TP1

54 10 4
                                    

Seorang pelajar turun daripada bas sambil melihat sekeliling sebelum berjalan menuju ke sekolah yang mempunyai logo di pintu gerbang.

'Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh',betul ke apa yang aku buat ni?Aleayn termenung memikirkan keputusan yang dibuatnya.

"Adik perlukan bantuan ke?",pengawal keselamatan menegur Aleayn apabila melihat Aleayn termangu-mangu di depan pintu pagar.Aleayn terkejut sebelum mengangguk kepala.

"Pejabat sekolah kat mana?",nasib baik ada pak guard ni.Kalau tidak,sampai ke esok aku tak sekolah kalau duduk termenung depan pintu pagar ni.

" Ooo,pelajar baru la ni?pejabat dekat depan bilik guru tingkat dua,adik boleh naik tangga depan ni terus jumpa pejabat.Nanti kak Ani akan tolang adik uruskan pendaftaran,"terang pak guard dengan jelas.

Selepas berterima kasih,aku berjalan ke pejabat sambil melihat keadaan sekolah.Sekolah ini tak semewah sekolah di bandar dan aku berharap pelajar-pelajar di sekolah ini tak menjaga tepi kain orang lain.

Bumm!!!

Adui...Sakitnya punggung aku tergolek atas lantai.Aku ulang TERGOLEK kot,memang mamat ni tak nak tolong aku bangun dan kutip fail aku ke?

"Woi!Agak-agakla wei.Jalan tu tengok kiri kanan depan belakang la jugak.Ini tak,jalan macam orang buta dah la tak minta maaf,"herdik Aleayn sambil menepuk punggungnya yang sakit dan mengutip failnya.

"Eh cik adik,saya tak sempat nak minta maaf awak dah tembak saya macam machine gun.Boleh tak bahasa tu lembut sikit?Saya tak sengaja dan saya minta maaf,puas hati?"

"Tak payah,aku tak heran dengan maaf kau.Blah ar!" Aleayn berjalan tanpa hiraukan pelajar lelaki itu.

"Eee,sombongnya budak tu.Aik?aku tak pernah nampak pun budak ni sebelum ni.Pelajar baru ke?" Budak lelaki itu berlalu sambil memikirkan tentang pelajar baru itu.

Selepas selesaikan sesi pendaftarannya,Aleayn mengikut guru kelasnya,cikgu Salmah ke kelasnya iaitu guru kelas 4 Trust.

"Saya dah lihat keputusan ujian PT3 awak dan ia sangat cemerlang,saya harap awak dapat menaikkan nama sekolah ini.Awak akan ditempatkan di dalam kelas sains tulen iaitu 4 Trust.Kalau ada apa-apa masalah sila rujuk saya,saya cikgu Salmah dan guru kelas awak," terang cikgu Salmah satu persatu.

"Ok,cikgu boleh panggil saya Al," tanpa perasaan aku menjawab.

Kami berhenti di hadapan kelas yang mempunyai papan tanda '4 Amanah'.Aku perasan semua pelajar di dalam kelas melihat kami atau yang lebih pasti melihat aku.

"Assalamualaikum,cikgu maafkan saya menganggu pengajaran cikgu.Saya nak perkenalkan pelajar baru yang akan masuk ke kelas ini.Saya harap pelajar-pelajar lain dapat bantu dia dari semua segi.Lebih-lebih lagi dalam pembelajaran."

"Waalaikummusalam,ooh.Baiklah cikgu," teacher Hafiza menjawab.

"Kalau begitu,saya minta diri dulu," selepas berkata-kata,cikgu Salmah beredar ke bilik guru.

"Okay class!Today we've a new student.So,please introduce yourself"

Adui!Kenapalah aku masuk ke kelas ketika subjek inggeris?Tak pasal-pasal nak kena speaking pulak.

"Assalamualaikum and hi,my name Nur Aleayn.Call me Al and I'm a new student"dengan seringkas habis aku perkenalkan diri.

" Tu je?Kalau itu,kami pun tahu,tak perlu intro sangat.Berlagak je mentang-mentang budak baru"

Sssup!Berapi betul mulut perempuan tu.Memang sengaja nak jadi musuh pertama aku di sekolah ni ke?Takpe,kau tengok je nanti kalau kau berani kacau aku.

TRESPASSWhere stories live. Discover now