Suri menghempas kasar bontotnya di sisi Wani,kawan baiknya."Wuisssh,kau dah kenapa.Selamat tak runtuh kerusi ni."kata Wani sambil mengoyangkan kerusi kayu di taman.Suri memandang sahabatnya sambil mencebitkan mulut."Waniiiii.Hidup aku dah musnah.Aku rasa semuanya dah hancur."Wani mengedutkan dahinya tanda tak faham apa yang dimaksudkan Suri sebenarnya."APA maksud kau?Aku Tak faham."Tanya Wani kembali.Suri menepuk dahi sebelum memenggang kedua lengan Wani."AKU DAH NAK DILAMAR ORANG.GILAA."kata Suri sedikit menjerit.Wani terkedu mendengar ayat yang baru diucap Suri tadi."Di..Dilamar!!Serious aa..?Wow,Tahniah la.Siapalah lelaki Malang tu ye?"gurau Wani sambil menompang dagunya.Dengan serta merta kepalanya ditepuk Suri."Kau mulut jaga sikit eahh..Aku sula juga mulut Kau karang.Tengok a nanti.Aku akan jadi orang yang paling bahagia di dunia ni."kata Suri dengan megahnya."Poyo bhaii."Wani mengembungkan pipinya sebelum mereka berdua tergelak geli hati."Poyo sia ayat aku tadi."."Tahu tak pe.".Mereka berdua lepak di taman itu sampai kepetang.
"Siapa perempuan tu?" Tanya Mikael ingin tahu .Puan Sri Sofea tersenyum."Anak kawan mammy yang kamu jumpa tadi.Lagi pun anak dia baru habis belajar.Mammy dah tengok anak Puan Saila tu.Cantik orangnya."Kata Puan Sri Sofea sambil mengukirkan senyuman manis.Mikael menarik nafas dalam2 sebelum memandang mammynya."Boleh.Tapi Mika nak buat benda yang penting je dulu . Majlis tu nanti2lah."Puan Sri Sofea tidak ambil pusing dengan syarat yang diberi Mikael.Baginya yang penting Dia dapat berbesan dengan Puan Saila.Mikael memandang mammynya yang mengangguk sambil tersenyum bahagia di sisinya.Mikael tahu pilihan Puan Sri Sofea yang terbaik untuk dirinya.
Minggu yang tidak dinantikan Suri pon tiba.Kereta mewah mula membanjiri perkarangan rumah teresnya.Bunyi riuh redah berbalas pantun dan gelak tawa di ruang tamu rumahnya tidak dihirau olehnya.Majlis pertunangan ini berlangsung simple.Majlis akad nikah beserta doa selamat akan berlangsung sebulan lagi itu pon akan dibuat tertutup .Perasaan gemuruh menguasai dirinya sekarang."Weh,Makcik.Kau dah kenapa.Pucat je Aku tengok."Tanya Wani yang masih sibuk memakai bedak dimukanya.Suri memejamkan matanya sebelum memandang belakang baju kurung kawan baiknya."Aku takut lah.Macam mana kalau aku didera lepas kahwin nanti?.Dahla aku masak pon tak pandai.Setakat telur goreng bolehlah.Macam mana kalau Puan Sri Sofea tu tanya soalan bertalu2?Apa aku nak jawabbbb.."kata Suri yang berjalan kehulu kehilir 'risau'.Wani memutarkan bola matanya lalu memandang bayang2 Suri di cermin."Apa susah,kau sumbat mulut Puan Sri Sofea dengan kain.Tak boleh lah dia nak tanya kau macam2 dah."mata Suri membulat.Aku rasa nak telan je manusia kat depan aku ni.Bisik hati Suri."Serius lah gila."Wani memusingkan badanya menghadap Suri yang duduk menompang dagu."Kau ingat mak mertua kau nanti tu wartawan melodi.Chill la.Gelabah sangat."jawab Wani lancar.Memang mulut kawannya sorang ni tak makan saman,main lepas je.Chill.Chill.Chill.Senanglah cakap tapi susah nak buat mangkuk.Ya Allah tolonglah hamba mu ini.Huhuhuhu.Rintih hati Suri.
"Mika.Taknak naik jumpa Suri dulu ke?Kalau tak mari naik bersama mammy." Tanya Puan Sri Sofea kepada Mikael."Hmm.Tak kot.Mika tunggu mammy kat bawah jelah."jawab Mikael.Dia malas nak naik jumpa Suri sebenarnya.Puan Sri Sofea mengangguk faham sebelum mendaki anak tangga untuk naik ke atas.
"Mika.Tahniah atas pertunangan U ." ujar Qisha iaitu sepupu Mikael.Mikael menyambut tangan yang dihulur oleh Qisha untuk berjabat tangan."Hm.Thanks Qis"Ucap Mikael.Qisha memandang Mikael lama kerana dari riak wajah Mikael tergambar rasa muram."U ikhlas ke tunang dengan Suri?Kenapa muram je I tengok."tanya Qisha risau.Pertanyaan Qisha mengejutkan Mikael."Eh,I ikhlas la.I tahu pilihan mammy I yang terbaik untuk I.Maybe muka I muram sebab tak cukup rehat.Banyak kerja yang I tertangguh kat Office."Qisha mengangguk faham kerana dia tahu Mikael memang tegas dalam bab kerja ni."Betul juga.U jangan paksa diri sangat.Nanti sakit pula."nasihat Qisha.Mikael tersenyum tawar sebelum meminta diri untuk keluar rumah berjumpa Tan Sri Michael.
YOU ARE READING
SuriMIKAEL
Romance"Suriiii.Bangun.Apalah anak dara tidur sampai tengahari." Arah Puan Saila sambil menyelak langsir di bilik anak tunggalnya."Hmmm..kejap lagi Suri bangun.5 minit lagi."Jawab Suri yang masih memejamkan matanya.Setelah habis kolej Suri hanya ingin be...