Leka aku menonton sehingga aku terasa seolah-olah ada sesuatu sedang memerhati di belakang. Aku menoleh,ekor mata ku dapat menangkap kelibat budak kecil berlari menuju ke arah dapur.Aku bangun mengintai..dapur kemas seperti sediakala.
Bayangan apakah itu?
"Hi..hi..hi.."
Gelak tawa kembali kedengaran. Aku pantas berdiri. Sangkaku, anakku Dina bergurau. Pintu bilikku tolak perlahan. Wajah polosnya ku belai. Enaknya tidur di samping papanya.
Suara siapakah itu?
Adakah aku berhalusinasi, bila badan keletihan mula lah telinga mendengar yang tidak-tidak. Jelas, dia ketawa lagi.
'Siapa la yang tertinggal anak ni?' gumamku perlahan. Aku teruskan aktiviti menonton cerita kegemaranku sambil bermain dengan Iphone ku. Skrin Iphone dihala ke belakang dan ikon kamera ditekan pantas. "Klik" . Aku letakkan Iphone ku di riba dan kembali menonton.
Usai menghidang lauk, pantasku memanggil suami dan anak makan bersama. Makan sup panas ketika hujan lebat melanda, enak rasanya.
"Kring...kringgg..." Siapalah telefon masa tengah makan nih. Suamiku memerhati saja tingkah lakuku.
"Ohh mama telefon. Ada barang tertinggal agaknya." Suamiku menyambung suapan yang tergendala sebentar tadi.
"Assalammualaikum, kaklong. Mama rindu nak cakap dengan cucu mama." Baru saja rasanya mama pulang ke kampung.
"Mama, Dina tengah makan. Kalau kaklong panggil, tentu dia tak nak cakap. Nanti lepas makan, kaklong telefon Mama balik ye." Pantasku berjanji setelah melihat Dina leka mengadap sup ayam.
"Amboi.. seronok sangat dia ketawa tuh. Apa yang kelakar sangat? Gelak tak berhenti ye dia. Baik-baik kaklong, tengok anak tu. Tersedak nanti."
Iphone ku letak perlahan. Masa bila Dina ketawa? Televisyenkah? Tak dipasang pula. Pelik mama nih. Aku kembali menyambung menikmati makan malamku bersama suami dan anak tersayang.