BAYANG Part 3

22 1 0
                                    


"Sayang, sayang tolong hantar Dina ke taska pagi ni. Abang dah lewat. Pagi ni abang ada meeting. Petang nanti abang ambil Dina"

"Okey abang tapi petang abang yang kena ambil. Sayang balik lewat taw." Usai menyalam suamiku, aku bingkas menyudahkan solekan serta memakai tudung. Dina yang sedang lenaku angkat perlahan dan ku baringkan di tempat duduk belakang kereta.

Selesai mengunci, dengan lafaz bismillah aku mula memandu ke arah taska. Sunyi pula Dina ketika Dina tidur. Penat barangkali.

Dina ku dukung dan ku serahkan kepada petugas taska. Tajam matanya melihatku.

"Sayang mama, nanti petang papa jemput okey" Aku mengucup dahi Dina yang masih lena.

"Puan....." suara petugas taska mematikan langkahku.

"Petang nanti papa Dina jemput" lantas aku masuk ke dalam kereta dan memecut laju ke pejabat.

"Kring....." Telefon bimbitku berbunyi nyaring. Beg tangan ku geledah dan...

"Assalammualaikum Kak Ida." Jiran sebelah rumah rupanya.Apa hal lah tiba-tiba mencari aku.

"Zaara, Dina mana? Ni kak....."

"Kak, putus-putus. Zaara tak dengar lah. Kak cakap apa?"

"Awat tuh cek oooiii. Kalut aku nampak hang nih? Pasai pa muka monyok? Sapa telefon nyah?"

"Ni Arie, jiran sebelah rumah aku, Kak Ida telefon. Yang aku dengar dia tanya mana Dina. Lepas tuh, putus-putus dan mati terus.Risau lah aku bila orang tanya pasal anak aku tapi aku dah hantar pergi taska pagi tadi. Kenapa ya?" Aku menjelaskan dengan panjang lebar pada Arie.

Belum sempat Arie membalas, telefonnya berbunyi.

"Laki hang la nyah.."

Segera aku mengambil telefon Arie.

"Abang.."

"Awak kat mana ni? Abang telefon dari tadi tak dapat. Petugas taska mesej abang. Dia tanya kenapa awak datang taska tapi bagi beg je? Dina mana?"

"Dina saya dah hantar taska lah bang. Abang jangan main-main. Saya tak suka. Saya sendiri yang dukung Dina dan hantar. Kak Ida pun... Allahu akhbar. Abang, demi Allah saya dah hantar Dina.. Abang, saya balik sekarang."

Air mata yang ku tahan akhirnya pecah jua. Apa jadi dengan anakku? Siapa yang ku dukung pagi tadi?

"Beb, kenapa yang? Pasai pa hang nangis nih?"

"Arie, tolong aku Arie. Hantar aku balik"

Saatku tiba di rumahku, ku lihat Kak Ida merangkap jiranku berada di depan pagar rumahku bersama seorang lelaki berjubah putih. Siapa? Air mata yang meleleh ku lap perlahan tatkala melihat suamiku memakir kereta. Pantasku berlari dan memeluk suamiku.

"Abang dah pergi taska. Sayang cuma bagi beg saja. Dina mana, sayang?" Aku hanya mampu menangis. Suamiku berlalu untuk membuka kunci pagar. Saat jerisi besi dibuka, angin dingin menyapa.

Aku, suamiku, Kak Ida dan juga lelaki berjubah putih yang tidakku ketahui siapa pantas berjalan menuju bilik tidurku. Saat aku memegang tombol pintu, ia berkunci. Anakku!! Telingaku pantas menangkap suara anakku menangis.

"Mama....Na akutt. Olong ma.." Ya Allah, apa yang telah aku lakukan? Aku alpa. Selamatkanlah anakku dari sebarang kejadian. Hanya padaMu aku berserah.

"Sayang mama, sekejap sayang. Mama buka pintu ya. Sabar, sayang mama."Aku cuba membuka pintu.Ternyata ia berkunci.

"Mama............" anakku menjerit nyaring.Kedengaran suara anakku menjerit nyaring dan diikuti bunyi jatuh terhempas. Suara anakku tidak lagi kedengaran.

"Dina...Na sayang, cakap dengan mama." Aku mula mengetuk pintu bertalu-talu. Air mata ibarat empangan pecah. Suamiku memelukku dan menarikku jauh dari pintu.

