Dia hanya tersenyum sinis ketika melihat gelagat mereka yang bermula dengan riang ria.Hanya menunggu saat getir yang mereka takkan pernah bayangkan akan tiba.Mulutnya pun sudah terkumat kamit membacakan suatu mantera sambil merenung tajam ke arah mereka dari atas bumbung sekolah.Dia hilang begitu sahaja.
✴✴✴✴✴✴✴✴✴✴✴✴✴✴✴✴✴✴✴✴✴✴✴✴✴✴✴✴✴✴
Yin,Sivarl dan Nad juga merupakan jiran setaman,jadi keluarga mereka pun saling mengenali satu sama lain.Setelah sampai di rumah masing masing,mereka juga bersiap untuk ke kelas tambahan bagi calon PT3 di sekolah mereka pada malam ini.
2100 PM
Sewaktu Nad memakai tudung,dia membetulkan awning tudungnya yang tak center tu.Tiba-tiba...
KREKK~
pintu biliknya perlahan lahan dibuka oleh kakaknya,Rosmah.
"woi,awallah kawan kau tunggu kat depan rumah tu..lama kot dieorg tunggu kau.Akak pon tak perasan dieorang dah sampai"bebel minah tua tersebut.
Nad tergesa gesa bersiap dan beransur pergi mendapatkan rakannya yang berada diluar rumah.mereka pun bersalaman.Dalam perjalanan mereka untuk ke kelas tambahan,Sivarl membuka cerita.
"weyh,aku rasa esok macam ade budak baru nak masuk sekolah kita la."
"siape pulak?"yin bertanya dengan nada yang malas.
"mane lah aku nak tau.rasenye lah."jawab Sivarl.
Yin dan Nad tau yang Sivarl ni boleh dikatakan sebagai future reader.sebab dia selalu ikut kata hatinya ape yang akan jadi pada esok hari.Khusyuk mereka berborak ,mereka sudahpun sampai dihadapan pagar sekolah.