Bab 1

9 0 0
                                    

Aku sangat teruja hari ini.Hari ini ialah hari selasa,2 April 2017.Aku bakal menghadapi cabaran hidup yang seterusnya,iaitu tingkatan 6.Walaubagaimanapun,aku begitu gembira dan tak sabar hendak berjumpa kawan-kawan ku yang juga turut menerima tawaran ini. Aku sampai di Kolej Tingkatan Enam Sri Istana dan aku pergi ke tempat pendaftaran.Pendaftaran aku berjalan dengan lancar dimana aku tidak payah beratur kerana mak ngah ada bersamaku,dia merupakan cikgu Star dan kawan-kawannya berada di tempat pendaftaran.Aku berasa lega kerana tidak payah menunggu lama dan beratur panjang.Selesai sahaja pendaftaran,aku duduk di kerusi yang telah disediakan.Aku menoleh ke belakang dan ternampak Engku sedang berbaris di barisan pendaftaran.Aku berlari ke arahnya,aku sangat gembira kerana kami berdua berjumpa semula di situ."Engku,lepas habis pendaftaran Engku duduk sebelah Ros.Ros tunggu Engku" Engku mengangguk faham.Namun,apa yang berlaku ialah sebaliknya.Aku melihat ada seorang pelajar duduk di sebelah tempatku.Aku kembali ke kerusi dan duduk.Apabila aku menoleh kepadanya,aku rasa macam pernah melihat pelajar itu.Syida!!Kecilnye dunia ni.Aku gembira kerana Syida pun mendaftar dan kebetulan duduk di tempatku.Wah,nampaknya aku tidak lagi berasa sunyi."Ros,tak sangka kita berjumpa disini."Aku trus meminta nombor telefonnya supaya senang untuk menghubunginya nanti.

CrushWhere stories live. Discover now