Lelaki berjubah putih, mula membaca surah-surah lazim dan serentak dengan itu, pintu bilikku terbuka. Kabus. Dingin. Ku lihat Dina di atas lantai dengan dahi berdarah.

"Dina..maafkan mama, sayang. Bangun, sayang. Jangan tinggalkan mama. Mama minta maaf, sayang.Bangun, sayang. Mama sayang Dina. Jangan takutkan mama. Abang, kejutlah Dina. Dina tidur, kan abang. Dina tak tinggalkan Zaara, kan." Suamiku hanya tertunduk diam. Membatu bersama linangan air mata. Sayu melihat aku barangkali.

"Kak Ida, tolong Zaara, kak. Kejutkan Dina. Zaara ada Dina je kak. Satunya anak Zaara. Tolong Zaara, kak. Kejut Dina, kak. Anak Zaara kak, anak Zaara..."

"Zaara..bawa mengucap. Zaara tenangkan hati. Ingat Allah." Kak Ida menenangkan aku. Bagaimana hendak tenang tatkala melihat anak sebegini rupa?

"Sayang, anak kita.." sambil menunjuk di atas katil. Apa yangku pangku? Wajah persis Dina, memandangku dengan mata merah menyala. Belum sempat aku bangun, leherku digigit kuat.

"Arghhhh....abang.. tolong Zaara" Darah mula meleleh. Sakitnya tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Ku lihat lelaki berjubah putih itu menghampiriku, dengan tasbih di tangan , dia meletakkan tangannya di belakang badanku dan dihembus perlahan. Pandangan mataku mulai kelam, dan suara suamiku azan sayup-sayup kedengaran. Gelap.

"Zaara..Zaara, bangun Zaara." Kak Ida menepuk pipiku perlahan. Aku memandang sekeliling. Tiada lagi lelaki berjubah putih. Anak....Dina.

"Dina..." Suamiku memangku Dina. Kelihatan anakku kelaparan menghisap botol susu sementelah beberapa jam ku tinggalkannya tanpa sedar. Maafkan mama, sayang.

Luka di bahuku dicuci bersih.Mengikut kata Kak Ida, hanya mereka bertiga sahaja yang berada denganku. Arie, suamiku dan juga Kak Ida. Siapa pula lelaki berjubah putih yang bersama Kak Ida?

Luka di bahu terasa pedih. Bagai dalam mimpi, suamiku memberitahuku bahawa yang ku kendong itu adalah seekor kucing hitam. Dalam hendak melepaskan diri dariku, kucing itu mencakar bahuku.

"Zaara berehatlah. Abang minta Kak Ida jagakan Dina sekejap." Aku menarik bantal, dan sekejap saja aku terlelap.

Hutan. Bunyi cengkerik bersahutan. Aku berjalan seorang diri. Dalam kegelapan, ada cahaya yang menerangi. Aku mula menghampiri. Lelaki itu. Lelaki berjubah putih.

"Zaara, aku ikhlas membantumu. Sikapmu yang peramah dan sering menegur insan di sekelilingmu membuatkan ada yang iri hati. Ada yang membuat onar dengan menghantar belaannya. Malam jumaat ini, kau sajikanlah anak yatim makan dan jika ada rezeki, kau buatlah bacaan Yasin di rumah.Insyaallah, hilang gangguan di rumah nanti. Perdengarkanlah rukyah pada anakmu, terhindar dia dari mata halus yang melihat. Assalammualaikum."

Sayup-sayup suara memanggilku. Aku membuka mata. Suamiku, Arie, Kak Ida dan juga anakku Dina di sisiku. Dina tersenyum.

"Alhamdulillah, ramai juga yang hadir majlis bacaan Yassin kan abang. Semoga keluarga kita jauh dari segala hasad dengki orang. Zaara dah sedar, mungkin Zaara terlalu lancang berkata-kata. Niat baik Zaara menegur disalah tafsir."

"Belajar dari pengalaman, sayang. Yang lepas kita biarkan berlalu. Yang akan datang ni, kita tambah lagi satu, boleh?" Suamiku mengenyitkan mata sambil tersenyum memandangku.

"Gatal! Malas layan abang." Aku bingkas bangun lalu masuk ke rumah. Suamiku hanya ketawa riang dan mengekor langkahku.

Dari kejauhan, susuk berjubah putih memanjatkan doa tanda kesyukuran.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 16, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BAYANGWhere stories live. Discover now