Its entirety

2 0 0
                                    


Ambitions.
Cita-cita.
Semua benda aku nak jadi.


Why not?
Biar aku semai semua,
pasti berbuah nanti.


10,000 batang rokok pertama,
Impian bersepah keliling pinggang,
berselerak aku tabur merata.


Mungkin aku cuai,
malas,
lemas,
lalai.
Semua nak dicapai.
Memang lebih selesa berangan sambil membatu, itu fakta.


Selesa is good.
Tidak mengapa, masih muda.
Termenung,
melopong.


20,000 batang rokok kemudian,
yang tumbuh itu dahan tidak berdaun.
Hollow and malnourished.
Aspirasi kekurangan zat aksi.


Bekas-bekas impian dilonggok,
terbiar,
diperam,
terlupa.
Bagai hidup seribu tahun.
Memang lebih selesa tidur menunda usaha, itu fakta.


Selesa is good.
Tidak mengapa, ada masa.
One day,
someday.


30,000 batang rokok seterusnya,
Diagnosis kanser lidah tahap ketiga.
To not be surprised makes it even funnier.
Tak cukup masa.
Padan muka.


Mungkin inilah definisi kehidupan.
Lumba lari, tarik tali, cari gali.
Bergelut dalam lumpur kepala sampai mati.


Bukan?
Okay, salah.


Selesa is good.
Itu fakta.
Satu hari nanti berdaun, terdaun, mungkin?


Maybe.

Sila jangan membatu.  

Selamat MatiWhere stories live. Discover now