Fesyen?

286 16 1
                                    

'Weh, cuba kau tengok perempuan tu'

'Perempuan mana?'

'Tu...yang tengah berdiri depan kedai bundle tu'

'Ohh, kenapa dengan dia? Kau kenal ke?'

'Kenal? Euww, of course no'

'Habis tu? Yang kau beria suruh aku tengok kenapa?'

'Tengoklah pakaian dia. Entah fesyen badut mana dia ikut. Baju kurung bunga penuh sampai kain. Lepastu kau tengok tudung dia tu, banyak betul rama-rama atas kepala hahaha. Mesti dia beli dekat kedai bundle tu'

'Seronok?'

'Seronok apa pulak kau ni?'

'Seronok ketawa kan orang?'

'Erm...'

'Ana, apa yang salah dengan pemakaian dia? Aku tengok elok je. Longgar, labuh pun labuh, menutup aurat. Apa yang tak kena?'

'Takdalah. Zaman sekarang mana ada orang pakai fesyen macam tu dah'

'Cuba kau tengok diri kau'

'Kenapa dengan aku? Ada yang cacat ke? Makeup aku cair eh? Ke tudung aku senget?'

'Kenapa kau tanya macam tu?'

'Yelah. Aku kena nampak lawa. Kalau tak, nanti orang kutuk. Eh, tudung aku elok kan?'

'Elok. Nampak lawa je. Lawa sangat'

'Ohh, thankyou'

''Lawa di mata manusia tapi tidak di mata Allah. Biarlah tak ikut fesyen sekalipun, yang penting niat dia menutup aurat kerana Allah. Bukan untuk ditatap oleh ajnabi'

Deep ke? {Completed}Where stories live. Discover now