HYUNA POV
Esok adalah saat yang aku nantikan . Aku tidak sabar menunggu esok harinya. Eomma kata, eomma akan memasukkan aku ke skolah baharu . Aku tidak tahu mengapa eomma memindahkan ku ke sana .Tetapi, aku berasa sangat teruja .Aku berasa bahawa aku akan mendapat rakan di sana .. tidak seperti sekolah lamaku . Aku sentiasa kena buli , kena maki , dan selalu dikutuk "anak jalanan" . Jikalau aku memberitahu eomma, eomma pasti akan memaki hamun aku balik . Jika aku memberitahu appa pula, semestinya dia akan menyebat aku dengan tali pinggangnya . Walau bagaimanapun, aku sentiasa menyayangi mereka kerana, aku tahu di luar sana ramai yang tidak mempunyai kedua orang tua . Aku tetap bersyukur kerana mempunyai eomma appa .. walaupun mereka tidak menyayangiku seperti mana aku manyayangi mereka .
Aku berjalan untuk menutup lampu yang berada di hujung bilikku .Kemudian, aku berjalan kembali ke arah katil dan terus membaringkan diri di atasnya . Jam di dinding aku memandang sekilas . Jarum panjang sudah menunjukkan pukul 3 pagi . Tidak mengapa, aku sudah biasa tidur lewat begini dek kerana membuat kerja sekolah, mengemas rumah, dan juga menyiapkan pakaian eomma, appa , temasuk pakaianku untuk hari berikutnya . Ini sudah menjadi tanggungjawabku di rumah ini .
Sebelum aku memejamkan mata, sempat aku mengambil satu kepingan gambar yang berada di bawah bantalku . Gambar itu ditatapku lama .Tidak lama kemudian, cecair jernih mengalir di wajahku .
'Unnie , hyuna rindu unnie ... '
Kepingan gambar itu dipelukku erat . Air mata jernih yang mengalir deras di pipiku aku biarkan . Aku cuba mengawal tangisanku . Lama kelamaan, mataku terpejam secara perlahan- lahan .
+++++++++++++++++
[ KEESOKAN PAGINYA ]
Jam sudah menunjukkan pukul 6.00 pagi. Seperti biasa, tanpa dikejutkan, Hyuna bangun dari tidurnya . Dengan langkah yang perlahan, Hyuna mengambil tuala serta uniform sekolahnya yang tergantung di dalam almari lalu berjalan memasuki ruangan bilik air untuk membersihkan diri .
Tidak lama kemudian, dengan siap berpakaian uniform sekolah yang kemas, Hyuna melangkah keluar dari bilik air sambil mengeringkan rambutnya menggunakan tuala .Hyuna berjalan pergi ke meja soleknya . Rambut nya yang panjang bewara coklat keperangan itu diikat ponytail . Ditempekkan sedikit debak muka di wajahnya supaya nampak kelihatan ceria . Bagi Hyuna, tidak perlulah bermakeup tebal untuk pergi ke sekolah . Pergi ke sekolah hanyalah sekadar untuk menuntut ilmu dan bukannya hendak mengorat para namja di sana . Perfume yang berada di meja soleknya itu dispraykan sedikit di bahagian leher dan juga di uniform sekolahnya agar berbau sedikit harum wangian . Tuala yang dipegangnya dari tadi disangkutkan kembali di almari .
Tanpa melengahkan masa, Hyuna mengambil bag sekolahnya yang berada di meja belajar . Kemudian, dia mula melangkah keluar dari ruangan biliknya dan pergi ke arah dapur untuk bersarapan . Hyuna tidak perlu menyusahkan diri menurun tangga untuk pergi ke dapur , kerana bilik tidurnya hanyalah berada bersebelahan dengan stor yang berdekatan dengan dapur manakala bilik eomma dan appanya berada di tingkat atas .
Kelihatan eomma dan appanya sedang bersarapan di meja makan sambil tertawa gembira . Hyuna berjalan sambil menundukkan sedikit badannya tanda hormat dan mula mendapatkan duduknya di hapan eomma appanya . Getak tawa yang menghiasi ruangan dapur itu tadi lenyap secara spontan . Kini, hanya kedengaran dengusan kasar yang keluar dari eomma appanya .
