Manusia

15 1 1
                                    

                 "Firhan, mari sini nak," panggilan ayah. Aku berasa takut dan hiba melihatkan keadaan ayah aku terlantar di atas katil. Badannya yang semakin tua dan susut dek dimakan usianya yang semakin lanjut amat menyedihkan. Terkelu lidah ketika hendak memuntahkan kata-kata dari hati. Mata aku mula berkaca sebelum jatuhnya air mata suci sedih melihat seorang yang dulunya sihat, kuat, dan periang tidak lagi bernyawa. Kata-kata akhirnya masih aku ingat," Firhan kena berani, dia dah banyak tolong kita, ayah akan pergi. Tanggungjawab Firhan untuk menjaga dia.". Kelihatan satu lembaga hitam renjung keluar daripada hujung kaki. Matanya yang merah amat menggerunkan aku. Lembaga itu meluru ke dalam jasad aku , " Arggggh!"jerit aku menahan sakit.

                Masih jelas dalam ingatan aku peristiwa lapan tahun lalu yang menjadi satu titik permulaan dalam hidup aku. Manusia memang suka menyusahkan orang. Angkara ayah, anak yang menangggung. Sedih hati tatkala mengimbau memori-memori silam yang hanya membawa kepahitan. Telah banyak pengalaman yang aku kumpul bersama dengan dia. Banyak memang banyak pengalaman tapi rasa sakit yang telah terperap di dalam itu tidak dapat digambarkan. Hari ini aku bakal menjejakkan kaki ke kolej. Zaman kanak-kanak aku hanya dipenuhi dengan ketakutan, imej-imej yang terpapar di mata tidak pernah indah tetapi setiap yang berlaku telah banyak menjadikan aku seorang hamba yang sentiasa ingat siapa yang berkuasa di dunia ini. Mungkin hari yang berlalu mendung bakal cerah.
____________________________________________________________

