menghulurkan roti chiffon dan susu pisang.

"Macam mana awak boleh tahu tentang tempat ni?"

"Saya tak tahu.."

-
Sehun berjalan tanpa arah tuju. Kakaknya sudah selamat dikebumikan. Tiada siapa yang hadir di majlis pengebumian kakaknya kecuali 4 orang penggali kubur.

Setelah hampir dua jam meratap di tepi kubur kakaknya. Sehun berjalan keluar dari kawasan kubur. Sudah tidak tahu nak ke mana. Nak makan, duitnya hanya tinggal 20 sen. Itupun terjumpa di jalan.

"20 sen buat main tikam mainan boleh la. " Sehun mencampak 20 sen itu ke dalam sungai. Dia kemudian menyesal.

"20 sen boleh beli gula gula, boleh beli air dari mesin. 300 ml baru 10 sen. Lagi boleh beli-" monolog Sehun terhenti apabila dilanggar seorang budak perempuan. Sesuatu terjatuh dari beg budak yang berlari itu.

Dompet.

"Apa punya hari la ni." Sehun mengejar budak perempuan itu sambil membuka dompet, mana tahu ada alamat. Apa yang mengejutkan Sehun ialah dompet itu mengandung duit 100 sebanyak 10 keping. Sehun berhenti mengejar.

Balai polis atau restaurant?

-
"Makcik, tambah lagi satu pinggan mi tapi nak udang besar!" Sehun makan dengan gelojoh.

Sepasang tangan menghulurkan tisu.

"Terima kasih." ucap Sehun dengan mulut yang penuh.

Dua pinggan sudah licin. Sehun meletakkan not 100 di atas meja dan berlalu pergi.

"Sedekah jelah duit ni."

Tidak sampai beberapa saat Sehun masuk semula ke kedai itu dan mengambil semula duit yang ditinggalkan. Sehun membayar di kaunter.

"Gila kau nak sedekah. Aku makan baru $5. Takkan nak bagi je $95."

Sehun berjalan ke kedai bundle berdekatan dan membeli 5 helai t shirt dan sehelai seluar.

Sehun pulang ke rumah dan berehat.

-
Sehun bangun dan terkejut rumahnya dipenuhi asap. Dia cepat berlari ke tingkap dan semua orang menjerit supaya dia lekas keluar. Tanpa berfikir panjang, Sehun terjun keluar dari tingkap dan berlari keluar dari kawasan rumahnya.

"Apa punya hari ni?" Sehun mengeluh. Rumahnya marak dengan api seakan neraka.

Setelah keadaan reda, Sehun duduk mencangkung di depan rumahnya yang sudah tidak ada rupa rumah. Sehun cuba masuk tetapi bahangnya masih ada. Sumpah menyumpah seranah. Rumahnya sudah musnah.

Sehun berjalan keluar dari kawasan rumahnya. Dia tidak mahu meminta simpati orang di kawasan rumahnya.

Setelah sepanjang hari berjalan, dia duduk di sebuah lorong yang penuh dengan gelandangan. Seorang lelaki yang juga tidur di tepi jalan memberikan Sehun kotak.

Sehun bentangkan kotak di atas lantai jubin yang sejuk. Berbantalkan lengannya, dialaskan kotak. Sehun tidur ditemani air mata. Dan air liur.

-
IMPORTANT.
Rate this chapter:    /5

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 14, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SUICIDE FOREST [SEHUN | EXO | MALAY]Where stories live. Discover now