15°- Devil

1.1K 113 11
                                    

Nama Yonggi aku catatkan di buku kecil di mana nama Jungkook juga tertera di situ.

NOT NOT TODAY--

"Yeobeoseyo?"

"Hyung! Ni nochu!"

"Oh,kau nak apa?"

"Hyung pergi mana? Kenapa lama sangat keluar?"soal Jungkook seperti merajuk.Comel.

"Hyung ada kerja nak buat.Nanti Nochu kalau bosan tengok Hagemaru dekat saluran Astro Ceria tau.Tekan jer 611 dekat remote okey"

"Taknak! Hagemaru dah habis!!"

"Okey,nanti hyung belikan--"

Mataku tiba-tiba tertancap ke arah seorang lelaki yang sandar dekat dinding sambil menangis dengan mulutnya yang penuh darah.

"Hyung?"

"Nanti Hyung roger balik"aku segera menamatkan panggilan lalu berjalan ke arah lelaki tersebut.

Daripada sink aku boleh dengar dia seperti meraung.Mesti dia ada buat kesalahan besar ni.

Tiba-tiba aku terpaku melihatnya kerana aku ternampak seperti bayang hitam yang besar sedang menumpang di badannya.

Aku pasti dia bukanlah manusia biasa.Heh.Interesting.

Aku mengeluarlan sehelai tisu dari poket lalu menghulurkannya.

"Ambil ni.Lap mulut kau yang penuh dengan darah tu"

Perlahan-lahan kepalanya menoleh ke arahku lalu teragak-agak untuk menyambut huluran tisu aku padanya.

"Siapa kau?Kenapa kau datang sini?Aku ada apa-apa masalah dengan kau ke?"soalnya lagi sambil mengelap mulutnya.

"Nama aku Kim Namjoon dan panggil aku Rapmonster.Tujuan aku datang sini adalah untuk jumpa kau dan untuk pengetahuan kau,aku tak ada apa-apa masalah dengan kau"

Dia memandangku lama dan aku tahu apa yang dia fikirkan pasal aku.Dia seperti dapat menganggak yang aku ni siapa.

"Mesti kau dah macam tahu kan yang aku ni bukan manusia biasa?"

Dia seperti terkejut dengan soalanku.

"Macam mana kau tahu?"soalnya ragu-ragu.

"Aura kau"

"Kenapa dengan aura aku?"

"Aku boleh rasakan aura kau sangat kuat sehingga kau boleh dapat rasakan sesuatu yang muastahil orang dapat tahu"

"Dan kau juga berkongsi badan dengan syaitan?Kan? Sangat menarik orang seperti kau ni"

Dia terdiam seketika.

"Apa tujuan kau datang sini?"soalnya yang dari tadi mendiamkan diri.

Aku sudah tersenyum lebar apabila dia menyoal begitu.Kau tahu,lama aku nak tunggu dia soal macam tu dekat aku.

"Kalau kau nak tahu,tak lama lagi ghouls akan datang dan menguasai dunia ini.Jadi,aku ingin mencari orang-orang yang mempunyai kuasa atau kelebihan untuk bersama-sama menyertai aku menentang ghouls."

"Jadi,tujuan aku datang sini adalah untuk memilih kau dan menyertai aku untuk menentang ghouls"

Sekali lagi dia memandangku tetapi dengan pandangan yang mendalam.

"Kenapa kau pilih aku?Kau tahu kan yang aku ni ialah seorang syaitan"ujarnya lagi.

"Memang kau syaitan tapi separuh saja bermakna kau dapat mengawal kuasa kegelapan kau tu dengan keadaaan yang baik dan terkawal.Aku yakin,kau pasti dapat menentang ghouls sebab kuasa kau agak kuat."

Dia terdiam.

"Aku tahu kau mesti bersalah sebab bunuh orang sesuka hati tapi ini sajalah caranya kau hendak menebus kesalahan kau dengan melindungi manusia dari terus diserang ghouls"

Aku yakin mesti dia berasa menyesal atas perbuatan dia tu.

"Aku sertai dengan kau saja ke?"soalnya.

Pantas aku menggelengkan kepala.

"Tak.Kita akan sertai bersama 7 orang lagi termasuk kau dan aku seperti squad dan nama squad kami adalah Bulletproof Boys Squad"

"Apa yang akan aku dapat kalau aku sertai squad tu?"

Aku tersenyum manis lalu memandang tepat pada matanya.

"Kau akan dapat ketenangan dan kasih sayang"

***

[ C ] Young Forever | Leader »Rapmonster« S7Where stories live. Discover now