Sekarang adalah waktu rehat bagi semua pelajar menengah atas. Dalam masa 10 saat, semua pelajar 4 Diamond sudah berpusu-pusu keluar, keuali Farris dan Afiq. Farris perlu memastikan kelas kosong sebelum keluar rehat. Afiq? Afiq menemani Farris menjalankan tugasnya. Kawan setialah katakan...
"Nasib baik aku sempat tengok dia buat apa kat tempat aku. Kalau tak, aku rasa sekarang ni aku menyorok dekat dalam tandas," ujar Farris.
"Agak la. Kalau kau tak naik kelas awal tadi, mesti kau yang patah punggung," kata Afiq, buat lawak.
Mereka jalan beriringan ke kantin selepas memastikan kelas di paras itu sudah kosong.
Nak tahu apa yang berlaku sebenarnya? Macam mana Wardhah yang boleh jatuh? Jom...
(Flashback)
Farris mengintai Wardhah yang sedang melakukan kerja jahatnya itu dari celah pintu. Kemudian, dilihatnya Afiq menegur dua ekor minah tu. Setelah bertengkar, Wardhah dan rakannya itu berlalu pergi. Dan semasa itulah, Farris berjalan masuk ke dalam kelas. Mukanya dibuat seperti tidak tahu apa-apa.
Kemudian...
"Kau nampak apa aku nampak?" soal Afiq.
"Nampak. Dia tukar kerusi aku dengan kerusi ni," kata Farris lalu menunjukkan ke arah kerusi yang berada di tempatnya.
"Mesti ada yang tak kena dengan kerusi ni. Kalau tak dia takkan tukar," ujar Afiq.
"Betul tu," Farris bersetuju dengan kata-kata Afiq.
"So, nak buat apa?" soal Afiq. Dia memandang muka Farris yang berkerut seribu mengalahkan nenek tua kebayan.
"Aku cadangkan aku tukar kerusi ni dengan kerusi dia. Biar dia terkena balik dengan rancangan syaitan dia tu," Farris meluahkan idea dia. Idea dia dipersetujui Afiq.
"Ada betul jugak idea kau tu. Dia yang terkena balik. Hahaha!!" Afiq ketawa jahat.
"Ha, cepat tukar sebelum dia balik ke dalam kelas," ujar Farris.
Mereka lantas menukar kerusi Wardhah dengan kerusi yang penuh misteri itu.
(End Flashback)
"Hahaha...Tak sangka kerusi tu patah kaki belakang," ujar Farris sambil terkenangkan peristiwa tadi.
"Rupa-rupanya tu sebab dia tukar kerusi tu. Dia nak kau jatuh macam dia jatuh tadi," Afiq berkata sambil tergelak.
"Jahat betullah minah ni. Sampai nak bunuh aku," ujar Farris.
"Mereng agaknya otak dia tu," Afiq membuat kesimpulan tersendiri. Mereka berdua ketawa.
"Aku setuju!" Farris mengiyakan kata-katan Afiq sambil kaki berjalan menuju ke bahagian makanan ringan.
Di Taman Mini...
"Tak guna kau Farris!" Wardhah menyumpah seranah Si Pengawas Poyo. Mengenangkan kejadian tadi, api amarahnya meluap-luap. Tidak sangka, rancangan yang dirancangnya dengan rapi telah bertukar menjadi tragedi hitam bagi Wardhah.
"Tak pe kau. Kau tunggu kejap lagi!" Wardhah tersenyum sinis. Dia sudah merangka apa yang perlu dilakukannya selepas itu. Dia akan pastikan rancangannya berjalan dengan lancar.
Farris, kau tunggu ajelah!
So, nak tahu apa yang Wardhah ni rancang?
Teruskan membaca.
Maaf kalau ada typo.
Xoxo