30 (malay) 10.4.17

17 0 0
                                    

Acap kali engkau ungkapkan perkataan ajalmu sudah hampir,
Acap kali kamu bergurau berkenaan ajalmu,
Walau engkau tahu ajalmu makin hampir.
Tetapi engkau cuba menjadi kuat.
Engkau beribadat siang dan malam.
Engkau mengajak anak cucumu agar berjalan di jalan tuhan.
Engkau berikan nasihat beribu-ribu.
Berbuih-buih mulutmu memberi nasihat.
Walau kau tahu ianya sia-sia.
Berbuih-buih engkau mengajak kami membaca Quran bersama kami.
Engkau mengajak kami berbual.
Wajah sedihmu acap kali kulihat.
Umpamanya engkau mahu kami berbual bersamamu.
Tiap kali engkau bertanyakan itu dan ini.
Mengharapkan kami berbual bersamamu.

10.4.17

vœuxWhere stories live. Discover now