THE LOVE

402 8 0
                                    

Perlahan-lahan aku membuka mata lalu sinar cahaya berlumba untuk memasuki retina mataku...

Aku melihat sekeliling. Pokok, awan dan air sungai semuanya berwarna hijau. Tempat ini ibaratkan suatu tempat yang menenangkan...

'Shuu'

Bunyi semak samun seperti diselak menarik perhatianku dan aku terlihat seorang pemuda yang memakai pakaian seperti kerabat diraja...

Pemuda tersebut mendekatiku perlahan-lahan lalu mengusap lembut rambutku yang berwarna coklat. Pemuda itu menghulurkan tangan untuk diriku sambut...

Mata bertentangan mata membuatkan jantungku berdebar. Bunyi sekeliling yang sunyi membuatkan aku turut mendengar dengan jelas degupan jantung nya...

Perlahan-lahan pemuda itu membawa diri ku keluar dari hutan greenmich. Hutan yang sepatutnya menjadi hutan larangan. Keadaan di sekiling semakin berubah. Langit berwarna biru, tumbuhan menjadi warna merah saga termasuk rumput.

Sekejap!

Kenapa aku mengikut sahaja kemana pemuda itu membawa aku? Tiba di sebuah rumah di kaki bukit menghentikan perjalanan kami berdua. Dia membawa aku memasuki rumah kecil itu. Di duduki aku di atas kerusi dan dia menduduki kerusi dihadapanku.

Lama kami berpandangan sebelum pemuda itu mengalirkan air mata. Teresak-esak dia di hadapanku. Tangisannya membuatkan aku seperti turut ingin menangis.

'Cukup jangan menangis. Aku tidak suka.Berhenti!!'

Pemuda itu memegang wajahku sambil menyebut nama seseorang. Tapi siapa?

Pemuda itu bangun dari duduknya dan mengesat kasar air matanya. Dia berjalan mengelilingiku beberapa kali lalu berhenti di belakangku.

'Maafkan aku Mioko. Maaf. Aku terpaksa untuk lakukan semua ni'kedengaran lagi esakan dari pemuda itu sebelum sesuatu menembusi jantungku dari arah belakang. Baju yang aku pakai mula dilumuri darah. Mengalir air mataku menahan sakit yang mencengkam. Tak terkata sakitnya.

Pisau yang digunakan untuk menikam aku, aku mencabutnya perlahan-lahan. Aku memusingkan baam menghadap pemuda tadi. Aku melihat wajahnya seperti menahan sengsara. Aku mengukirkan sebuah senyuman untuk pemuda itu sebelum aku jatuh menyembah bumi.

'Mioko!!'aku dapat merasakan kepalaku diangkat supaya berbaring di atas pahanya pemuda itu. Terasa usapan di pipiku dan... Air mata? Air mata pemuda tadi jatuh ke atas wajahku.

'Mioko, maafkan aku. Aku terpaksa. Ni semua untuk keamanan dunia. '

'Buat apa dia menangis sedangkan dia yang menikam aku.'desis hatiku.

Mataku mula menjadi kabur dan perlahan-lahan mataku yang berwarna hijau bertukar menjadi merah. Ibaratkan merah buah delima...

Marah. Ye, itu lah perasan aku sekarang.

'Mioko'

Kedengaran pemuda itu memanggil diriku.  Kenapa dia tersenyum?

'Puk'

Bunyi sesuatu jatuh menarik perhatian diriku. Aku memandang bawah dan yang mengejutkan ialah pemuda tersebut memegang dadanya dan...? Aku sedang memegang jantungnya!?

'Tidakkk!!'Jerit ku sekuat hati. Tidak, aku telah membunuh seorang yang amat aku cintai. Dia lelaki yang telah membantuku dari menjadi mangsa korban!!

Korban kerana aku dianggap pembawa nasib malang terhadap kaum ku. Hanya disebabkan aku half vampire dan half manusia...

Tetapi kenapa dia menikam diriku tadi???

Aku terduduk lalu memaku kepalanya untuk baring di atas pehaku. Diusap perlahan wajahnya. Sebelum aku memakan jantungnya yang berada di tanganku. Sedap...

Aku terlihat sepucuk surat di kocek bajunya dan membacanya. Air mataku mengalir selebatnya dan awan mula bertukar menjadi merah gelap dan langit juga mengeluarkan air matanya...

Aku mengambil pisau yang digunakan pemuda itu yang digunakan untuk menikam aku tadi...

Dan aku menikam jantungku sendiri. Sebelum aku menutup mataku buat selama-lamanya, aku berusaha untuk menggapai tangan pemuda itu lalu mebisikkan kata terakhir sebelum semuanya gelap...

'Sa...ya pu...n cin...takan...awak... Ca...ndre'

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kepada Mioko,

Sekiranya engkau membaca surat ini bermaksud aku telah tiada. Tak apa, jangan bersedih. Maafkan aku sebab telah menikam kau kerana aku terdengar ayahanda dan pengawak diraja akan memburu kau. Dan paling mengejutkan, akulah penyebab kau diburu...

Ayahanda mendapat tahu yang aku berkawan rapat dengan makhluk berbahaya iaitu kau. Macam yang kau tahu, Makhluk hibrid seperti kau half human and half vampire hanya akan lahir setiap 1000 tahun dan kelahiran mereka amat digeruni kerana mereka mampu menghancurkan dunia.

Maafkanlah ayahanda. Dia hanya ingin melindungi satu-satunya pewaris kerajaan Werinda. Ayahanda tidak bersalah. Tolong jangan berdendam. Aku tak suka.

Aku menikam kau kerana aku tau kau akan bertukar menjadi vampire apabila ditikam dan kau akan membunuh orang yang menikam kau...

Aku tau yang kau tak akan lepaskan aku sekiranya aku meninggalkan kau hanya disebabkan hal yang remeh ni. (bagi kau lah. Bagi aku tak). Dan satu satunya cara untuk kau melepaskan marah ialah dengan membunuh aku...

Maafkan aku kerana selalu berkasar dengan kau, tapi aku nak kau tau yang aku... Ehem... Aku cintakan kau sejak kali pertama kita berjumpa...

Yang benar,
Candre yang mencintaimu

~THE END~

Habis~kalau sesiapa tak paham  boleh suruh saya terangkan... Maaf kalau cerita ni mengantukkan atau membosankan
...
<(゜ロ゜;)>

CERPEN FANTASIWhere stories live. Discover now