Chapter 4

30 1 0
                                    

  Kelihatan seorang budak perempuan sedang terkedek-kedek mengejar seorang budak lelaki yang sudah jauh di hadapan.
 
"Wei.. Inseong!! Tunggu lah aku.. Janganlah cepat sangat.. 😭😭"
"Kau tu yang lambat sangat.. Cepatlah skit Hyun Ji.. 😧😧😧"

Mereka berlari menuju ke sebuah pokok besar.sebaik sahaja mereka sampai di bawah pokok tersebut mereka bersandar dan berehat. Pokok tersebut merupakan tempat rahsia mereka berdua.
  "Wei Hyun Ji... Kau bawak tak barang-barang kita tu?" kata Inseong kepada Hyun Ji. "Ya... Aku bawak jangan risaulah.Tapi kan Inseong,kenapa kau suruh aku bawak barang-barang kita ni? Kau nak buat ape?" Tanya Hyun Ji kepada Inseong.

  " Aku nak kita buat perjanjian.Perjanjian rahsia antara kita je.. " kata Inseong sambil memandang dan tersenyum kepada Hyun Ji.

Perjanjian-perjanjian tersebut ialah...
1.Jeong Inseong dan Kim Hyun Ji berjanji tidak akan meninggalkan antara satu sama lain.
2.Jeong Inseong dan Kim Hyun Ji perlu mengharungi susah senang bersama.
3.Jeong Inseong dan Kim Hyun Ji haruslah tidak melupakan antara satu sama lain apabila dewasa.
4.Jeong Inseong dan Kim Hyun Ji mestilah mengekalkan hubungan persahabatan walauapapun terjadi.
5.Jeong Inseong dan Kim Hyun Ji hendaklah mematuhi janji-janji yang telah ditetapkan.

   Inseong menulis janji-janji tersebut di atas sehelai kertas dan melipatnya menjadi kecil.Lalu memasukkan kertas tersebut ke dalam sebuah kotak dan menanamnya di bawah pokok tersebut.Hyun Ji berasa hairan dan bertanya kepada Inseong.
   "Kenapa kau tanam kotak tu? Habis kotak tu." Kata Hyun Ji.
    "Aku tanam kotak tu supaya perjanjian kita takkan terlerai.Jadi Hyun Ji kau ingat tau perjanjian kita.Kalau kau tak ingat... Siap kau!" Kata Inseong.
   "Ye... Aku ingatlah. Jangan risau lah.. " kata Hyun Ji.
    
Keesokan harinya...

   "Hyun Ji! Oh.. Hyun Ji! " panggil seorang lelaki yang agak berusia.             "Nae.. Appa.Coming... " Hyun Ji turun ke tingkat bawah untuk bertemu dengan appanya. Sebaik sahaja dia turun ke bawah, appa dan ommanya sudahpun menunggu kedatangannya.Dia duduk di hadapan appa dan ommanya.

   " Sebenarnya appa nak bagitau yang appa dah naik pangkat dan perlu bertugas di tempat lain."
 
"Chukahae appa! Jadi kita kena lah buat party untuk appa dan.. "
  
"Dan kamu juga perlu berpindah ke sekolah baharu." Kata appanya.

  "Apa! Kenapa pula..Hyun Ji tak nak.. Hyun ji.. "
 
"Hyun ji.. Jangan membantah cakap appa.. " pintas ommanya.

  "This is not fair! " jerit Hyun Ji dan terus naik ke biliknya.Kerja yang tertangguh sebentar tadi tidak lagi menarik hatinya kembali untuk menyiapkannya.Dia pergi ke katil dan rebah. Dia memandang di sekitar biliknya dan terhenti pada bingkai gambar yang terletak di atas meja belajarnya. Dia bangun dan menuju ke arah mejanya untuk mengambil bingkai gambar tersebut. Di dalam gambar tersebut terdapat gambar dirinya dengan Inseong sewaktu party hari jadinya pada tahun lepas. Dia menatap gambar tersebut lalu menangis dan berkata di dalam hatinya
'Inseong.. Macamana ni. Aku kena tinggalkan sekolah kita. Aku tak nak berpisah dengan kawan-kawan kita. Tapi yang paling penting dalam hidup aku adalah meninggalkan kau, Inseong. Aku tak sengaja melanggar perjanjian kita. Aku terpaksa akur dengan keputusan appa aku. Mianhae.. Inseong.. Mianhae.. '

Hyun ji menangis sambil melihat gambar cinggu rapatnya. Dia berasa sedih kerana perjanjian yang telah dibuat bersama Inseong terpaksa dia mungkiri.

Di sekolah

   Hyun Ji melangkah masuk ke kelas dengan langkah yang lemah.Harini merupakan hari terakhirnya Dan harini jugalah dia perlu memberitahu semua cingunya terutamanya Inseong. Dia telah berjumpa guru kelasnya Dan memberitahu akan hal perpindahannya ke sekolah baru awal pagi tadi. Dia akan memberitahu cingu kelasnya apabila guru kelasnya itu masuk ke kelas. Dengan hati Yang berdebar-debar dia menunggu guru kelasnya datang. Pada masa Yang sama, dia melihat ke tempat duduk Inseong. Inseong masih belum tiba ke sekolah lagi.
   Beberapa minit kemudian guru kelasnya masuk. Selepas memberi ucapan hormat kepada guru kelasnya, cikgu Na Ri memanggil Hyun Ji untuk tampil ke hadapan. Kesemua cingunya membuat muka hairan. Dengan berat hati dia melangkah ke hadapan Dan memulakan bicaranya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 03, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

One Day...Where stories live. Discover now