Intro

37 2 3
                                    

@ @ @
Poster Iklan kelab photograpy yang ditampal di papan kenyataan sekolah ditenung lama. Entah kenapa poster itu menarik perhatian Hae Na. Senyuman kecil terukis di sudut bibirnya. Macam seronok je kelab ni. Desis hati Hae Na.
“Hya! Mwohaneung geoya?” tegur Ji Hyun sambil memukul lengan Hae Na membuyarkan lamunan Hae Na. Hae Na hanya menggeleng perlahan. Senyuman di wajahnya masih lagi dikekalkan.
Ji Hyun baru sahaja selesai berurusan dengan guru kelas mereka memandangkan banyak lagi perkara yang masih lagi tidak diselesaikan. Iyalah, mereka Junior di High School. Mestilah banyak benda yang nak kena buat.
“Photography Club? Macam bosan je, jom lah masuk kelas.” ajak Ji Hyun sebelum dia melangkah pergi. Hae Na memandang Ji Hyun dengan pandangan hairan. Bosan dia cakap? Ah, lantaklah. Test dia lain dengan test aku. Hae Na mengikuti langkah Ji Hyun.
“Aku rasa aku nak join lah kelab tu…” kata Hae Na tiba-tiba.
“Serious lah kau ni? Kelab photography tu weh. Kelab yang paling membosankan tau tak…” serious bosan. Apa yang yang diorang buat? Tangkap gambar, and then? Nothing! Buang masa je. Ji Hyun memandang Hae Na dengan pandangan tidak percaya.
“Hya… aku tak rasa kelab photography tu membosankan pun… seronok lah. At least… gambar tu boleh menyimpan kenangan. Tak elok tau kau cakap macam tu.” Hae Na mencuba untuk menukar persepsi Ji Hyun terhadap kelab photography.
“Ok fine… suka hati kau lah. Nanti jangan pula kau mengadu dekat aku yang kau bosan dekat dalam kelab tu sudah lah.” Kata Ji Hyun separuh mengugut. Sebenarnya malas hendak berbalah dengan Hae Na ni, tak ada guna. Kau cakap je lah apa-apa… mesti dia melawan. But… dia melawan pun ada sebab. Sebabnya, dia tak suka orang dok cakap benda yang negative berkaitan dengan sesuatu perkara. Ada je yang dia nak positivekan. Masalah betul.
“I won’t.” balas Hae Na gembira.
Ji Hyun hanya mampu mengeluh sahaja dengan gelagat Hae Na. Sepanjang dia berkawan dengan Hae Na, jarang dia Nampak Hae Na bersedih. Selalu je happy. Kalau dia sedih pun, tak lama. Sekejap je dah elok balik.

~ ~ ~
Setelah berfikir banyak kali. Dia masih lagi dengan keputusannya. Sebaik sahaja tamat waktu persekolahan, destinasi utamanya adalah bilik kelab photography yang terletak di bangunan block B, tingkat 2. Biliknya tidak lah besar mana, tapi boleh lah kan kalau nak dijadikan bilik kelab. Dengan semangat yang ada, pintu bilik kelab photography di tolak perlahan.
“Apa kata kalau kita bekerjasama dengan kelab seni…” itulah ayat pertama yang didengar oleh Hae Na sebaik sahaja dia melangkah masuk kedalam kelab tersebut.
Bunyi pintu tertutup mengganggu orang yang berada di dalam bilik tersebut. Dikira-kira, semua yang ada di situ ada 8 orang, tidak termasuk Hae Na. Lelaki cuma ada 3 orang dan selebihnya perempuan.
“Hae Na?”
Hae Na terkejut.
“Jae Ha unnie?” Uwah, tak sangka Jae Ha unnie ahli kelab ni. Bestnya! At least aku tak adalah rasa lonely sangat. Hae Na tersenyum senang.
Perempuan yang dipanggil Jae Ha itu agak terkejut melihat kehadiran Hae Na di situ. Mana dia tak terkejutnya, sedara sendiri boleh satu sekolah dengan dia? Haha! Keciknya dunia ini.
“Kau nak daftar sebagai ahli kelab ke?” tanya Jae Ha. Tahu je sebenarnya motif dia. Saja tanya! Alahai! Nak berbasa-basi gitu.
“Nde… kalau masih boleh lagi…” kata Hae Na dengan senyuman.
“Oh! Kalau macam tu… kita kena buat sesi temu duga dulu…” tegur So Hyun sepantas kilat sebaik sahaja Hae Na selesai bersuara. Senyuman di wajahnya membuatkan wajahnya kelihatan sangat manis.
Senyuman di wajah Hae Na semakin melebar. Suka lah tu. Iyalah kan, siapa tak suka kalau kena tegur dengan perempuan cantik kan? Hah kau!

- - -
Masih lagi belajar untuk menulis cerita. 😂😂😂
Jangan kecam saya kalau tak suka cerita ni...
Hope... korang dapat enjoy baca cerita ni. Part seterusnya akan di post kalau ada waktu... 😁

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 24, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

You're My First LoveWhere stories live. Discover now