Hanya Kau

52 2 0
                                    

Hanya Kau……

Masih berpinar-pinar,berputar-putar dunia ku sebentar,setelah aku cuba bangkit dari percubaaan demi percubaan berjalan melangkah kehadapan. Ibu dan ayah berada 5 langkah dihadapan sambil tangan didepakan dihadapan ku seperti ingin menyambut aku jika aku terjatuh lebih dari ke-8 kali. Aku cuba bangun kali ini tapi atas bantuan ibu dan ayah.

Ayah memimpin tangan kanan ku manakala ibu pula memimpin tangan kiri ku selangkah demi selangkah,bila aku sudah mendapatkan sedikit kestabilan,tanpa aku sedari aku berjalan tanpa berpimpinan tangan

ibu dan ayah lagi.Aku mula berjalan dari perlahan sehingga semakin laju.Ku dengar jelas suara ayah dan ibu dibelakang terus memberi semangat kepada aku untuk terus melangkah dan tetap tetap melangkah.

Ketika kelajuan kaki ku seperti mahu berlari ,dek kerana terlalu ghairah aku terlupa untuk menolah pada ibu dan ayah walaupun jelas naugan suara mereka “hati-hati anak ayah” .Aku jatuh tapi kali ini lebih sakit dan pedih,sehingga aku menangis kerana kesakitan.Ayah dan ibu berlari kearahku.Ayah mendokongku dan menjulangku tinggi berkali-kali “Anak ayah dah pandai berjalan!ibu anak ibu dah pandai jalan”wajah gembira ibu dan ayah tidak dapat kugambarkan pada saat itu.

*hitam*

Inilah dekerasi seorang anak yang sedar akan jatuh dan bangunya tanpa berkat,restu dan doa ibubapa

aku takkan mampu kemana-mana ,dan mampu berdiri seperti sekarang.

Semalam aku menelefon ibu alangkah gembiranya aku mendengar suara insan yang paling aku rindui,mendengar ibu menceritakan itu dan ini ,itu sudah membuat hati aku gembira dengan mendengar segalan cerita serta ketawanya dihujung talian.Disaat mereka yang lain pulang bertemu keluarga yang tersayang ,aku disini berkorban demi sebuah cita-cita dan harapan kedua ibu bapa ku.Jauh disudut hati betapa seksa hati ini menanggung sebuah kerinduan terhadap keluarga tersayang.Hanya doa yang mampu ku panjatkan pada ilahi betapa beratnyer hati aku menanggung sebuah kerinduan yang tiada penghujungnya.Dikala aku diuji dengan dugaan yang berat sehingga ingin menitiskan air mata ingin sekali aku memeluk,mencium,dan merangkul tubuh ibu dan ayah agar aku sentiasa berasa tenang dan kuat dalam melalui cabaran hidup yang penuh berliku,kerna

hanya dalam pelukan meraka sahaja aku menjadi tenang dan kuat untuk terus bangkit kehadapan. Ya sudah lama aku tidak merasa itu,rasa damai dan rasa mempunyai tempat perkongsian selepas Tuhan.Ibu dan ayah sentiasa menberi kata-kata semangat kepada aku agar aku terus melangkah mencapai cita-cita ku.

Terima kasih atas segala didikan , serta kasih sayang yang tiada penghujungnyer,cukuplah kau lah segalanya bagiku…Syukurilah kerana kita masih mempunyai ibu dan ayah untuk terus merasai dan memahami erti sebuah kasih sayang,jikalau aku diberi sesaat pada ketika ini,saat ini hanya satu yang aku inginkan mendakap erat tubuh ibu dan ayah sepuas-puasnya.Semoga ALLAH sentiasa merahmati mereka…amin..

jika mahu menjadi nombor satu,tahu bumi siapa yang kau pijak,tahu langit siapa yang kau dongak.tahu dari mana asalmu,tahu kemana hala tujumu,tahu ibubapa dan keluarga sentiasa priority utamamu,tetapi tahu saja tidak cukup jika kau tidak jadikannya perilakumu.”

Innallahha ma’ana.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 27, 2014 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hanya KauWhere stories live. Discover now