"RINDU" bercerita tentang kisah cinta sepasang remaja yang terpisah karena sesuatu hal yang sangat menyakitkan, hingga pada suatu hari mereka kembali bertemu setelah dewasa. Cerita berawal dari Intan Farhana yang sering dibuli teman-teman sekolahnya sebab ayahnya adalah seorang pembunuh. Lalu datanglah Shazri Azrin, anak orang kaya dan gangster, yang selalu melindunginya. Shazri dan Intan akhirnya jatuh cinta saat mereka masih remaja. Namun keduanya mengalami masalah yang membuat mereka berpisah.
Di sisi lain, ibu Intan bersengketa dengan ayah Shazri tentang duit dalam jumlah besar. Setelah berjaya memindahkan duit itu ke bank islam, ibu Intan memerintahkan Shazri diculik agar dia dan intan boleh lari dari Malaysia dengan aman. Shazri berhasil diselamatkan oleh ayahnya, dan Intan yang dianggap mati dan lantas meninggalkan Malaysia bersama Ibunya. Selama 14 tahun kemudian, Intan yang telah menjadi seorang pereka fesyen kembali bertemu dengan Shazri yang kini bekerja sebagai detektif.
Shazri telah menjadi detektif selama 2 tahun. Shazri selalu teringat tentang cinta di masa kecilnya bersama Intan Farhana.Shazri amat merindui intan dan Shazri sendiri masih mencari-cari dimana cinta masa kecilnya tersebut. Begitu pula dengan Intan yang ternyata juga masih selalu mengingat cinta masa kecilnya bersama Shazri.
Selepas beberapa tahun terpisah, akhirnya Shazri dan Bertemu semula di sebuah kafe. Shazri terdiam bisu bila bertemu Intan yang semakin cantik. Mereka berbual seperti biasa. Selepas pertemuan tanpa sengaja berlaku, Shazri dan Intan berpisah semula dan Shazri bertanya kepada Intan bila dia akan berjumpa dengan intan, Intan terdiam dan terus meninggalkan shazri.
Sementara Itu ibu Intan merupakan seorang Pengurus kewangan yang memiliki sifat panas baran dan Efektif. Ibu intan ternyata memiliki perasaan dendam peribadi terhadap Shazri kerana telah merosak hubungan keluarganya, Ibu intan bercadang untuk membalas dendam kepada Shazri. Adakah ibu intan berjaya membalas dendam kepada shazri? dan adakah shazri berjaya mengambil semula hati intan?
YOU ARE READING
Rindu
RomanceRindu mengisahkan Shazri Dan Intan yang telah kenal sejak kecil lagi Dan mereka tela berpisah selama 14 tahun.