✌Grey Eyes

1.5K 107 41
                                    

"Ril"

"Ya?"

"Look at me."

"Hah? Kenapa?"

"Takde. Sekejap je. Kau pandang je mata aku. Kalau kelip, siap kau."

"Aikk? Bae, takkanlah nak beromantika kat tengah pasar ni kut?" Pelik dia. Kejadahnya nak ber-mata ke mata, dari mata turun ke hati...

"Aipp. Say no word. I'm trying to focus right now, bie." Jie mengahadap muka Zafril.

Ditenung anak mata suaminya dan Jie tersenyum seketika. "Such beautiful eyes, husband."

Gila tak beautiful? Muka cerah, mata warna grey. Bulu mata dengan kening dia tu memang roar! Macam Martinez twins. Jie yang selalu mekap pun kalah.

Berdebar Zafril jadinya. Bini dia ni dah kenapa nak main tenung-tenung mata tengah-tengah alam ni. Ternaik tinggi kening Zafril tengok Jie yang semakin dekat dengannya.

Matanya ditenung, Jie semakin mendekatkan mukanya pada muka Zafril. Terkebelakang sekejap laki dia sebelum ditepuk kuat lengannya oleh Jie. "Aish! Aku kata duduk diam-diam."

"Okay-okay I'm sorry." Dibiarkan sahaja perlakuan Jie sebelum dia menahan gelak. "Tak sia-sia aku kawin dengan kau Jie. Dapat bini yang super creative and innovative! "

"Well me." Dia wink pada Zafril. Alah. Bukan dia nak buat apa pun tadi. Pinjam mata Zafril sebab nak ushar tudung dia senget ke apa. Biasanya mata Sophie yang jadi cermin dia waktu emergency.

Kenapa tak tengok screen handphone? Welpp... Sebab dia ada dengan Zafril, dan Zafril ada dengan dia. So, kenapa perlu diorang bawa handphone? Hahah diorang katalah. Aku support je...

"Mana list? Nanti kang ada yang tertinggal, tak pasal-pasal kena keluar balik."

"Ada ni. Ril, apa kata aku cari half, kau cari half? Cepat sikit siap."

"Erm.. Err, tak... Tak payahlah. Aku mana reti nak cari spesis-spesis barang dapur ni. Manalah tau, nanti nak cari bayam, aku ambik kangkung. Haaa kan payah tu."

Jie tergelak. "Alah, don't worrylah. Aku bagi kau benda yang kau confirm tau maybe like tomato, chilli and things like that?"

"Erm still no. Aku tak reti pilih. Takut aku beli yang kurang elok ke apa nanti."

"Hmm... Macamtu pulak? Okaylah. Jom kita cari sama-sama." Kesian pula pada suami tercintanya nanti terkebil-kebil sorang-sorang dekat pasar ni pilih sayur.

Zafril dah tersengih sendiri. Bukan apa, dia kelentong aje sebenarnya. Dia expert gegila kut bab-bab cari benda macamni. Sebab selalunya pun, mamanya akan suruh dia yang pergi beli.

Setakat sayur tu, petik jari aje. Tu tak kira lagi waktu Puan Marisa nak masak western food. Senang cerita, kalau nak cari barang dapur tu, bagi je list kat dia. Consider it done. Cuma kadang-kadang aje Rina ikut sekali, temankan abang dia waktu weekend.

So ketika ini, Zafril saja nak menggedik dengan bini dia. Bermanja diweekend hari ~ Maka, bermulalah misi mereka mencari barang untuk sama-sama masak dan melantak nanti. Ni kira last day dekat Johor huhu. Esok awal pagi dah nak balik.

"Cuba tengok apa lagi yang belum cross out?" Disemak kembali senarai barang dapur.

"Satu je lagi. Kacang bendi. Sapa entah minta tadi." Zafril dipandang. "Ril? Okay tak ni?"

"Hah? Err, bendi tu... Nak makan dengan sambal belacan ke apa nanti? Ke masak lain?"

Bukan apa. Dia masih trauma waktu Jie mendajal dia suruh makan dulu. Dua hari dua malam dia tak berhenti bersin. Bila ditanya mamanya, dijawab 'Entahlah. Salah makan kot, ma?' Takkan nak cakap kena paksa dengan Jie.

HIPSTER DOWH Where stories live. Discover now