Bab 1

362 5 0
                                    

Syuh garu kepalanya yg tidak gatal seraya mengerling wajah Minn yg sedikit kemerahan."Kau nk jadi pembantu rumah tak ?"

Jeda sesaat. Masing-masing berpandangan .

"Kuli rumah ?"Minn terkebil-kebil. Tak ada kerja yg lebih grand daripada jadi 'kuli' ke ? Nasib baik Syuh tak ckp kuli batak ke , kuli angkat kelapa sawit ke , mau tersembul biji mata .

  "Papa aku ckp ada kwn dia cari pembantu rumah orang Malaysia. Nak ?" Soal Syuh sekadar bergurau . Takkanlah Minn yg punya tahap high taste serba-serbi itu sanggup bekerja sebagai pembantu rumah ? Apa 'barang' anak Tan Sri Ridhuan kerja jadi kuli aje ?

  Minn kerutkan dahi. "Susah ke kerja tu? "

   "Tak lah susah sangat. Mop lantai , basuh baju , gunaa washing machine.  Lepas tu kau boleh duduk goyang kaki ."Amboi kau Syuh , kau ckp macam senang aje kerja pembantu rumah tu . 😝

  "Heee ..... " Minn gelengkan kepala. Terbayang di matanya diri sendiri sedang mengemop lantai dengan sehelai kain buruk . Sebiji macam pembantu rumahnya , Minah. Apa nk jadi Cinderella ?

  Kepala ditongkat ke atas merenung langit yg membiru . Dah dekat dua  tahun tak bekerja . Hidup asyik berfoya-foya di bawah jagaan ma dan pa . Duit keluar dan duit masuk tk usah nk pening kepala sebab babah ada syarikat sendiri jadi , tinggal hulur tangan buat muka tk makan sepuluh tahun , babah gerenti kasi . Tapi sekarang babah pun dh mula bising suruh masuk ke National Enterprise , kerja di bawah dia . Tak syoklah kerja dengan babah . Nanti kena mrh , buat jatuh air muka aje .

Minn pening .

Syuh yg melihat hanya buat ekspresi tenang sambil tersenyum segaris. Wajah Minn yg masam ditenung dengan rasa geli hati . Ha , kan dah ckp . Budak ni mana reti hidup susah sikit ! Dasar anak orang kaya , manja sangat ! Hailaaa ... Syuh geleng kepala .

  "Taknak ke ? "Syuh buat-buat tanya .

Minn mengeluh perlahan .

"Betul tk susah kerja tu ?" Soal Minn meminta kepastian .

  Syuh tersengih lebar . " Aku tk tau . Aku tk pernah kerja jadi kuli rumah . "

  Syuh gelak kuat .

   Minn ketap bibir . Sengal gila dia ni ! Orang tanya punya serius , dia boleh main-main pulak .

  "Better kau kahwin aje . Tk usah nk kusut-kusut kepala fikir pasal kerja , weh .

  "Kau bagi cadangan allergic tau tak ? "
Ha ha ha ! Ketawa mereka berdua pecah .

  "Cik , mama cik kata malam ini ada jemputan ke majlis rakan dia . Puan Lina nk cik bersiap-siap."Tiba-tiba Husna muncul .

   Berpusing kepala Minn mencari kelibat Husna , pembantu rumah keluarga Syuh . Dilihatnya Husna memakai T-shirt lusuh dengan seluar tracksuit. Aku kena pakai baju macam tu ? Minn dh mulaberfikir yg bukan-bukan.

  "Mama ni , asal nk ke majlis je mesti bwak aku ..." rungut Syuh , tk peduli Husna yg masih berdiri tegak di tepi pintu .  

    Lama Husna berdiri menunggu arahan Syuh sebelum masuk semula ke dalam rumah .

  Minn hela nafas lambat-lambat . Not bad  la kerja jadi kuli . Sekadar memastikan pesanan sampai kepada tuan-tuan rumah. Ya ke ? "Okay la , aku cuba " Minn tiba-tiba bersuara .

  "Cuba apa ?"Syuh kerut kening .

   "Kerja yg kau offer tadi ... kuli rumah."

   "Serius?" Mata Syuh membulat . Biar betul Minn ? Dah 'putus fius ' ke apa ?

   Minn memuncung . Selama ni memang dia hidup di bawah naungan famili , tapi takkan nk terus duduk tunggu nasi jatuh ke dalam mulut seumur hidup ? "Seriuslah . Aku cuba ."

  "Sure kau gila ! "

  "Aku teman kau ke majlis malam ni . " Minn tersengih lebar .

   Syuh julingkan mata ke atas . Sah Minn 'putus wayar kepala ' !

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 20, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kuli Rumah Untuk Dia Where stories live. Discover now