Bab 1

1.5K 86 33
                                    

SEBELAH tangan memegang gunting, sebelah lagi memegang reben. Mata memandang teliti hujung reben, memastikan ia sama panjang sebelum ia dilipat dua. Bilah gunting dicondongkan, hujung reben tadi digunting membentuk tanda anak panah. Puas hati dengan hasilnya, Lena hela nafas lega.

            That's the last one! Sebelah tangan mencekak pinggang. Pandangannya menghala ke sekitar dewan. Senyum lebar terukir di bibir melihat transformasi dewan yang tadinya togel, kini sudah cantik dihiasi rimbunan bunga-bungaan.

            "You did it." Satu suara menegur dari belakang.

            Lena menoleh. Senyuman yang lebar tadi kendur sedikit melihat orang yang menegur. Hati yang sedikit lega tadi mula panas kembali. Kenapalah perempuan ini muncul waktu hati dia baru nak gembira ria?

"Alhamdulillah, I did it." Sopan sahaja dia menjawab.

Kalau hendak ikutkan hati, panjang berjela lagi jawapan yang hendak diberikan. Tapi memikirkan di mana dia berada sekarang, dia ajar hati untuk bersabar. Relaks. Selepas ini dia tak akan jumpa lagi perempuan ini. Dia harap-harap sangatlah dia tidak akan berjumpa lagi.

"I'm impressed."

"Thank you," balas Lena sambil tersenyum. Lena senyum. Tapi dalam hati mencebek. Payah sungguhlah hendak bersangka baik kalau melibatkan seorang Zureen Ismail ini.

Jangan salahkan dia. Track record kalau melibatkan dia dan Zureen memang tidak pernah elok. Sejak zaman universiti lagi. Dia pun tidak tahu apa masalah perempuan ini dengan dia sebenarnya. Okey. Sebenarnya dia tahu. Masalahnya cuma satu. Masalah yang rasanya dihadapi oleh ribuan wanita yang bermusuh sesama gender dekat dunia ini.

Lelaki.

Atau hendak lebih terperinci, lelaki bernama Helmi. Dan seperti kisah klise yang pernah terjadi sebelum-sebelum ini dalam hidup golongan wanita bermusuh dengan wanita ini, puncanya cuma...

1. Helmi pilih dia sebagai kawan baik

2. Helmi tolak cinta Zureen

3. Helmi masih lagi 'bersama' Lena hingga sekarang (kata kawan baik, kan? Dah kenapa nak 'pisah' pula?)

Hanya sebab-sebab termaktub di atas, dia dan Zureen bermusuh. Yang bermusuh di sebelah Zureen sahajalah kut. Di sebelah dia, dia bukan kisah apa pun. Zureen hendak berkawan dengan dia atau tidak, bukan masalah dia. Tidak kawan tidak rugi, kalau kawan, alhamdulillah, bertambahlah jumlah kawan dia.

Cuma yang dia kurang gemar kalau hal peribadi begini memberi kesan kepada kerjanya. Bahagian itu, memang dia pantang sungguh!

"I guess you are a good florist, huh?"

Kalau di telinga orang lain, mungkin akan dengar itu sebagai satu pujian. Tapi bagi Lena, kata-kata Zureen itu tidak ubah seperti satu penghinaan. Yalah, bekas graduan kejuruteraan elektrik sepertinya berakhir menjadi 'penjual bunga'. Haruslah ada unsur-unsur menyindir dalam kata-kata Zureen itu.

Tapi macam biasa, Lena cuma angkat bahu. Malas hendak bergaduh dengan orang yang jelas nyata tidak mahu 'membesar' ini. Lagipun, tak salah kalau dia akui kata-kata Zureen.

I am a good florist! A damn good one! Bukan dia yang kata. Tapi itu kata-kata pelanggan-pelanggannya selama ini.

"Alhamdulillah, selama ini pelanggan I tak pernah kompelin."

Hey, Mister!Where stories live. Discover now