Takdir.

15 1 0
                                    

Tetsuya dan Seichiro baru pulang dari sekolah,sedang mereka leka berborak sebuah kereta mewah berwarna hitam behenti dekat mereka,kedua remaja itu pandang satu sama lain.Tiba-tiba cermin gelap itu diturunkan,kelihatan seseorang yang amat di kenali Seichiro.Wajahnya pucat lesi,abangnya Akashi Seijuro melihat dengan pandangan tajam.

"Masuk!!"arahnya,sedikit menekan.

Seichiro keras kaku,peluh dinginnya mula turun.Renungan itu mengingati kisah lampaunya.

''Cepat!!''Akashi mula rimas menunggu adiknya itu.

"B....aik!"ujar Seichiro,dia memandang Tetsuya.Tetsuya angguk,dia faham syarat mata sahabatnya itu.Selepas Seichiro menaiki kereta hitam mewah itu,dengan pantas dia mendail number Kise.

*********************************************

Kesejukan penghawa dingin di dalam kereta tidak sedikit memberi kesejukan kepada Seichiro,peluh dingin mula mengalih di dahinya.Akashi masih membisu,dia membiarkan adiknya sendirian.Di jeling wajah irasannya masa kecil dulu,ibarat melihat cermin dirinya sendiri.

Kenangan 5 tahun menjelma dalam fikirannya,saat ibunya tengah nazak,khabaran angin hubungan ayahnya dengan wanita lain membuat ibunya berendam air mata,umurnya baru 12 tahun masa itu.Walaupun ibunya tersenyum padanya dia tahu ibunya menderita dengan sikap ayahnya yang mula sibuk urusan kerja.Saat ibunya pergi tidak sampai setahun ,Si ayah bawa pulang seorang wanita untuk di jadi penganti ibunya.

Setahun kemudian lahir seorang bayi bernama Akashi Seichiro.Ayahnya begitu gembira menyambut kelahiran baru itu,tidak baginya,kehadiran adiknya ibarat duri dalam dagingnya.Kehadiran Seichiro di layan dingin,dia tidak ingin anak kecil itu bermanja dengannya.Tapi anak kecil itu tidak bentah selalu cuba mendekatinya dan juga selalu curi-curi masuk ke kamarnya.Sampai satu tahap dia hampir mencederakan Seichiro.Selamat pembantu rumah pantas bertindak kalau tidak,Seichiro tidak wujud di depannya hari ini.

Dari isiden itu Seichiro mula takut dengannya.Tidak di dekati malah lebih menjauhkan diri.Akashi tidak pernah menyapa Seichiro hingga saat ,Seichiro berpindah ke keluarga wanita yang di bencinya,tidak di sangka orang itu adalah teman satu teamnya.

Kereta itu memasuki kawasan rumah agam,hampir berbulan Seichiro tidak datang ke rumah agam itu,rumah kepunyaan keluarganya.

Akashi keluar dari kenderaannya itu,dia berpaling melihat adiknya yang masih terpaku di dalam kereta itu.

"Kamu mahu aku sambut macam seorang Putera?"dia menyindir Seichiro,dengan perlahan si imut merah keluar dari kenderaan hitam itu,dia mengikut langkah kakaknya yang dingin itu.Tidak berani dia mendonggak kepalanya menatap renungan Akashi.

Ruang rumah masih kedudukan yang sama,tiada perubahan susun atur. Dari,mana model perabot baru.Ringkas dan masih gaya tradisi yang mewah,gaya yang tidak pernah di ubah.Akashi duduk di kerusi tunggal berwarna merah darah,kerusi kegemarannya.

Direnung wajah pucat Seichiro,dia suka melihat ketakutan dari wajah si adik.Seichiro tidak senang hati dengan renungan kakaknya itu.

"Malam ini kamu tinggal di sini!''arah Akashi.

Dia hanya mampu angguk.Akashi membiarkan Seichiro seorang diri.Akashi behenti sejenak,dia berpaling kembali.

"Matikan phone kamu...bagi aku!"Akashi menghulur tangannya,bergetar tangan Seichiro menghulur phonenya pada Akashi.Akashi mencampak phone ke dinding,berkecai.Air mata Seichiro mengalir,ini kerana phone itu pemberian Kise padanya.Dia berlari ke arah Akashi dan memukul tubuh Akashi.Akashi meretap kolar baju Seichiro,di campak Seichiro kebawah,Seichiro menangis semahunya.Tangisan membuat semua pembantu ke ruang tamu.Akashi merenung pembantunya semua,mereka tidak berani memandang Tuan mereka.

SpicyWhere stories live. Discover now