1✓

8.2K 304 1
                                    

Pagi yang sejuk agak membuatkan hati aku meronta-ronta ingin duduk di atas katil diselubungi selimut yang tebal apatah lagi hujan yang sedang lebat turun di luar menambahkan perasaan malas aku untuk ke sekolah

Aku hampir tersenyum dengan cadangan aku sendiri tetapi dengan pantas aku menepis idea jahat aku itu kerana nanti jatuhlah reputasi aku sebagai ketua pengawas, aku berdecit

Apalah yang cikgu fikirkan bila lantik aku jadi ketua pengawas, sepatutnya lelaki yang jadi ketua pengawas kannnn, heh nak buat macam mana aku lebih hebat dari diorang HA HA HA HA...

Lamunan aku terhenti apabila pintu bilik aku diketuk oleh umi

"Syah...sayang turun mkn dgn umi dn ayah sayang"

Panggil Datin Suhaila kepada anak perempuannya itu

"ye umi Syah turun sekarang"sahut aku dari dlm bilik dan dengan malasnya, aku bangun dari katil dan menuju kearah tandas di bahagian kiri bilik ku dengan tuala yang disangkut di bahuku

di meja mkn....

Aku melihat ke arah meja makan, pelik apabila tiada sebarang bayang yang menunjukkan keberadaan adik-beradik aku yang lain, aku mengambil tempat duduk disebelah umi yang sedang berbual dengan ayahku

"umi...mna along angah ngan adik"tanyaku dalam masa yang sama menyumbat makanan dihadapanku dengan gelojoh, gadis melayu terakhir sangatlah

"adalah tu nnti diorang turun"jawab datin Suhaila sambil menggeleng-gelengkan kepalanya melihat aku yang sedang sibuk melahap dengan gelojohnya

"hai my beloved sister"sapa Syurah adikku yang berumur 9 tahun sambil menepuk bahuku dengan kuat hampir membuatkan aku tercekik

"yo how is your morning little sisters"sapa abang dan angah ku serentak dan mereka memandang sesama sendiri dengan senyuman dan gelak yang kuat membuatkan aku menutup telingaku

"ehh..serentak..wah serentak lagi...adik beradik forever" Aku melihat telatah angahku dan alongku mengarut pagi pagi buta ni, agak pelik melihat dua orang yang boleh dikatakan dewasa berperangai seperti kanak-kanak ribena...

Nama along aku Syafwan dan nama angah aku Syazwi dua dua ni sweet talker nak kata hensem x lah, tinggi dua dua dalam lingkungan 185-187 cm je putih bolehlah mcm mat salleh..ok sorry diorang tu hensem gila, tapi aku sebagai adik yang bertanggungjawab takkan bagitahu diorang benda tu sampai bila-bila HA HA HA HA...

sampai sahaja di sekolah aku meneruskan perjalanan bersama angah ku. Oh ye, umur aku 17 tahun, umur angah aku 18 kitaorang bertiga beza setahun je, jadi along aku ni umur dia 19...

"Syah...angah tinggalkan Syah kat sini je lah ye"tanya angah, matanya masih lagi melihat telefon dihadapannya, risau sebenarnya takut-takut dia tiba-tiba terlanggar tiang nanti malu 7 keturunan tak tau

"ok..no problem ngah"aku menjawab sambil menganggukkan kepalaku walaupun aku tau yang angah aku bukan nya nampak pon nampak but siapa kisahkan...

Aku berjalan sambil melihat ke kiri dan ke kanan sambil aku menyanyikan lagu di dalam fikiranku, tetapi belum sempat aku nak habiskan lagu tu dan belum sempat aku tiba ke kelas aku tiba-tiba

Bukk...

"adoii!!!!oiii mata tu letak mana??!!kalau tertinggal lain kali jangan lupa bawak"sindir ku pedas, kepala masih lagi sakit akibat dari impak yang diterima

"maaf... saya nk cepat tadi"jawab budak lelaki itu sambil mengutip kembali bukunya yang bertaburan di lantai dalam masa yang sama membantu aku mengambil buku aku

Aku sebenarnya sedar yang salah aku jugak, yelah bila jalan tengok depan bukan kiri kanan, tapi sebab aku tak nak memalukan diri sendiri jadi aku marah jelah budak depan aku

"Nak cepat konon dahlah baik aku masuk kelas"bebelku ke arah budak lelaki itu lalu berlalu pergi, aku agak malu sebenarnya dengan diri sendiri, yelah salah sendiri tapi sibuk nak marah orang lain...tapi dia lelaki, so dia bolehlah terima...kan?

