quinze

645 128 0
                                    

Aku membuka kelopak mataku dan menggosoknya. Ergh penat.

Aku segera bangun dan pergi ke bilik wad Seul dengan senyuman manis terukir di bibirku.

"Seuly yahh." Aku memanggil namanya dan tiada sahutan.

"Seul..?" Aku memanggilnya sekali lagi.

"Doctor? Kenapa doctor ada kat sini?" Hana menyoalku yang baru sahaja keluar daripada wad sebelah.

"Mana pesakit dalam wad ni?" Aku menyoalnya.

"Ouh, pesakit ni dah ada dalam bilik pembedahan. Dah lama dah. Lagi setengah jam patu dah siap." Terang Hana.

Aku terkejut dengan kata kata Hana dan segera berlari kearah bilik pembedahan.

Aku tunggu di situ dengan berjalan berulang alik.

Risau. Risau akan keadaan Seul.

Tolong Seul.. Tolong kuatkan diri kau demi aku.

Aku sayangkan kau.

Aku cintakan kau.

Aku nak tengok senyuman kau, hari ini dan selama lamanya.

Aku boleh jadi oksigen untuk kau, Seul.

Tolong kuatkan diri kau.

Tiba tiba sekumpulan nurse keluar daripada bilik pembedahan sambil membawa katil dan tubuh badan seseorang diatasnya yang ditutupi selimut berwarna hijau.

Aku memandang Doktor Ahn dengan mata yang berair.

"S-Seul ok kan? Dia tak apa apa kan?" Aku memandangnya supaya dia memberi berita baik.

Tetapi, dia hanya menunduk dan tidak memberi apa apa reaksi.

"Doktor.. Seul saya.. Tak apa apa kan?" Aku menyoalnya sekali lagi.

"Saya minta maaf, Doktor Kim Seok Jin. Dia.. Dia dah pergi .. Untuk selama lamanya.. Saya minta maaf sekali lagi atas kesilapan saya. Seul.. Ada bagi surat dan tape ni. Dia suruh saya bagi dekat awak." Katanya lalu menghulur surat yang telah dilipat dan tape. Aku menyambut dan terduduk di kerusi berdekatan dengan bilik pembedahan. Dan doktor itu berlalu pergi meninggalkan aku seorang diri.

Air mata aku mengalir deras.

Aku melihat tape itu dan membelek. Dia ada tampal sesuatu di tape tersebut.

'Bukalah lagu ni kalau awak teringat saya :)♡'

Aku tersenyum nipis.

Aku membuka surat yang Seul bagi kat aku.

For : Kim Seok Jinniee ♡
From : Your Seulyy~

Jinnie yah.. Saya minta maaf sebab tak dapat nak bagi awak senyuman saya untuk kali terakhir ..Saya minta maaf sebab tak boleh bersama dengan awak selamanya..Saya minta maaf sebab saya dah buat awak rasa menyesal dengan kehilangan saya.. Terima kasih sebab jaga saya..Terima kasih sebab cintakan saya.. Saya rasa bersyukur sangat sebab awak muncul dalam hidup saya. Terima kasih sebab muncul dalam hidup saya dan saya minta maaf sebab saya tak dapat nak bagi awak senyuman saya untuk kali terakhir. Tapi saya janji saya akan muncul dalam mimpi awak dan cintakan awak, selama lamanya.

Dan terima kasih juga untuk jadi oksigen untuk saya..

Saya cintakan awak, Jinnie yahh ♡

oxyjin ; kim seok jin Where stories live. Discover now