'Kau, budak tak guna! Dah berapa kali aku ingatkan kau, jangan pernah duduk makan dengan kami!'
Kata appa Hyuna ataupun dikenali sebagai Encik Kim dengan sedikit menghentak meja . Jelingan maut diberikan ke arah Hyuna . Dengan pantasnya, Hyuna kembali berdiri dari duduknya sambil menundukkan muka ketakutan . Dia tergamam, takut untuk bersuara . Silapnya juga, dia terlupa akan amaran eomma appanya sebelum ini yang menyatakan bahawa dia tidak dibenarkan duduk makan bersama mereka oleh kerana mereka berasa jijik akan Hyuna .
'Kan aku dah pesan, kalau kami tengah makan, tolonglah jangan semak kalau kau tak nak kena sebat dengan tali pinggang . Arasseo?'
Kini, eomma Hyuna pula bersuara . Kedengaran suaranya dingin menahan amarahnya . Hyuna menahan air matanya dari jatuh dari tubir matanya . Dengan sengajanya, eomma Hyuna, Puan Kim bangun berdiri dan berjalan ke arah Hyuna . Dengan serta mertanya dia menarik kasar Hyuna ke arah pintu utama lalu menolak Hyuna kuat sehinggakan Hyuna jatuh tersungkur di luar rumah . Tangisan Hyuna tersembur keluar tetapi suara nya dapat dikawal .
Encik Kim yang melihat kejadian itu hanya membiarkannya lalu sambung menikmati sarapan di pagi itu .
'Eomma, Hyuna minta maaf.. Hyuna salah . Hyuna janji tak ulang lagi silap Hyuna .'
Teresak esak Hyuna meminta maaf kepada eommanya . Sambil itu, dia memeluk erat kaki wanita dihadapannya yang berusia 40-an ini . Malangnya, kaki yang dipeluk eratnya itu telah menendangnya kuat di bahagian perut . Hyuna tersungkur lagi . Perutnya dipegang menahan kesakitan . Air matanya tidak berhenti mengalir .
'Kalau kau tak bunuh Hyumin dulu, benda ni semua tak akan jadi!! Anak sial! Aku lagi rela kau yang mati kena langgar dengar lori jahanam tu dari Hyumin yang kena !! Aku tak rela kematian Hyumin dulu!! Ni semua salah kau, anak tak guna! Aku tak ngaku kau anak aku!'
Pintu yang terbuka luas itu tadi ditutup kasar oleh Puan Kim . Hyuna cuba bangun berdiri dengan sedikit esakan . Amat perit apabila kisah yang dahulu diungkit semula oleh eommanya itu tadi . Perasaannya kini berasa amat sedih kerana teringatkan unnie nya, Hyumin dan kejadian yang menimpanya sebentar tadi . Dengan perlahan, Hyuna memulakan langkahnya untuk pergi ke sekolah dengan berjalan kaki berseorsangan .
"Unnie .. mianhae .. sebab Hyuna, unnie tak ada sekarang .." bisik hati Hyuna sambil berjalan menuju ke sekolahnya yang jauh kira - kira 4 meter dari rumahnya . Air mata yang masih menghujani di wajahnya dilap menggunakan tangannya . Takut - takut jika ada orang yang perasan dia menangis.
[Tbc]
+++++++++++++++++
Amacam? Best tak? Ni fanfic pertama outhor, harap readers suka ^^ . Vote dan comment diperlukan dalam fanfic ini . :') Jangan marah outhor kalau tak best ke apa . Outhor baru je nak berjinak dalam membuat fanfic ;) So, kalau nak tau selanjutnya, teruskan baca!! Wait untuk part seterusnya +++
Vote[/]
Comment[/]
Thanks bagi yang vote dan comment . XOXO
YOU ARE READING
I'M SORRY
FanfictionPertama kali aku masuk sekolah ini . Dan ini juga kali pertama ada yang mahu berkawan dengan aku . Sesungguhnya, aku memang selesa dengan mereka . Sayangnya, hubungan itu tidak lama . Bagiku, rumahku adalah neraka, manakala sekolahku adalah syurga...