Last Day

156 20 8
                                    


"Chorong-ah,"Suho segera mendapatkan Chorong yang menangis teresak-esak di luar rumah agamnya. Chorong dipeluknya erat.

"Uljima,"air mata Chorong disekanya perlahan. Luluh hatinya melihat gadis kesayangannya itu menangis sedemikian rupa.

"Macam mana saya nak berhenti menangis kalau ibubapa awak suruh kita berpisah! "Suara Chorong meninggi. Lalu dia menunduk. Terpana Suho mendengar kata-kata Chorong. Ya memang betul. Perancangan awalnya mahu membawa Chorong membawa ibubapanya. Tak dia sangka ibubapanya sudah mengaturkan perkahwinannya bersama anak kenalan mereka. Dan dia dipaksa untuk berpisah dengan Chorong.

Jari Suho memaksa Chorong untuk mendongak. Diseka air mata Chorong.

"Tak apa. Kita masih ada 24 jam terakhir untuk bersama. Kita jadikan hari terakhir ini hari yang paling bermakna buat kita, "Bibirnya cuba diukir senyuman nipis untuk menceriakan Chorong. Chorong membalas senyumannya.

"Nae, "

Skip

Selesai menyarung kasut, langkahnya terus diatur ke arah Suho yang menunggunya di hadapan rumahnya.Berbunga hatinya melihat pengarang hatinya yang sedang menggunakan telefon pintarnya. Nampak seperti bermesej dengan seseorang. Dia cuba melihat secara senyap-senyap dengan siapa Suho bermesej. Terhambur ketawanya melihat Suho sedang bermesej dengan kawan baiknya, Kris. Keakraban dua sahabat itu memang tidak dapat disangkal lagi.

"Aip, apa intai-intai mesej orang ni hah, "ujar Suho lalu mengangkat telefon pintarnya tinggi. Chorong mencebikkan bibirnya.

"Eleh bukannya apa pun. Setakat mesej awak dengan Kris ja pun, "

"Tetap privasi saya jugak, "

"Habis dulu awak hacked phone saya dulu tu boleh pulak, "sakit hatinya teringatkan phone nya pernah di hacked oleh Suho gara-gara Suho cemburu akan keakrabannya dengan salah seorang rakannya, Changsub. Diorang memang kawan dari kecil so tak pelik kalau rapat.Suho tu yang cemburu buta.

"Sorry. Hehehehehe, "

"Banyaklah sorry awak, "bibir Chorong sekali lagi dicebik.

"Okay sekarang kita nak pergi mana? "dari meradang dengannya, terus Chorong bertukar menjadi gadis yang amat manja. Tercuit hati Suho dibuatnya. Comel sungguh yeojachingunya itu.

"Adalah. Kajja, "terus sahaja pintu keretanya dibuka untuk Chorong. Mereka terus sahaja bergerak setelah kedua-duanya telah memakai tali pinggang keledar.

Skip

"Kita nak pergi mana lagi ni, "kata Chorong apabila dia melihat Suho membelok ke lorong lain. Sehari suntuk mereka di mall. Penat memanglah penat. Tapi dia seronok. Lagipun hari ni merupakan hari terakhir mereka untuk bersama. Hatinya cuba ditabahkan.

"Just wait and see, "Chorong tidak lagi berkata apa-apa dan hanya membiarkan Suho memandu ke destinasi. Lebih kurang 20 minit kemudian, kereta yang dipandu Suho tiba di destinasi. Berkerut sedikit dahinya melihat Suho yang keluar dari kereta seterusnya mengambil segulung tikar dan sebuah bakul berisi makanan dari dalam bonet. Dibentang tikar itu jauh sedikit dari tebing. Suho membawanya ke tebing yang dibawahnya merupakan pantai?? Untuk apa??

"Awak, kita buat apa kat sini? "soalnya.

"Awak pernah cakapkan,awak teringin nak tengok matahari sama-sama. So harini saya tunaikan permintaan awak. Untuk kali terakhir, "tersentuh hatinya mendengar jawapan Suho. Terus saja Suho dipeluk olehnya.

"Gumawo, "ucap Chorong sambil dia cuba menyembunyikan tangisannya. Suho membalas pelukan Chorong. Dahi Chorong dikucup sekilas sebelum pelukan dileraikan.

{Oneshot}Last Day(SuRong)Where stories live. Discover now