Page 5 - 95 Graduation

62 10 3
                                    

special tag: Fateng12 

"Sorry aku kena balik awal, ada hal kecemasan kat rumah," itulah mesej yang dihantar oleh Eun Na kepada Mia melalui KakaoTalk.

'Nampaknya aku berdua jelah dengan Tae,' fikir Mia.

"Apasal ni babe?" soal Taehyung.

"Eun tak jadi join, katanya ada hal kecemasan kat rumah dia," jawab Mia.

"Habis tu kau jadi tak teman aku ni?" Taehyung menyoal lagi.

"Kita singgah kantin dulu, aku nak makan. Lapar," kata Mia kepada Taehyung.

"Okay," balas Taehyung.

//skip//

Di kantin.

"Apasal sejak dua menjak ni kau baik je dengan aku?" soal Mia kepada Taehyung sambil menghirup bihun sup.

"Entahlah babe. Tetiba aku rasa nak jadi lebih rapat dengan kau pulak," jawab Taehyung sambil memandang pelajar yang lalu lalang di sebelah kirinya.

Sementara itu, ada sepasang mata sedang memerhatikan Taehyung dan Mia dari satu sudut.

"Eii...geram pulak aku rasa," monolog Chaerin. Tidak lama kemudian, Jungkook muncul.

"Hoi," Jungkook menyapa Chaerin. Chaerin membuat reaksi terkejut.

"Boleh saya duduk kat sini?" Jungkook meminta izin untuk duduk di hadapan Chaerin.

"Duduk jelah," Chaerin memberi izin kepada Jungkook untuk duduk di hadapannya.

"Saya tak fahamlah dengan dia tu...kan 'dare' tu dah berakhir, tapi kenapa diorang masih lagi buat macam diorang masih 'couple' eh?" Jungkook tertanya-tanya.

"Itulah yang saya geram sangat tu," kata Chaerin kepada Jungkook.

//skip//

Di perpustakaan.

"Kau tau, selalunya kan Namjoon yang ajar kitorang...tapi satu apa pun tak masuk dalam kepala aku. English aku tetap tak 'improve' jugak," kata Taehyung kepada Mia.

"Hmm...tapi kira ok la korang 'oral test' dapat markah tinggi, aku ni markah biasa-biasa je," balas Mia.

"Kau tu kenalah selalu berkomunikasi dengan orang, barulah boleh dapat markah tinggi dalam 'oral test'...dan lagi satu, kau kenalah 'confident' bila cakap dengan orang," kata Taehyung.

"Kau dengan Danny sama je. Berapa banyak kali dah dia cakap macam tu kat aku tapi aku je tak pernah nak dengar cakap dia," Mia membalas kata-kata Taehyung.

(Note: Danny tu nama adik Mia.)

//skip//

Keesokan harinya, di belakang bangunan sekolah.

"Aku dah cakap kan, jangan rapat lagi dengan V...tapi kau degil," kata Chaerin yang ditemani dua orang lagi kawannya iaitu Areum dan Yuri.

Chaerin menolak Mia sehingga Mia jatuh ke tanah. Taehyung yang kebetulan pula lalu di kawasan berdekatan, ternampak insiden tersebut lalu dia pun berlari ke arah Mia.

"Kau okay tak? Apa ni Chaerin?" Taehyung bertanyakan keadaan Mia terlebih dahulu sebelum memarahi Chaerin.

"Dah, jom pergi dari sini," kata Chaerin lalu dia dan kawan-kawannya pun berjalan pergi dari situ.

Taehyung mendukung Mia dan membawa Mia ke bilik rawatan. Nasib baiklah bilik rawatan hanya terletak di tingkat bawah.

(A/N: dukung belakang...maksudnya Mia kat belakang Taehyung)

//skip//

Di bilik rawatan.

Mia sedang duduk di atas katil sementara Taehyung membalut lutut kanan Mia yang tercedera akibat ditolak oleh Chaerin.

"Aku tak sangka pulak boleh jadi sampai macam ni," kata Taehyung. Namun Mia hanya mendiamkan diri.

"Okay, done!" Taehyung selesai membalut lutut Mia. Kemudian Taehyung pun berdiri.

"Hmm," Taehyung menanggalkan cermin mata yang dipakai oleh Mia. Tidak lama selepas itu...

Hah, apa yang jadi lepas tu? Tekalah sendiri.

-Page 5 ended-

My First And Last | 김태형Where stories live. Discover now