Prolog

1.7K 82 14
                                    


"TAK nak jumpa dia dulu?”

Dia menggeleng laju. Dia tak nak jumpa. Takut menangis lagi. Cukuplah malam tadi tidur dia bertemankan air mata. Ini pun mata dah bengkak. Mujur jugalah perjalanan mereka nanti ambil masa yang lama. Sekurang-kurangnya adalah masa untuk bengkak bawah mata ini surut. Itu pun kalau dia tidak buat hal menangis sepanjang perjalanan inilah.

            “Kesian dia. Nanti mesti dia tercari-cari. Betul ni awak tak nak jumpa dia? Kita ada masa lagi ni. Kita pergi sekolah, jumpa dia dulu, ok? Ayah  tunggu.” Si ayah cuba memujuk lagi. Tapi macam tadi, dia cuma menggeleng.

Habis daya hendak memujuk, akhirnya si ayah arahkan pemandu bergerak.
Dia halakan pandangan ke luar. Saat kereta yang dinaiki melalui sebuah rumah selang sebuah rumah daripada rumah keluarganya, dia gigit bibir. Menahan diri daripada menangis lagi. Tak ada siapa di rumah itu pada ketika ini. Masing-masing berada sama ada di pejabat atau di sekolah.

Dia akan rindukan rumah itu. Akan rindukan penghuninya. Okey, mungkin bukan keseluruhan isi rumah. Hanya yang berkenaan sahaja. Yang bertanggungjawab buat dia berendam air mata semalam, boleh dibungkus dan dicampak ke Marikh. Tak mendatangkan faedah pun kalau dirindui.

Pandangannya tak dialihkan hinggalah kenderaan yang dinaiki membelok keluar simpang menuju jalan besar. Kelibat rumah itu hilang daripada pandangan mata. Rumah itu ibarat rumah keduanya selama ini. Dulu, sewaktu ayah dan mama pergi kerja, setiap kali balik sekolah, rumah itulah jadi tempat dia menumpang teduh. Tuan rumah pun dah dianggap seperti keluarga sendiri.

Dia sayangkan semua penghuni rumah itu. Kawan-kawan baiknya ada di rumah itu. Dan orang itu juga ada di rumah itu. Dia tahu mereka sayangkan dia juga.

Tapi...

“Si gemuk kuat makan tu? Tolonglah! Macam tu punya kembang kau kata cute?”

Air mata dia bergenang lagi. Sayang ke kalau macam tu? Sampainyalah hati cakap macam itu pada dia. Dia bukan gemuk. Terlebih isi sikit sahaja. Orang panggil chubby. Itu pun bukan salah dia. Dah mama orang itu yang pandai masak dan selalu beri dia makan banyak. Dia dah diajar, rezeki jangan ditolak. Rezeki yang sedap macam itu lagilah tidak patut ditolak. Bila badan dia naik bagai dipam-pam ini, boleh pula orang itu panggil dia si gemuk.

Lagipun, salah ke jadi gemuk? Eh, silap. Chubby. Comel apa. Chubby is the new black, okey!

Dia seka air mata yang meleleh. Tak apa. Kalau orang tu suka, dia tak akan muncul lagi depan orang itu. Kalau orang tak pandai nak hargai kita, buat apa kita terhegeh-hegeh nak sua muka pada dia. Dia pun hendak jaga air muka dia juga.

Dia tarik nafas dalam-dalam sebelum dihela perlahan. Ok, mulai sekarang, dia pasang tekad, dia akan melupakan semua kenangan yang tidak menyeronokkan itu. Dia akan buang kenangan tidak menyeronokan itu jauh-jauh. Ya, dia akan lupakan.

So long, farewell...Auf Weidersehen, goodbye!

****
Hello! New story for u, ladies. This is a straight forward love story with no heavy conflict but I hope there's something for you to gain.
Insya Allah... kalau tak ada aral dan ada rezeki, yang ini soon... very soon.
Enjoy your reading and do comments.

As usual, for my followers;
the first person to share the Prolog on Facebook (tag me), will get a free copy of the book once it is published.

See you tomorrow for chapter 1...

Hey, Mister!Where stories live. Discover now