Dengar tajuk pun dah tau kan apa yang aku nak cerita. Biar la aku nak juga cerita sebab ni kisah aku, ikut aku lah nak buat apa pun kan nak kongsi apa pun.. Begini cerita dia jeng.. Jengg.. Jeng.. Ada gaya tak nak jemu tak?. Jujur tak elok tipu.. Macam ni, umur masa tu baru 9 tahun sampai sekarang aku ingat benda ni.. Seperti biasa kalau musim main guli semua budak-budak sibuk je dengan guli kat padang ke bawah rumah ke macam tu jugak aku kalau main jam pukul berapa pun tak ingat. Sedang main tu kan panjang baris guli dia cantik je bersusun sapa yang tak nak menang kan.. Sekali giliran aku yang baling gembira tak terkata derrr bila nasib menyebelahi aku. Tiba-tiba datang sepupu aku tak puas hati dia kata aku main tipu aku buat tak kisah dah memang aku yang dapat sekali dia baling guli kat kepala aku dasss mengena pula kat dahi aku mahu nya tak benjol yang aku dapat.. Aku balas aku baling botol aku yang berisi guli pula, ha tau pula marah siap tolak-tolak aku. Aku tarik rambut dia baru dia tau aku pun gangster jugak. Dengan berbalas apa yang keluar dari mulut juga yang kurang asam nya puas lama kami bergaduh kakak aku sepupu-sepupu aku yang besar gelak saja dan lerai bila tengok kami mula pukul memukul. Kak aku siap ketuk pala aku suruh balik ni memang kurang asam. Hahaha... Sampai sekarang sepupu-sepupu aku yang ada pada masa tu pun ingat lagi, kisah lama kan aku nak tergelak pun ada bila tengok sepupu aku yang aku bantai tu. Hahahahaha
YOU ARE READING
Mai setorey
ActionDalam kau hidup tak kan tak ada apa-apa yang berlakj dalam hidup kau kan.. Kau manusia mesti saja kau ada perasaan dan dalam setiap perasaan kau mungkin ada jalan cerita nya sendiri yang lurus atau pun berlekok. Di mana yang jalan ada lubang kau tut...