                "Ahmad Firhan Bin Musa!"panggil penyelia asrama. " Ini awak punya kunci bilik, Bilik 303, tingkat 3,"Sambut aku kunci yang dihulur oleh wanita tersebut. Kunci dimasukkan ke dalam lubang sebelum tombol dipulas. Sesudah pintu dibuka, kelihatan ruang dalamannya yang luas dan kosong menjadikan bilik ini bakal menjadi zon selesa aku selepas aku memasang pendinding. Siapalah yang bakal berkongsi bilik ini dengan aku ?
                Belum sempat aku menyalin pakaian yang sudah basah dengan peluh badan seorang lelaki, masuk seorang jejaka kacak yang wajahnya seakan-akan mirip penyanyi Alif Sattar. "Assalamualaikum," salam diberi olehnya,"Waalaikumsalam," salam diberi tandanya seorang Islam." Farid," tangan dihulurkan kepada aku." Firhan," jawab aku sambil bersalaman dengannya. Petang itu hanya aku habiskan untuk mengemas bilik dan memindahkan pakaian ke dalam almari ,sedang aku melipat baju terlihat gambar ayah dan ibu. Tidak aku tunduk kepada perasaan rindu kerana setiap yang hidup pasti merasai mati dan aku perlu akur yang mereka tidak ditakdirkan  untuk bersamaku. Aku simpan gambar ke dalam kotak lalu aku letakkan ia di suatu sudut dalam almari. Aku lihat ke sisi , terlihat Farid sedang berbual dengan seseorang. Perbualan mereka kelihatan sangat mesra, ternyata Farid sedang berbual dengan permata hatinya, ibu tersayang. Aku memekakkan telinga dan melelapkan mata. Hari yang panjang untuk aku. Aku harap esok lebih baik.
____________________________________________________________
                   Aku di mana ? Ini rumah lama aku. Tempat yang penuh dengan sejarah hitam keluarga aku. Tempat di mana aku terpaksa menerima syaitan dalam hidup aku. Titik bermulanya satu cerita yang tidak semua orang nak tahu dan tak semua orang akan faham. Tiba-tiba semua menjadi gelap. Aku dibayangi satu lembaga yang semakin membesar, itu adalah dia. Arrhhhhh.
____________________________________________________________
                   "Woi! Firhan bangun,dah pukul lapan pagi. Takkan kau tak de kelas?"jerit Farid yang sedang memperkemaskan rambutnya. Dia ni rupanya mengikut fesyen peredaran masa juga. " Terima Kasih sebab kejut aku
, aku memang ada kelas pukul sembilan nanti," aku bergegas mengambil tuala sebelum membiarkan tubuhku basah dihujani air paip tandas ini. Aku terfikir apakah mimpi itu satu peringatan atau hanya mainan syaitan yang ingin menyesatkan aku. Sekarang aku dah tahu kenapa lepas Subuh kita tidak digalakkan kembali tidur.
____________________________________________________________
                   Aku tiba di dewan kuliah lebih awal dari yang dijangka. Aku mengambil buku nota yang menjadi ruang aku hendak bercerita dan menulis perjalanan hidup aku yang penuh dengan cabaran. Dewan kuliah yang sunyi bertukar bising dengan kehadiran para penuntut ilmu. Aku merasakan satu kehadiran aneh sejurus Professor Hamid tiba." Maaf semua, hari ini saya akan menggantikan Professor Rosli kerana beliau terpaksa terbang ke Mesir untuk satu penyiasatan," kata-katanya amat perlahan, tubuhnya kelihatan tidak bermaya dengan gerak badanny lemah. Mukanya yang pucat tidak menampilkan diri seseorang itu normal. Ketika aku memulakan penulisan di dalam buku nota, satu lembaga yang menyerupai seorang orang tua muncul sambil melilau-lilau. Makhluk itu seakan-akan mencari seseorang seperti dia dapat merasakan tenaga yang berada di dalam tubuhku. Tidak. Makhluk itu memandang tepat ke arah aku dan terus menghampiri aku. Mulutku terkumat-kamit melafazkan kalimah suci lalu aku halakan tanganku ke arah makhluk itu. Sepantas kilat, makhluk itu hilang dari pandangan. Badan aku sejuk dan basah. Penghuni dewan kuliah memandang aku dengan wajah yang pelik seperti aku tidak waras. Kelihatan keluar suatu lendir merah dari hidung Professor Hamid," Darah," kata Professor Hamid sebelum badannya rebah ke bumi. Aku melulu keluar meninggalkan dewan kuliah. Mataku tertangkap wajah seorang perempuan jelita yang ingin aku kenali. Wajahnya putih melepak seputih salju di musim sejuk. Wajahnya yang mirip seperti Mira Filzah membuatkan nafsu makin bergelora. Mungkinkah aku dapat bersua dengannya?
____________________________________________________________
                     " Cis, dasar makhluk durjana!"jerit aku sekuat-kuatnya sambil menendang tong sampah yang tidak bersalah. Bagaimana benda itu dapat merasakan keistimewaan aku ?. "Adik kena kawal dia, sebelum dia yang kawal adik," datang satu suara lelaki langsung memecahkan suasana sunyi koridor itu. Aku terus melarikan diri.
____________________________________________________________
                      Apa yang hendak disampaikan oleh pak cik itu tadi,"Adik kena kawal, dia sebelum dia yang kawal adik,". "Oi, kau ni duduk dari tadi, memang tak nak makan ke apa? Termenung jauh tu memikirkan tentang siapa?"tegur Farid yang sedang melahap makanannya." Kau ni ada-ada saja, tak ada apa pun yang hendak difikirkan cuma ......... " senyap aku tanpa jawapan." Tidak mengapa tetapi jangan menanggung derita seorang diri. Kau  kena ingat , kau  bukan  hidup sendiri," lantas aku menjawab," Kita juga tak  sentiasa bersama,".
                        "Hai," tegur seorang wanita yang suaranya lunak. Aku dan Farid memandang wajahnya. Jelas ini wanita yang telah menarik perhatianku." Ouh, Iz kau nak apa? Tak pernah-pernah kau datang jumpa aku waktu rehat ni,"
Nampaknya wanita ini tidak asing dengan Farid, "Aku datang sini bukan nak berjumpa dengan kau tapi dengan dia," Iz ingin bertemu dengan aku tetapi atas tujuan apa? Iz mendaratkan punggungnya ke atas kerusi kosong bersebelahan aku  sebelum membuka kata,"Assalamualaikum, nama saya Nur Izyan binti Izdlan tapi awak boleh panggil saya Iz," ringkasnya sebagai mukadimah." Nama saya Ahmad Firhan Bin Musa , panggil saya Firhan," terlihat senyuman manis yang terukir di bibirnya menampakan wajah ayunya. Lembut pula pertuturannya. "Firhan, hujung minggu ini kami berdua nak ke Ampang bagi menjalankan penyiasatan di sebuah bangunan yang telah terbengkalai." Aku bertanyakan pelbagai soalan dan terus meninggalkan perbincangan Iz dan Farid tanpa sebarang jawapan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 05, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ManusiaWhere stories live. Discover now