Janji atas kertas.

883 17 3
                                    

Lama Diya Saerah memandang suaminya. Sedikit pun suaminya tak pandang ke arahnya kerana leka bermain Iphone ?di tangan.

Diya Saerah menjadi bengang lalu dia memanggil Danial Almi. "Awak, oh awak!" Danial Almi menjawab acuh tak acuh. "Hm apa?"

Dia masih tidak memandang Diya Saerah. "Eh hello, i am talking to you. Tengok sini boleh?"
"What!" Akhirnya baru Danial memandang Diya.

Diya menarik nafas menahan sabar.
"Saya nak beg ini. Boleh tak?" Tanya Diya sambil tangannya menunjuk beg yang dipegang kepada Danial. "Beli jelah, kalau dah suka. Cepat sikit bayar. Nanti lambat pula nak pergi rumah Walid"

Membulat mata Diya memandang Danial. Dia pergi dekat ke arah suaminya itu lalu berbisik. "Awak nak suruh saya bayar ke macam mana ni?" Danial menjawab "Ya, then siapa lagi nak bayarkan? Owner kedai ni? Awak ada jadi rakan kongsi owner kedai ini ke?" Senyum sinis diberikan kepada Diya.

Amboi menyirap pula aku. "Saya tahulah saya ini isteri kontrak awak. Tapi tak akan beg harga murah macam ini tak boleh nak belanja." Kata Diya sambil mengetapkan giginya. Danial membuat muka tidak peduli lalu keluar daripada butik tersebut.
"Danial! Awak nak pergi mana?" Jerit Diya.

"Baliklah pergi rumah Walid. Dah lambat dah ini. Awak tu nak duduk sini ke apa? Kalau tak nak ha cepat sikit bayar. Lambat tinggal, jalan kaki!" Balas Danial lalu keluar daripada butik itu sambil memakai cermin mata hitam rayban.

Kurang asam jawa punya suami! Tak dapatlah nak beli beg mahal. Sobs sobs.

"Hehe dik, nanti akak datang lagi ya." Terpaksalah Diya menebalkan muka depan pekerja butik itu.
Jaga kau Danial Almi! Kedekut taik hidung masin betul! Huh!

***

Suasana di dalam kereta senyap sunyi. Rasa macam bunyi lalat pun boleh dengar. Danial Almi fokus dengan pemanduannya manakala Diya Saerah fokus pula dengan memuncungkan mulutnya. Merajuk kepada Danial belum habis lagi!

"Mulut itu dah boleh buat penyangkut baju lah sayang" Danial memulakan perbualan. "Jangan nak sayang-sayang. Loyalah tekak." Uwerk. Diya menunjuk muka seperti mahu termuntah.

Danial yang melihat Diya ketawa terbahak-bahak. Alahai isteri. Comel sungguh! Merajuk pasal beg sahaja? Ha ha ha ha. "Eh tak payah nak gelak sangatlah" Marah Diya. Sempat juga Diya mencubit peha Danial yang sedang memandu. He he he.

"Eh apa main cubit cubit ini! Cium karang nak?" Jerit Danial. Cepat-cepat Diya menutup mukanya dengan tangan. Kena cium dengan mamat ini? Eh jangan buat naya. Nanti terjatuh hati macam mana! Dah lah masih berbaki 3 bulan lagi untuk bergelar isteri dia!

Danial yang melihat Diya menutup muka, tersenyum sendiri. "Asal malu? Eleh mengada. Tak ingin lah saya nak cium awak. Daripada saya cium awak, baik saya cium girlfriend girlfriend saya kat luar tu lah."

Diya tersentap. Dia terasa seperti mahu menangis. Kenapa hati tiba-tiba nak rasa macam ini pulak. Selama sebulan bersama tak pernah pula nak rasa macam ni. Eh minta dijauhkan!
"Diamlah, cepatlah drive! Nanti lambat sampai rumah Walid, marah pula dia."
Hati, mohon jangan terjatuh! Huaaaaa.

***

Selesai sahaja makan tengah hari di rumah Walid, mereka semua duduk di ruang tamu. Walid yang lagi tadi diam akhirnya bersuara. "Macam inilah, biar
walid terus terang. Walid nak tanya kamu berdua. Semenjak korang berdua jadi suami isteri selama sebulan ini macam mana? Seronok?" Diya dan Danial terkedu. Alamak jawapan apa nak bagi ini.

"Ala walid, kan ada lagi 3 bulan. Sekarang ini so far ok sahaja. Nothing special" Danial menjawab. Diya hanya diam tertunduk. Benarkan dia rasa 'nothing special'? Hmm.
"Diya kenapa diam sahaja? Bisu dah ke semenjak berkahwin ini?" Soalan perli ditanya oleh walid.

"Oh ha. Errr... Diya ok sahaja walid. Betullah kata abang tu. Nothing special pun kan abang?" Kenapa hati rasa berat sangat ini?
"Tapi boleh tak kalau kita pendekkan tempoh itu walid? Mi rasa 3 bulan itu macam lama sangatlah. Lagipun, Diya kan ada life Diya sendiri. Jadi kesian pula dekat dia. Muda-muda dah terikat dengan kontrak mengarut yang walid buat ini" Danial gelak sinis. Sesungguhnya kontrak yang dibuat walid tu sangat mengarut bagi dia! "Kita pendekkan kepada 2 bulan. Maknanya, after 2 months Mi akan ceraikan Diya. Is it okay walid?"

Diya yang sedang minum air teh yang dihidang hampir tersembur keluar. 2 bulan?! Like seriously? Eh! Kenapa aku rasa kecewa pula! You have to be happy Diya! Lepas ini kau akan bebas daripada dia!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 03, 2014 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Janji atas kertas.Where stories live. Discover now