TUAN : Afiq Abidin

51 0 0
                                    

Kampung gembut 1937

     Seorang lelaki berpakaian serba hitam berlari membawa seekor ayam hitam kemas dalam dakapannya.Dalam hutan belantara hanya berlantaikan akar kayu serta daun-daun kering yang gugur menyambah bumi.

    Lelaki tersebut mempercepat-kan langkahnya menuju lebih jauh kedalam hutan.Matanya terus memerhati kekiri dan kekanan.Takut jikalau tindakanya diperhatikan oleh orang lain.

    Beberapa tikanya dia sampai ke destinasi yang dituju.Disitu terdapat beberapa pelita menyala menerangi kawasan hutan belantara.Kelihatan juga tikar dimana diatasnya terletak sebuah mangkuk berisi kemenyan yang masih menyala

    Lelaki itu duduk diatasnya menghadap bekas kemenyan sambil mengasap kerisnya.Mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu yang hanya difahami oleh dirinya sendiri.

     Angin bertiup kencang seolah bertindak balas dengan apa yang dibaca oleh laleki tersebut.Lelaki itu tersenyum sinis memandang kehadapan.Sepasang mata merah tepat memandang kearahnya.

"Datang padaku"

Angin semakin bertiup kencang.Geseran ranting pokok menambahkan suasana seram pada kawasan tersebut.

     Perlahan-lahan makhluk dihadapan lelaki itu mendekatinya.Semakin dia hampir semakin jelaslah kelihatan susuk tubuh makhluk tersebut.Mata yang merah serta kukunya yang runcing membuatkan hati lelaki itu sedikit goyah.Namun dia masih terus mengasap kerisnya diatas kemenyan.Makhluk itu terus merapati lelaki tersebut memerhati setiap gerak gerinya.

    Lelaki tersebut selesai mengasap kerisnya.Ayam hitam yang dari tadinya senyap mula meronta seakan ada sesuatu yang mengganggunya.Dia membawa ayam tersebut ke sebatang pokok.Terdapat kesan darah disitu seperti ianya adalah tempat sembelihan. Ayam itu disembeli dengan sekali sembelihan maka putuslah urat halkum dan urat merih ayam tersebut.Darah yang mengalir ditadah kedalam sebuah mangkuk yang terdapat lilitan kain kuning padanya.

    Mangkuk yang penuh berisi darah ayam dijamu dihadapan makhluk tadi.Lidahnya panjang menjilat darah ayam tak ubah seperti seekor anjing meminum air.Bunyi ngeraman jelas kedengaran.Mangkuk yang tadinya penuh dengan darah ayam mula kosong.Mata makhluk itu mula memandang ke arah ayam hitam yang sudah mati itu.Dengan pantas ia menerkam membaham ayam tersebut dengan rakus.Lelaki tersebut tersenyum melihat gelagat makhluk itu.Bukan kerana geli hati tetapi kerana makhluk yang dihadapnnya itu sudah mula tunduk padanya.

    Lelaki itu melangkah pergi meninggalkan makhluk yang sedang rakus meratah daging ayam.Dia sempat lagi memandang ke arah makhluk tersebut sebelum langkah terus diatur meninggalkan kawasan tersebut
   
###

Kota Tinggi 2015

Aiman memandu merempuh sesak lalu lintas pada waktu puncak.Hari ini dia ingin pulang ke kampung halaman kerana ayahnya sudah nazak.Dia masih belum boleh percaya bahawa ayahnya sedang nazah walhal baru sahaja minggu lepas dia pulang dan ayahnya dalam keadaan sihat walafiat.Tetapi pagi tadi pak ciknya zamri menelefonnya memberitahu bahawa ayahnya sedang nazak

Hatinya rawan tatkala ini.Sayu bila memikirkan jikalau ayahnya akan pergi menghadap sang penciptanya.Namun dia masih lagi fokus terhadap pemanduannya.Kesesakan lalu lintas merencatkan perjalanannya.

Aiman sampai kerumah tempat dimana dia membesar bersama dua orang adiknya.Pada ketika itu hari sudah pun malam.Dilihat ramai orang berkumpul dihadapan rumah membuatkan hatinya semakin tidak keruan.

TUANWhere stories live. Discover now