'pssttt....beraninya dia melawan dengan gangster sekolah kita tu'segelintir pelajar telah bergosip tentang aku dan budak lelaki itu....

Ya aku lah gangster terkemuka di sekolah siapa yang mencari pasal dengan aku memang menempah maut, tapi kes harini salah sendiri jadi aku tak marah sangat cuma malu dengan diri sendiri...

Angah aku??? Sebenarnya dia dah tau pasal semua ni cuma aku x nk dia bagitau umi atau ayah aku takut diorang kecewa, sedih banyak lagilah....

sesampainya aku di kelas, aku cuba untuk meneutralkan wajah aku dan menuju ke arah tempat duduk ke disebelahkawab baikku Sufiya

"weyh...Syah lambatnya kau datang?tdi aku dengar ada budak lelaki langgar kau betul ke?kau nk bls dendam ke?kau okay x?ade cedera ke?"bertubi tubi soalan yang diberi olehnya kepada aku, pening kepala aku nak jawab satu-satu, jadi aku letak jari telunjuk aku dekat mulut dia..

"dhlah tu Sufiya yang si Syah ni bru masuk kelas kau dh tnya bnyak soalan"seorang lagi kwn baikku berkata kepada Sufiya...nma dia Syafiq mix mat salleh putih hensem tpi aku x thulah knpa dia nk kwn ngan aku, aku bukan baik pon, tengoklah aku pergi marah budak pagi tadi tu padahal tu salah aku, haih....

"Bangun....selamat pagi cikgu!!"ketua kelas mengucapkan selamat pagi kepada cikgu wati yang sedang memasuki kelas aku

"selamat pagi murid-murid duduk...harini kita ada pelajar baru sila perkenalkan diri ye"cikgu wati memanggil pelajar itu dengan senyuman dibibirnya dan meminta pelajar itu memperkenalkan dirinya...

"Nama saya Tengku Nizam bin Dato' Shah
saya pindah ke sini sebab urusan ayah saya..."Nizam memperkenalkan dirinya sambil mempamerkan senyumannya ke arah rakan sekelasnya yang baharu

Pelajar perempuan yang sebelum ini sedang sibuk membelek buku teks terus melihat ke arah Nizam dengan senyuman dibibir mereka, teruja melihat lelaki persis artis dihadapan kelas

Pelajar lelaki pula melihat ke arah Nizam, berfikir jika Nizam berminat untuk menyertai kelab sukan mereka seperti bola sepak, ragbi dan banyak lagi

"baiklah kamu boleh duduk di kumpulan Syah di belakang sana sebab ada satu lagi ruang kosong"arah cikgu wati dengan jari telunjuk

"Baiklah cikgu"Nizam akur dan meneruskan perjalanan kearah kami, aku boleh rasa sedikit rasa cemas melihatnya menuju ke sini

"boleh saya duduk sini"tanya Nizam...aku mengangkat muka aku... Agak terkejut sebenarnya sebab nilah bdk lelaki yang  langgar dia pgi tdi ehem dia langgar..

"Kau!!well well nmpaknya kita berjumpa lagi ye Tengku Nizam"sinis sahaja suaraku, well I have reputation and aku tak nak jatuhkan ego aku...tapi yang peliknya dia hanya tersenyun lalu berkata

"yes..we met again Syah"jawabnya, Jap dia panggil aku Syah?! Senang betul, baru kenal dah panggil nickname aku, berani and aku tak suka...

"Baiklah semua buka m/s 50 buku sejarah sekarang!!"cikgu wati menyuruh mereka "baik cikgu"kami akur, tapi mata aku masih lagi memandang Nizam dengan pandangan yang tajam

Berani dia panggil nickname aku?!

skip masa belajar dn rehat.....

aku pun balik ke rumah dalam keadaan yang panas dn letih...just kidding of course lah aku tumpang angah aku...aku balik ke rumah dan melakukan aktiviti harian.... Walaupun otak aku masih lagi penuh dengan Nizam, Jangan fikir bukan-bukan

Aku cuma pelik kenapa dia tu berani sangat?

Well aku tak kisah, sekarang ni aku nak siapkan kerja rumah and tido

End of chapter 1

___________________/_____/

firstly author nk ucap thank you sebab sudi baca cerita 'Miss Gangster tu Aku Punya!!' and sorry klau bab ni boring...author x de idea

EDITED✓

vote and comment...
Bye

Miss Gangster tu Aku Punya!!!✔ [EDITING]Where stories live. Discover now