Prologue

1.1K 14 1
                                    

Pada suatu pagi,Aziz sedang berjalan-jalan ke sekolahnya menggunakan jalan yang selalu dilaluinya.Walaupun jalan ini selalu sunyi,takde orang,tapi jalan ni selalu diguna oleh Aziz dan sahabat karibnya,Ros.Tiba-tiba,kepalanya diketuk oleh Ros.

"Sejak ada awek ni,kau memang kuat mengelamun ya~"

"Hish! Kau ni! Kalau sehari tak kacau aku tak boleh ker?!"

Ros hanya ketawa dan berlalu pergi.Memang betul kata Ros,sejak Aziz ada awek yang bernama Lela,dia memang kuat mengelamun.Lela sebenarnya seorang yang pelik.Dia selalu memakai mask yang menutupi bahagian mulut dan hidungnya kecuali matanya.Kini,10 hari Lela telah menjadi awek Aziz dan masih tidak menunjukkan mukanya.Kadang-kadang Aziz terfikir,kenapa Lela pakai mask tu? Kenapa dia tak pernah tunjuk muka dia? Dia ada selesema yang mudah berjangkit ker? Tetapi Aziz tak pernah pun tengok Lela kena selesema dan bersin walaupun sekali! Apa sebabnya ya? Hmmm...

Deringan loceng sekolah mematikan lamunan Aziz.Dia bergegas ke kelasnya.Semasa dikelas,ramai kawan-kawan yang bertanya mengenai muka 'sebenar' Lela.Walaupun 10 hari telah berlalu,mereka tidak jemu menanyakan soalan yang sama! Disebabkan itulah,Aziz asyik terbayang-bayang muka Lela sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi! Semua muka dia terbayang. Botak,gigi jongang,hidung kembang,semualah! Suatu hari,pada waktu rehat,Aziz lepak sorang-sorang dibelakang sekolah.

"Buat apa tu..."

"Hish,kau ni! Bagi salam dulu boleh tak?! Terkejut beruk aku tau! Ingatkan hantu manalah tadi..."

Rupa-rupanya,'hantu' yang menegur Aziz itu ialah Ros.

Awek Aku PelikWhere stories live. Discover now